Monday 13 August 2012

SIMPANAN TETAP BN TIDAK BERBALOI UNTUK RAKYAT SABAH


KUALA PENYU: Ahli Parlimen P.177 Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mengulangi kenyataannya ,rakyat di negeri ini  seharusnya mendapat perhatian lebih jika  Sabah dianggap sebagai "Simpanan Tetap" sebagai penyumbang kepada  kejayaaan BN mempertahankan tapuk pemerintahannya pada PRU yang lepas.

Bagaimanapun menurut beliau semua ini ibarat menanam pokok, hanya pokok hiasan tanpa menghasilkan buah ranum yang kemanisannya dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat di negeri ini.

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah(PPS) , pengundi di negeri ini dan Sarawak  mahu sokongan mereka terhadap BN dihargai dan bukannya sekadar dianggap sebagai 'simpanan tetap' sahaja.

 " Sebagai simpanan Tetap BN seharusnya rakyat di negeri ini tidak terpinggir dari menikmati arus perubahan pembangunan perdana negara  sesuai dengan usia kemerdekaan negara yang kini mencapai 55 tahun juga sumbangan Sabah dalam menjana ekonomi negara" katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Ziarah Ramadan di Suaru Kampung Jangkit dekat sini baru baru ini.

Hadir sama bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani,Isteri Lajim Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong, Bekas Ketua Penyelaras MAYANG Parlimen Beaufort Haji Johair Matlani dan Pengerusi Penganjur Saiman Senang.

Tambah Lajim masalah pembangunan di Sabah masih ketinggalan jauh dalam semua aspek berbanding Semenanjung.

" Inilah isu yang  akan suarakan sama ada oleh PPS atau Angkatan Perubahan Sabah (APS) untuk kerajaan pusat (yang baru)  untuk di ambil perhatian serius mengenai masalah ini agar rakyat keseluruhanya di negeri ini dapat berkongsi sama nikmat pembangunan yang sebenarnya " katanya

Menurutnya, masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur ,pendidikan,kesihatan di kawasan pedalaman masih lagi berlarutan sejak dahulu hingga sekarang meskipun kerajaan bercakap soal transformasi juga soal kedudukan ekonomi negeri yang baik.

" Masuklah ke kawasan kawasan pedalaman lihat kedaifan sekolah,perhubungan jalanraya, jambatan , air ,api elekktrik kesihatan dan lain-lain siapa boleh menyangkal masih ada rakyat di Sabah gagal menikmati kemudahan tersebut" jelas Lajim

Beliau berkata seharusnya perkara ini sudah dirancang dan dilaksanakan  beruluh puluh tahun yang sudah Setelah sekian lama di bawah pemerintahan BN, namun amat malang perkara ini di abaikan oleh pemimpin yang rakus kepada kuasa dan kekayaan.

 " Biarlah hari ini kita mendapat pelbagai tomahan dan cacian, yang penting rakyat Sabah perlu memulakan perubahan dari sekarang jika tidak nasip dan masa depan generasi anak bangsa di negeri ini akan terus berada ditekuk lama" katanya

 Lajim turut mengajak rakyat agar membuat perubahan ekoran  tindakan  kerajaan yang meminggirkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya umum akan datang.



ZAKAT...Lajim  diiringi oleh Saiman turut menyampaikan sumbangan wang zakat kepada salah seorang  golongan kurang berkemampuan sempana majlis tersebut.



Sunday 12 August 2012

UMNO BEAUFORT BELUM MANTAP

Di media massa cetak kerajaan baru baru ini dilaporkan satu sesi perjumpaan Umno bahagian Beaufort yang diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Umno yang baru dilantik Isnin Haji Aliasnih telah mengadakan perjumpaan dengan badan perhubungan Umno negeri di Pejabat Perhubungan Umno Sabah yang diketuai sendiri oleh Pengerusi Perhubungannya Musa Aman. Sesuailah Isnin bersama ahli jawatankuasa yang masih setia ( tidak diketahui sepenuhnya) mengadakan pertemuan dan perbincangan tersebut kerana Umno Beaufort setelah ditinggalkan oleh Lajim sebagai ketua Umno bahagian umpana anak baru merangkak kena di pantau dan di bantu oleh badan perhubungan Umno khususnya bagi melawan dan mengimbangi kekuatan Lajim yang telah memberikan impak kepada kekuatan Umno dan BN bukan sahaja di Parlimen Beaufort  malah menular ke seluruh Sabah ketika ini.

Dalam laporan tersebut dinyatakan masih ada 20 orang ahli jawatankuasa Umno bahagian yang masih setia dengan kepimpinan Umno bahagian Beaufort ketika ini yang diketuai oleh Isnin wal hal bila diperhatikan mengikut sumber rasmi bekas Ajk Bahagian Umno Beaufort hanya 19 orang iaitu Isnin sendiri sebagai Pemangku Ketua Bahagian Naib Ketua Bahagian Kimjus Duim, Ketua Wanita Azizah Mohd Dun,Ketua Puteri Saridah Mohd.Dun, Ketua Pemuda Haji Ishak Ibrahim  Jali Nordin (setiausaha bahagian baru dilantik).Ahli Jawatankuasa lain  Jainal Jilon,Ah Pok Lai Tui, Haji Fadzlee Abdullah,Sabdin Maarof,Pg.Jaafar Osman,(menang bertanding semasa pemilihan ) sementara Bendahari Zahari Zini, Ketua Penerangan Haji Samin Ongki, Ali Hassan Sirin, Sadih Haji Nasah, David Alleh  (adalah ahli jawatankuasa lantikan yang dianggap setengah penyokong kalau ikut bertanding akan kalah dalam pemilihan ajk bahagian) sementara dua lagi ajk di lantik Lilkiflee Haji Kadir dan Awang Damit Jion setengah penyokong Umno bahagian sifatkan sebagai ahli jawatankuasa Umno bahagian yang menang " Mati Hidup Semula" bila nampak kemanisan di depan mata mereka ikut serta dalam kumpulan ini, wal hal sumber memberi tahu semasa Lajim memimpin bahagian bukan  sekali malah banyak kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian termasuk ketua wanitanya Azizah yang sudah boleh di ambil tindakan displin sebelum ini.

Sementara seorang lagi dalam gambar ini  Awang Asli Lakat difahamkan bukan ajk bahagian pernah berkhidmat dengan Lajim sebelum ini dan difahamkan juga bukan sedikit bantuan atau projek diberikan kepadanya semasa ketiadaan pekerjaan oleh Lajim kini menantang arus bagi melawan Lajim.

Melihat kepada setuasi ini sudah pesti Umno Beaufort belum cukup kukuh dan tidak mungkin bagi Zahari Zinin yang kalah dengan Isnin hanya 11 undi semasa pemiilihn sebelum ini terus memberikainn ruang selesa kepada isnin menjadi ketua bahagian begitu juga Azizah sebagai menteri berjawatan tidak akan merelakan isnin terus jadi ketua, begitu juga Samin yang hanya kalah 25 undi melawan Kimjus untuk jawatan Naib Ketua bahagian sebelum ini .Ketua Pemuda dan Puteri Ishak dan  Saridah tidak dinafikan kekuatan mereka sudah tentu selepas ini akan mencuba nasip di bahagian menjadi bahagian ini akan panas pada pemilihan akan datang.

Berhubung dengan calon  semua yang dinyatakan tadi Isnin,Zahari,Azizah Saridah,Ishak,Samin,Kimjus berpotensi jadi calon menjadikan usaha melobi calon baik Parlimen dan DUN mereka akan bersaing turut menjejaskan kekuatan parti. Seorang ajk bahagian Fadzlee Abdullah juga turut disebut sebut mengidam dan berpotensi jadi calon Parlimen soalnya mampu ke mereka bersaing dan mengugurukan Lajim yang sudah berakar umbi di kawasan tersebut sama-samalah kita nantikan PRU 13 akan menjadi gelanggang penantu.

Suruhanjaya Diraja kaji isu pendatang asing Sabah hanya gimik pilihan raya


KUALA LUMPUR: Pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang di Sabah hanya gimik pilihan raya, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
“Ada pemimpin Sabah mendakwa kerajaan bersetuju dengan RCI tapi pengumumannya ditangguh berkali-kali.
“Menjelang PRU 13, Umno BN sedar akan kegelisahan penduduk Sabah, justeru tiada pilihan lain kecuali melayani tuntutan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada kenyataan media bersama Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui (SAPP) dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu.
Tian berkata, pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan RCI itu pada Februari lalu tidak diiringi butiran lanjut.
“Kerajaan tiada kesungguhan untuk selesaikan isu pendatang tanpa izin kerana mereka jadi alat untuk mengundi Umno BN,” katanya.
Peningkatan mendadak pendatang asing pada 1980-an dan 1990-an mengakibatkan perubahan besar demografi di Sabah. Dipercayai satu pertiga penduduk negeri itu ialah pendatang asing.
Mereka diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi melalui ‘Projek IC’ yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kebanjiran pendatang asing mengakibatkan ketegangan dalam masyarakat. Ia bertambah parah dengan sikap tidak acuh BN,” katanya.
Selain Pakatan Rakyat, parti komponan BN dan parti politik Sabah seperti Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menggesa siasatan menyeluruh.
Sejak 2009, Pakatan mendesak penubuhan RCI untuk menangani masalah berkaitan pendatang asing i Sabah dan ia dimaktubkan dalam Buku Jingga.

KEADILAN mampu kembalikan maruah Sabah



Winnie Juanie
Wakil dari Sabah, Winnie Juanie, menyatakan suara hati orang Sabah yang sekian lama kecewa ditipu dan diperguna oleh kerajaan BN.
Beliau percaya, hanya KEADILAN dan Pakatan Rakyat mampu mengembalikan maruah serta menjaga kebajikan orang Sabah.
“KEADILAN perlu menyelamatkan orang Sabah dari cengkaman kerajaan BN. SelamatkaNlah Sabah untuk menyelamatkan Malaysia, kerana kami juga sebahagian daripada Malaysia,” ujar Winnie.
Menurutnya, masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur di kawasan pedalaman masih lagi berlarutan sejak dahulu hingga sekarang.
“Setelah sekian lama di bawah pemerintahan BN, masih ada rakyat Sabah yang tidak mendapat bekalan elektrik serta air. Masih ada jalan yang tidak diselenggara dengan baik” jelas Winnie.
“Pendatang asing tanpa izin semakin hari semakin banyak malah tidak langsung berkurangan. Di bawah Projek MyKad Mahathir, sebanyak 1 juta pendatang asing tanpa izin diserap sebagai warganegara berbanding 4 juta pengundi berdaftar di Sabah,” tambah Winnie.

Ayuh, tinggalkan kapal BN yang bakal tenggelam – Lajim Ukin



Tak yakin dengan Najib punca Senator BN Sabah sertai Pakatan


KOTA MARUDU: Senator Datuk Maijol Mahap tidak yakin terhadap kewibawaan Suruhanjaya Diraja  (RCI) yang diumum Datuk Seri Najib Razak, pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah menunggu bertahun-tahun lamanya tetapi masalah pendatang tanpa izin tidak pernah selesai.
Justeru, katanya, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu mengisytihar keluar BN kerana  tiada sebab untuk beliau yakin dengan pengumuman pada saat-saat akhir yang dibuat Perdana Menteri itu.
Pada 11 Ogos lalu, Najib mengumumkan pembentukan RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah dan akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan dianggotai empat lagi panel.
Dalam majlis itu, Maijol menyatakan beliau meninggalkan BN adalah kerana hilang keyakinan bahawa BN benar-benar bersungguh-sungguh mahu membela nasib penduduk Sabah.
“Saya tidak ingin dimaki oleh generasi akan datang kerana tidak berjuang,” katanya yang turut mengumumkan untuk meninggalkan semua jawatannya dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan .
Turut hadir, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Tian Chua; dan pengasas APS, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Dalam pada itu, Bumburing dalam ucapannya berkata, Najib hanya mengumumkan pembentukan RCI apabila protes untuk meninggalkan BN mencapai tahap tertinggi.
“BN kata Sabah adalah fixed deposit (simpanan tetap). Saya nak tanya, fixed deposit daripada siapa? Orang Sabah atau pendatang tanpa izin?” katanya lagi.

Lajim, Wilfred lebih berani daripada PM – Anwar


BEAUFORT 30 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing atas keberanian mereka melawan regim penguasa yang zalim.
Menyifatkan sifat itu tidak dimiliki Perdana Menteri, Ketua Pembangkang itu secara seloroh, berkata mereka mengambil jalan susah demi kepentingan rakyat.
“Saya kagum dengan keberanian Lajim, Wilfred. Inilah ciri-ciri kualiti seorang pemimpin – berani. Mereka cari jalan susah, nak lawan PM, nak lawan seluruh jentera BN.
“Sebab itu saya salut, inilah hero rakyat yang sebenar,” katanya sambil menempelak Datuk Seri Najib Razak yang takut berdebat, malah tidak berani mengumum tarikh pilihan raya.
Beliau juga bersyukur kerana Lajim dan Wilfred tidak keseorangan, sebaliknya dikerumuni rakyat segenap kaum apabila memutuskan untuk meninggalkan BN.
Anwar turut mengingatkan mereka, berapa jentera media Umno BN akan menyerang mereka setiap hari berikutan keberanian kedua-dua pemimpin itu.
“Saya cakap dengan isteri Lajim, kena kuat. Umno BN takkan biar begitu sahaja. Tapi, dengan rakyat bersama kita, Insya-Allah semua akan berjalan lancar.
“Ada yang kata Anwar beli Lajim, beli Wilfred. Akupun mana ada duit. Umno lainlah, bolot dan rampas kekayaan rakyat Sabah,” katanya.
Beliau turut meminta rakyat Sabah supaya memilih pemimpin yang betul bagi memastikan nasib mereka dibela, bukannya ditentukan seorang dua pemimpin atasan.
Berucap depan lebih 20,000 pengundi Beaufort pada majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Anwar berkata, kejutan akan terus berlaku.
“Dulu, bila saya kata ada kejutan di Sabah, pemimpin Umno BN permainkan saya tapi kejutan sebenar bukan penyertaan mereka (Lajim dan Wilfred) tetapi kebangkitan rakyat Sabah,” katanya.

SABAH BN SENATOR QUITS BN, GOES PRO-PAKATAN

KOTA MARUDU : Pakatan Rakyat (PR) welcomed today another senior Barisan Nasional (BN) leader into the Sabah opposition front - Senator Datuk Maijol Mahap - in yet another sign of a brewing revolt against the ruling pact in its east Malaysian fortress.

Mahap, a vice-president in BN's Sabah-based United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), formally confirmed his decision to leave the ruling pact at a function held at his house in Kampung Kokobuan, Kota Marudu, some 100km from Kota Kinabalu this afternoon.
The function was attended by top national and state opposition leaders, including PR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution, PKR vice-president Chua Tian Chang, DAP's Kota Kinabalu MP Hiew King Cheu, Sabah DAP chairman Jimmy Wong and Amanah deputy Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir.

The Kota Marudu parliamentary constituency is currently held by federal minister Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, who is also the deputy president of Parti Bersatu Sabah (PBS), UPKO's ally in Sabah BN.

In his speech to announce his crossover decision, Mahap pre-empted an imminent shift in Sabah and Malaysia's political landscape, pointing to the results of Election 2008 when BN lost its customary two-thirds parliamentary majority.

"To me, all this happened and has continued to occur because of one factor and that factor is Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"He has created a new spirit for change in Malaysia and these changes will lead to a new political system for the country - a two-party system and I support this," he said.

Mahap's expected defection today comes in the wake of similar crossovers last month by two other senior BN lawmakers - Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, formerly UPKO's deputy president, and Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin, formerly a Umno supreme council member.

Both men, who were present at Mahap's house today, had left BN citing their dissatisfaction over the government's delay in setting up the long-awaited Royal of Commission of Inquiry (RCI) on Sabah's illegal immigrants problem.

Just days after the duo's departures, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told a press conference after meeting with Umno leaders in Kuala Lumpur that he would announce the RCI's terms of reference on August 11, ending the six-month wait following Cabinet's decision on February 8 to form the panel.

The Prime Minister revealed an eight-point terms of reference in Kota Kinabalu yesterday, after meeting with state BN leaders.

Friday 10 August 2012

MARI FIKIRKAN BERSAMA KE MANA LANGKAH DI TUJU

Anifah Aman hadiahkan 4 unit motosikal MODENAS sempena kunjungan Najib ke Sabah
Melayani kepenatan kerja di siang hari dan solat sunat terawih sambil berborak dengan beberapa kawan diruangan sembang, SR dapat juga mencatatkan sedikit perkembangan politik tanahair yang melibatkan dua orang pemimpin yang mana sekarang ini bertembung agenda. Sudah tentulah agenda mereka itu amat berbeda sekali. Oleh itu, rakyat sahaja yang boleh dapat nilai dan tentukan itu semua. Mana satu kaca, dan mana satu permata..

11 Ogos 2012, PM Najib Tun Razak dan Isterinya Rosmah Mansor akan melawat ke Sabah. Dalam siri lawatan ini, Najib dan Rosmah akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama CM Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah Aman dengan diiringi oleh isteri masing-masing bersamaan hari sabtu ini di SMK Bongawan 2, Kimanis, Papar..

Difahamkan juga menurut sumber ini, Anifah Aman akan menyumbangkan 4 buah motosikal jenama MODENAS sebagai hadiah kepada pengujung untuk dimenangi sekiranya yang hadir di majlis tersebut bernasib baik. Acara dimaklumkan bermula jam 4.00 petang. Jangan lepaskan peluang itu, jom ramai-ramai ke sana. Menurut sumber ini lagi, “Datang jer”, katanya. hehehe..

Tahniah buat PM ku yang tersayang, sebab kerap kali lawat kami sekarang ini di Sabah. Persediaan yang dibuat sempena kunjungan PM ku ini dan Rosmah cukup-cukup teratur dan tersusun rapi dengan kos-kos yang amat-amat sederhana.. hehehe..



Pada hari berikutnya pulak, kawan rapat Najib iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ke Sabah. Tapi kali ini bukan di Kimanis, ia diadakan di Kota Belud bersama beberapa barisan pimpinan lain Pakatan Rakyat di dalam ‘Siri Jelajah Merdeka Rakyat’ yang akan berlangsung pada, hari Ahad ini bersamaan 12 Ogos 2012 (08:00 malam) di Restoran Suang Suka Kg. Kulambai, Kota Belud..

Huhuhuhu.. Yang ini tiada makan-makan, tiada cabutan tiket bertuah yang hadiahnya motosikal, tiada tambang kenderaan dan tiada wang saku diberi. Malahan, seluruh warga Kota Belud dan rakyat Sabah dijemput hadir saja untuk mendengar ucapan dan amanat pimpinan Pakatan Rakyat sempena menjelangnya PRU13 yang entah bila akan tiba..



PILIH..!! MANA SATU MAJIS MAHU PEGI..??
FIKIR..!! MANA YANG TERBAIK JADI PENTADBIR..??


RAKYAT SABAH BUKAN TIDAK SAYANGKAN UMNO TETAPI TIDAK SUKA MUSA AMAN?

Perubahan politik yang melanda bumi Sabah sejak akhir-akhirnya bukan disebabkan kerana rakyat Sabah benci kepada UMNO dan BN tetapi rakyat Sabah mahukan pemimpin lain selain Musa Aman untuk menerajui kepimpinan parti dan kerajaan di negeri ini.

Inilah inspirasi baru rakyat Sabah. Perdana menteri Datuk Seri najib Tun Razak sewajarnya peka kepada kehendak dan denyut nadi rakyat Sabah, luah seorang ahli akademik kepada saya semalam.

Sejak Musa Aman menerajui Sabah setelah penamatan sistem penggiliran Ketua menteri di Sabah, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sabah mula menampakkan perubahan pembangunan yang memberangsangkan. Beberapa perubahan besar di ibu kota memperlihatkan Musa Aman seorang ekonomis dan politikus yang boleh merencakkan perkembangan ekonomi di Sabah. Itu harus diakui secara jujurnya. malahan pertambahan bajet negeri Sabah setiap tahun yang mencecah 4 billlion tertinggi dalam sejarah negeri di bawah bayu ini, satu lagi bukti Musa Aman berjaya mengurus perbelanjaan dan pendapatan negeri dengan cukup baik. Justeru apa sebenarnya yang membuatkan rakyat tidak suka kepada Adun Sibuga ini?

Musa Aman dilihat 'memperjudikan' nasib rakyat Sabah dalam skala pelaburan ekonomi yang besar. banyak projek-projek mega yang dilakukan dan pelaburan berdaya saing yang dibuat memang benar mendatangkan keuntungan. Buktinya Sabah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik sepanjang Musa Aman menerajui kepimpinan negeri. TETAPI impak ekonomi itu tidak dirasai oleh rakyat Sabah yang tinggal di kampung dan luar bandar. masalah pengangguran masih menjadi 'silent killer' kepada masa depan belia di Sabah. Kenapa peluang pekerjaan tidak bertambah?

Ini disebabkan kerana projek-projek mega dan pelaburan besar yang dibuat oleh Musa Aman sebenarnya memberi untung kepada golongan tertentu sahaja dan bukan kepada rakyat Sabah di pedalaman dan luar bandar. Keuntungan besar dari projak mega dan pelaburan itu diperolehi oleh kerajaan negeri dan keuntungan itu kemudiannya di pusing kembali untuk mendapatkan projek dan pelaburan yang lebih besar. Memang benar kerajaan Sabah mempunyai nilai kewangan yang baik tetapi apa yang di mahukan oleh rakyat Sabah ialah mereka turut merasai keuntungan itu dalam bentuk pembangunan.

Lihat di kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kapung di setiap daerah di Sabah, berapa banyak projek pembangunan yang dilaksanakan di bawah kelolaan kerajaan negeri. Projek bekalan air bersih dan projek perumahan Rakyat termiskin (PPRT dan PPBR) serta pembinaan jalan raya, hampir 80-90% daripadanya adalah di laksanakan di bawah kelolaan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mendapat peruntukan terus dari kerajaan pusat.


Suatu ketika isu ini turut mewarnai politik Sabah, apabila dilaporkan berlaku sedikit salah faham antara Musa Aman dan datuk Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar bandar dan wilayah kerana peruntukan itu tidak kononnya disalurkan terlebih dahulu di peringkat negeri.

Kes pengambilan tanah adat atau NCR yang dikatakan berada di bawah kuasa kerajaan negeri juga gagal diselesaikan oleh Musa Aman. Isu ini berlaku hampir di seluruh daerah di Sabah. Dan rakyat tahu bahawa penglibatan Musa Aman dan kroni dalam beberapa koperasi itu adalah berlaku.Ini juga menjadi isu besar mengapa rakyat Sabah mahukan agar peneraju kepimpinan UMNO di sabah diganti.


Seperti yang dilaporkan oleh media bahawa hampir 1000 orang jurutera di negeri ini gagal mendapatkan pekerjaan. begitu juga dengan aliran keluar belia Sabah ke Semenanjung untuk mendapatkan pekerjaan juga adalah tinggi. Dua perkara asas ini adalah punca utama mengapa golongan muda berfikir untuk mengubah arus politik mereka. Kerana UMNO dan BN 'gagal' melunaskan keraguan dan kehendak masa depan golongan ini.

Isu-isu lama seperti perjanjian 20 perkara sedikit sebanyak menyemarakkan lagi ketidapuasan hati rakyat Sabah. Isu Royalti minyak dan keberadaan Sabah sebagai rakan kongsi dalam MALAYSIA juga tidak ditangani dengan baik walaupun UMNO telah melebarkan sayapnya di Sabah sejak 1991 lagi dan berjaya membentuk kerajaan pada tahun 1994. Isu PATI dan penubuhan RCI juga nampaknya diambil secara lewa oleh pimpinan negeri dan pusat. Musa Aman dilihat tidak mempunyai kewibawaan 'mendesak' untuk mengatasi permasalahan ini. Rakyat sabah mahukan ketua menteri yang lantang dalam memperjuangkan hak-hak Sabah termasuk mengatasi PATI ini.

Senario politik di Sabah tentunya tidak sama dengan di Sarawak. memang benar di bumi kenyalang itu sudah dengar ketidakpuasan hati mereka kepada Ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud. Di Samping sudah terlalu lama menerajui kerajaan negeri, taib juga dikatakan memiliki aset kekayaan yang banyak. Kroni dan proksi juga telah lama mengambil tempat dalam ekonomi di Sarawak. Tapi bedanya ialah Taib mempunyai rangkaian pemimpin yang Taat dan Setia kepada beliau. sebab itu Taib masih mampu bertahan.Tidak kedengaran ada suara dari kalangan pemimpin BN Sarawak yang mendesak Taib untuk berundur secara terhormat dan dipublishkan oleh media.

Di Sabah, Musa Aman tidak mempunyai rangkaian di kalangan pemimpin UMNO dan BN. LDP misalnya dalam beberapa tahun lepas menyuarakan secara lantang tidak mengiktiraf kepimpinan Musa di Sabah. Di . Di kalangan parti-parti komponen BN juga menyuarakan isu yang sama tetapi dalam keadaan yang senyap. Di dalam UMNO Sabah sendiri, Musa Aman tidak mempunyai kedudukan kukuh apabila timbul keraguan terhadap sokongan kepada ketua menteri Sabah itu.

Sebab itulah dalam waktu terdekat ini selain daripada Datuk Lajim dan Datuk Wilfred Bumburing, dispekulasikan lagi bahawa akan ada pemimpin di kalangan UMNO Sabah meninggalkan parti tersebut. Di pantai timur sudah kedengaran beberapa nama seperti Datuk Osu, Datu Askalani, Datuk Rahim Ismail, Datuk Safawi, Datuk Amir Kahar,Datuk Samsu, Datu Yahya Lampong, Datuk Tahir , Datuk Nahlan, Datuk Zaki, dan Dr.Patawari.

Selamatkan Sabah dari kezaliman : Lajim Ukin

Gelombang kebangkitan rakyat Sabah tidak lagi dapat ditahan-tahan, apatah lagi dengan wujud gerakan Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang kedua-duanya menyokong Pakatan Rakyat.
Malah, penggerak APS, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing mengisytihar keluar BN keluar manakala peneraju PPS, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meletak semua jawatan dalam Umno. Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit menemu bual mereka secara berasingan bagi menyelongkar isi hati mereka.

Temu bual Lajim Ukin:












Apakah agenda sebenar Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)?
Oleh kerana masa ini kita tidak ada parti berdaftar maka kita tubuhkan PPS. Dengan tujuan kita berjuang bersama-sama pembangkang sama ada dari Semenanjung atau Sabah. Kita sama-sama pertahankan hak-hak orang Sabah
Pakatan sedemikian akan mendokong perjuangan KEADILAN, PAS, DAP atau parti-parti pembangkang di Sabah. Kita memikir untuk mendaftar parti baru tetapi sudah banyak parti-parti yang didaftarkan. Difahamkan Sabah ada lebih 10 parti yang mengemukakan pendaftaran tetapi belum lulus.
Jika parti-parti tersebut lulus, kita akan menimbangkan parti mana pilihan kita dan kita akan terajui bersama.


Bagaimanakah senario sebenar gelombang kebangkitan rakyat di Sabah?
Sambutan rakyat Sabah cukup memberangsangkan. Saya mendapat maklum balas dari rakan-rakan di peringkat akar umbi bahawa rakyat pelbagai kaum inginkan perubahan. Terutamanya perubahan status kerajaan. Mereka ingin sebuah kerajaan baru ditubuhkan di Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan dapat bertindak ke atas isu-isu yang amat menakutkan rakyat Sabah


Isu apakah yang menghantui rakyat hingga mahu menukar kerajaan sedia ada?
Isu utama adalah pendatang tanpa izin yang berleluasa. Tidak ada tindakan konkrit oleh kerajaan pusat. Ini kuasa kerajaan pusat. Oleh itu, kita harap kerajaan pusat berubah (dalam PRU). Dengan kerjasama kerajaan pusat baru, satu Suruhanjaya DiRaja perlu dibentuk untuk menyiasat kehadiran pendatang tanpa izin, termasuk pengeluaran kad pengenalan palsu atau diragui.
Kedua masalah pembangunan. Sabah masih ketinggalan jauh dalam semua aspek berbanding Semenanjung. Kita akan suarakan masalah ini sama ada oleh PPS atau Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan kerajaan pusat (yang baru) ambil perhatian serius mengenai masalah itu. Begitu juga segi agihan peruntukan prasarana luar bandar, pendidikan, kesihatan dan lain-lain yang masih ketinggalan jauh berbanding Semenanjung. Kita tidak cemburu. Tetapi kita telah puluhan tahun merdeka bersama-sama persekutuan, jadi tidak boleh ditinggalkan.


Bagaimana perubahan kerajaan boleh berlaku ketika terlalu ramai pendatang tanpa izin diberi kad pengenalan dan boleh mengundi?
Seluruh rakyat asal Sabah yang menjadi pengundi 800,000 orang. Jika semua turun mengundi, walaupun ada pertambahan (pengundi hantu) tetap tidak mengatasi pengundi asal Sabah. Orang asal Sabah perlu turun mengundi sehingga 80 peratus.

Mengapakah PPS dan APS tidak bergabung?
Itu satu identiti, PPS diketuai Bumiputera beragama Islam (manakala) APS untuk Bumiputera bukan Islam. Kita buat supaya ada persefahaman dan hala tuju masing-masing yang bermatlamat bekerjasama dengan Pakatan.
Rakyat Sabah tertanya-tanya mengapa apabila hampir PRU, baru kerajaan Persekutuan umum siasat IC palsu?
Itulah yang mengecewakan rakyat Sabah. Di saat-saat akhir baru ada penubuhan Suruhanjaya DiRaja, pengumuman air dan sebagainya. Kenapa sekarang? Bukan 10 atau 20 tahun lepas. Kita merdeka sudah lebih 50 tahun. Sabah dan Sarawak sama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Ada pihak mempertikai mengapa sebelum ini tidak bawa masalah Sabah di Parlimen?
Di pihak kerajaan saya tidak boleh menyuarakannya (di Parlimen) sebab saya Timbalan Menteri, sebahagian kabinet persekutuan. Tetapi dalam majlis tertentu, dalam MT Umno atau dalam perhimpunan tertentu saya suarakan.
Bila saya lantang, maka saya dianggap penentang kerajaan. Pada saya, apa yang disuarakan itu sesuatu yang perlu diselesaikan oleh kerajaan kerana mereka ada kemampuan. Misalnya ketiadaan bekalan air, elektrik sering terputus, jalan raya belum sempurna dan lain-lain.


Maknanya semua saluran menyuarakan masalah dari dalam kerajaan sudah tertutup?
(Mungkin) ada tapi nampaknya agak perlahan. Terdapat anggapan Sabah deposit tetap dan sokongan tidak akan berubah (walaupun masalah tidak selesai) tetapi pada kita kalau simpan fix deposit di bank dan kadar faedah turun, maka kita kena tukar ke bank yang lain. Begitulah jika Sabah dianggap simpanan tetap.
Kalau dianggap penyumbang kekuatan BN di peringkat persekutuan, maka seharusnya kita diberi perhatian yang lebih menyeluruh mengenai masalah yang dihadapi rakyat.

Bagaimana rakyat yakin kepada PPS sebab sejarah Sabah mengalami banyak pertukaran kerajaan?
Rakyat sudah buat keputusan lebih awal. Contohnya di kawasan saya ada ketua cawangan, malah yang masih pegang jawatan dalam kerajaan sudah lebih awal sertai KEADILAN. Ada yang bayar RM200 ahli seumur hidup. Maknanya rakyat peringkat akar umbi sudah tahu menilai apa sepatutnya mereka lakukan untuk kebaikan Sabah dan generasi akan datang


Harapan jika Pakatan memerintah Sabah dan Persekutuan?
Dalam buku ‘Hala tuju Aspirasi Rakyat Sabah’ jelas ada tuntutan yang dikemukakan rakyat. Itu kita akan kemukakan kepada kerajaan (pusat) baru, supaya bukan sahaja mereka teliti, tetapi mereka ambil tindakan dalam tempoh yang sepatutnya. Kita yakin kerajaan pusat lebih banyak kuasa daripada kerajaan negeri (realisasi tuntutan). Kerajaan harus prihatin akan kehendak rakyat Sabah

Perubahan di peringkat negeri banyak berlaku tetapi di peringkat pusat tidak pernah. Sejauh mana ia realistik?
Banyak negara yang merdeka hampir sama dengan Malaysia telah berubah. Di Indonesia, Golkar jatuh, di India Parti Kongres jatuh, parti LDP Jepun pun jatuh. Di Singapura dalam PRU yang lepas agak membimbangkan. Tidak hairan di negara kita rakyat sudah matang, terutama di kalangan generasi muda, mereka ingin membentuk kerajaan yang betul-betul menjiwai rakyat
Perlu satu dasar konkrit melibatkan generasi muda, wanita dan seluruh rakyat . Kita akui Malaysia pelbagai kaum; ada Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Di Sabah ada lebih 31 suku kaum. Aspirasi mereka perlu diambil kira.


Mungkihkah lebih ramai ahli politik Sabah akan sertai PPS?
Banyak yang akan sertai kita termasuk yang masih pegang jawatan. Tetapi mereka maklumkan kepada saya supaya lancar PPS dulu kemudian satu demi satu akan sertai kita. Termasuk bekas-bekas wakil rakyat dan pemimpin di peringkat negeri, kawasan juga pesara kerajaan yang sedia membantu.