Wednesday 30 January 2013

KERAJAAN BN GAGAL MAJUKAN KAWASAN LUAR BANDAR


PITAS: Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mendakwa masih ramai rakyat Sabah seolah-olah terpinggir daripada arus pembangunan pesat negara dan dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur walaupun hampir setengah abad, Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia .

Katanya perkara ini berlaku kerana kerajaan BN tidak komited  dan gagal merangka program jangka panjang untuk membangunkan kawasan luar bandar dan membebaskan rakyatnya dari belanggu kemiskinan

" Semua ini jelas mercu tanda kegagalan pentadbiran Barisan Nasional memanfaatkan sebaiknya kekayaan hasil bumi dan pelbagai kelebihan lain yang dimiliki negeri  ini sebagai negeri terkaya di Malaysia dari segi sumber alam semulajadi seperti minyak, gas, balak, disamping kawasan pertanian yang luas" katanya semasa berucap di majlis Jelajah Presiden dan Pelancaran bilik gerakan PPPS Pitas di Dataran Bengkoka dekat sini baru baru ini.

JENTERA PENGERAK...Lajim bersama Bakir dan ahli jawatankuasa  bilik gerakan PPPS N.3 Pitas 

Hadir sama  Setiausaha PPPS Haji Khamis Ali dan Ketua Pemuda PPPS Bakir Mancaing
Mengambil contoh daerah Pitas  Lajim berkata, apa kemajuan yang boleh dibanggakan oleh rakyat di kawasan ini terutamanya peluang peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk menjana  taraf siso ekonomi mereka seharian.

" Di kawasan Pekan mungkin kita nampak jalan beraspal, bekalan air dan elektrik tapi masuklah keceruk kampung kampung di daerah ini kita akan memahami betapa kemerdekaan bagi menikmati kemajuan sebenarnya amat terlalu jauh mereka nikmati" jelas Lajim.


Tahniah Lajim ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Penyelaras PPPS
N. 3 Pitas Bakir Manciang pada majlis tersebut

Menurut Lajim potensi daerah Pitas dalam pelbagai bidang seperi pertanian ,perikanan dan kawasan tarikan pelancong berpotensi tinggi terutamanya bagi segmen pelancongan-eko dan pelancongan-agro, bagaimanapun kerajaan BN gagal memanafaatkan potensi ini dimajukan di kawasan ini.

" Kawasan Tanahnya luas sesuai untuk pertanian, bagaimanapun bila rakyat  disini memohon dinafikan hak mereka sebaliknya dihalalkan syarikat syarikat besar  untuk memilikinya atas dasar kronisme dan berkepentingan oleh pemimpin dan kerajaan BN" katanya

 Sehubungan dengan itu katanya dalam PRU ke 13 kali ini rakyat khususnya di kawasan ini perlu bangkit untuk melakukan perubahan jika tidak kesengsaraan mereka akan menjadi tradisi selama-lamanya dan mereka akan jauh terpinggir dari arus kemajaun perdana
MESRA...Lajim diiiringi oleh Bakir bersalaman dengan ahli-ahli PPS Pitas sejurus tiba di majlis tersebut


Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort rakyat Sabah seharusnya tidak lagi melihat  kegagalan perancangan ekonomi  oleh kerajaan BN yang gagal  membela kehidupan rakyat sewajarnya yang melakukan " jenayah kemanusiaan"apabila ketirisan, pembaziran, amalan rasuah dan kronisme yang berakar-umbi dan berleluasa secara sistematik telah melebarkan jurang kaya-miskin, bandar-luar bandar,
TANDA SOKONGAN Sebahagian dari ahli-ahli PPPS Pitas yang hadir ke majlis tersebut
Tambahnya Pakatan Rakyat melihat akan kesengsaraan rakyat di negeri ini, oleh itu katanya rakyat Sabah perlu memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan pada PRU ke 13 kali ini bagi melakukan perubahan untuk keadilan pembangunan dan perkongsian kekayaan ekonomi seadil-adilnya kepada rakyat Sabah tanpa mengira sempadan dan bangsa.



 " Kita ada dasar sebagaimana yang terkandong dalam Buku Jingga yang bakal kita laksanakan sebaik sahaja kita mengambil alih pemerintahan negara, soal pembangunan insfrastruktur di luar bandar ,menjana ekonomi rakyat melalui pelbagai program antara program satu kampung satu prodak akan kita laksanakan" katanya.

Tambah Lajim lagi semua perancangan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan ini sudah tentu dianggap oleh kerajaan BN sebagai satu pembohongan kepada rakyat, bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan Pakatan juga memiliki aspirasi yang tinggi bagi memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat agar segala kemajuan serta kemakmuran negara dapat dikongsi bersama.

Pengerusi Penyalaras  PPPS N 3 Pitas Bakir Manciang ketika memberikan taklimat pada majlis tersebut

NAIB PRESIDEN SAPP LETAK JAWATAN DAN SERTAI PPPS


BONGAWAN: Parti Maju Sabah (SAPP) yang belum lagi menyatakan pendiriannya samaada menyertai pakatan atau sebaliknya bagi menghadapi PRU ke 13 kali ini  menerima satu lagi tamparan apabila  Naib Presidennya Japar Ismail mengumumkan keluar dari parti dan menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong perjuangan pakatan rakyat

TERUSKAN PERJUANGAN...Lajim sambil diperhatikan oleh barisan kepimpinan tertinggi PPPS Pusat menyerahkan bendera PKR dan PPPS kepada Japar, Ag Bakar   Ag Amin Ag Sabtu  dan  Naib ketua wanita SAPP P.168 Kota Merudu Pn.Arfah@Latipah bte Rani sebagai simbol bagi meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat menawan Putera Jaya dan Inoprise pada PRU kali ini.

Japar 55 ,  bekas calon bebas kawasan Parlimen Kimanis  pada pilihanraya lepas, yang  menyertai SAPP sejak 4 tahun 2010  , membuat pengumuman itu dalam satu Majlis  Ramah Mesra bersama Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin di Bongawan pada malam khamis yang dihadiri lebih dari 1000 orang penyokong dan serterusnya menyerahkan borang keahliannya kepada Lajim pada majlis tersebut



Japar, berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat SAPP yang gagal menyatakan pendirian yang jelas untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat  bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang meskipun pilihanraya kini berada diambang pintu untuk diadakan.

SERAH BORANG...Kelihatan Japar ketika menyerahkan borang keahliaan kepada Lajim sempana majlis tersebut yang turut diperhatikan oleh bariasan ahli majlis tertinggi PPPS Pusat..

" SAPP sepatutnya membuat pendirian jelas tidak berdolak dalik kerana matlamat utamanya kita pada pilihanraya umum kali ini ialah menyumbangkan kerajaan BN" katanya.


Katanya adalah lebih baik bagi SAPP menyatakan pendiriannya dan menyertai Pakatan Rakyat bagi mempastikan parti itu mendapat tempat dan sokongan untuk memenangi beberapa kerusi yang diperuntukan dan di putuskan untuk SAPP bertanding dalam pilihanraya umum kali ini.

 " Kita akan berhadapan dengan parti yang besar memiliki segala kelengkapan ,jadi adalah baik bagi kita (SAPP) bergabung agar kekuatan parti lawan boleh diimbangi dan ditewaskan pada PRU kali ini "  jelas Japar.

Turut mengambil langkah serupa menyertai PPPS pada majlis tersebut  pemimpin muda yang menjawat  jawatan Ketua Daerah Mengundi Kimanis  Ag Bakar Ag Ajak Naib Pengerusi, SLS SAPP N.24 Membakut  Ag Amin Ag Sabtu  dan  Naib ketua wanita SAPP P.168 Kota Merudu Pn.Arfah@Latipah bte Rani

SOKONGAN....Antara orang ramai dari kawasan Parlimen Kimanis yang hadir ke majlis tersebut
Ag Bakar semasa ditemui selepas ini berkata, inilah masa yang sesuai bagi generasi muda seperti beliau  untuk bangkit dan melakukan perubahan dari penjajahan yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin BN terhadap hak dan masa depan rakyat Sabah khususnya generasi muda.

" Jika kita tidak bangkit dan melakukan perubahan dari sekarang masa depan kita akan gelap, lihat sahaja bagaimana PATI sewenang-wenangnya mendapat hak kerakyatan, ribuan ekar tanah yang sepatutnya diberikan kepada penduduk tempat diserahkan kepada syarikat syarikat besar, isu pembangunan, isu pendidikan dan ekonomi kita agaka jauh terpinggir ke belakang " tegasnya.

Menurutnya jika melihat  Buku Jingga serta manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini ianya menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

" Memang mereka Kerajaan BN Dakwa ini semua janji kosong memperbodohkan rakyat, namun rakyat khususnya golongan muda sudah mula terfikir jika tidak sekarang melakukan perubahan masanya sudah terlewat dan kehidupan rakyat Sabah akan terus dibelanggu dengan pelbagai isu terutamanya isu isu  pembangunan kemiskinan, sosial dan pendidikan " katanya.

 Sambil menaruh keyakinan kerajaan Pakatan juga mempunyai impian untuk memakmurkan  dan memajukan negara seadil-adilnya tanpa mengira wilayah dan kaum Ag Bakar berkata ,rakyat perlu memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan dan seterusnya melakukan perubahan bagi memenuhi aspirasi rakyat di semua peringkat


Japar dan Ag Bakar sertai PPPS Sebagai Wadah Perjuangan Politik mereka untuk membela rakyat Sabah 

Sementara itu  Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika mengalu-alukan penyertaan mereka  berkata trend satu demi satu pemimpin Umno dan BN keluar daripada parti, jelas menunjukkan bahawa  Barisan Nasional tidak relevan lagi di negara ini atau di negeri Sabah, kerana mereka sedar parti itu tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat sekiranya terus diberikan peluang untuk memerintah

"Saya mengalu-alukan permohonan  mereka menjadi ahli  PPPS yang bergabung dengan Pakatan Rakyat, kerana penyertaan mereka akan memberikan kekuatan bagi kami (Pakatan Rakyat) meneruskan perjuangan manggalas tanggungjawab dan amanah rakyat yang memerlukan pembelaan seadil-adilnya" katanya




MESRA...Lajim bersalaman dengan Japar dan Penduduk setempat sejurus tiba ke majlis tersebut
Ditanya sama ada Pakatan Rakyat  lebih yakin menghadapi pilihan raya akan datang berikutan perkembangan ini,  Lajim menjelaskan  PPPS dan Pakatan Rakyat  sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan kerana parti itu telah bekerja keras, sentiasa mendampingi dan menyalami denyut nadi  rakyat yang mengharapkan perubahan

Monday 28 January 2013

MAJLIS RAMAH MESRA WARGA DARI PARLIMEN BEAUFORT DAN SIPITANG DI KOTA KINABALU BERSAMA PRESIDEN PPPS


KOTA KINABALU:  Penduduk yang berasal dari kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang yang bertugas dan menatap di kota Kinabalu dijemput menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Warga Parlimen Beaufort dan Sipitang yang akan diadakan pada malam 31 Januari 2013 ini bermula jam 7.30 malam bertempat di Habiba Suite Jalan Bukit Bendera Kota Kinabalu.
Orang ramai khususnya warga dari Parlimen Beaufort dan Sipitang  yang menatap
di Kota Kinabalu di jemput hadir ke majlis ini
Jurucakap penganjur Henray Ongging berkata, Ahli Parlimen Beaufort  Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar) bersama kepimpinan tertinggi PPPS akan menjadi tetemu kehormat majlis tersebut.

Presiden PPPS yang juga Ahli Parlimen Beaufort
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menjadi tetamu kehormat majlis ini 
Katanya majlis  tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silatulrahim antara pemimpin khususnya Lajim  yang juga Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) bersama warga Kota Kinabalu yang berasal dari kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang merangkumi 4 buah kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Klias, Kuala Penyu Sinduman dan Lumadan.

 " Mewakili Pengerusi dan ahli jawatankuasa penganjur kami mengalu-alukan warga dari kedua dua kawasan Parlimen ini Beaufort dan Sipitang untuk hadir memariahkan majlis ini sambil menjadikanya sebagai wadah pertemuan bagi menjalin hubungan harmoni mampu mengeratkan hubungan silaturahim" katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.

Selain itu menurut Henry Lajim juga akan menyampaikan amanat mengenai isu isu  pada majlis tersebut.

" Inilah peluang bagi warga dari Parlimen Sipitang dan Beaufort yang menatap di Kota Kinabalu bagi mendengar isu isu semasa khususnya hala tuju dan perjuangan yang dipelopori oleh Lajim" tambah Henry.

Menurutnya pihak penganjur juga turun menyediakan jamuan pada majlis tersebut disamping berhibur dengan persembahan kebudayaan juga persembahan nyanyian dari artis artis tempatan

Saturday 26 January 2013

PULAU BANGI KUDAT AKAN DIJADIKAN PUSAT PENYELIDIKAN HIDUPAN LAUT


PULAU BANGI KUDAT:  Kerajaan Pakatan akan menjadikan pulau Bangi Kudat  di Utara  Sabah sebagai pusat penyelidikan hidupan laut sesuai dengan persekitaranya yang berpotensi dijadikan pusat penyelidikan marin dan hidupan laut.

Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan adanya kerjasama dari unversiti tempatan dan luar negara.

MESRA...Lajim bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba di majlis tersebut.
 " Jika rakyat khususnya di Pulau ini memberikan peluang kepada kerajaan Pakatan mengambil alih pemerintahan negara pada Pilihanraya Umum ke 13 kali, kita akan laksanakan cadangan ini  memandangkan hidupan marin dan darat serta persekitaran  Pulau  Bangi berpontesi besar untuk dijadikan sebagai pusat penyelidikan marin dan hidupan laut" katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dalam siri jelajah presiden PPPS di Pulau Bangi Kudat Kemarin.

Sambil menaruh keyakinan cadangan tersebut dapat direalisasikan oleh kerajaan Pakatan landsakap pembangunan pulau tersebut akan berubah sekali gus memberikan anjakan peluangan dan peningkatan taraf siso ekonomi rakyat setempat terutamanya dalam industri pelancongan.

 " Saya tidak nampak perkara ini rumit untuk dilakukan oleh kerajaan, bagaimanapun sensitiviti kerajaan yang ada hari ini yang tidak peka dan prihatin dengan kehidupan masyarakat luar bandar menyebabkan kehidupan rakyat di Pulau tersebut jauh terpinggir" katanya.

Selain itu menurut Lajim kemudahan insfrastruktur seperti perhubungan jalanraya, bekalan air dan juga api akan diberikan keutamaan untuk dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan di pulau tersebut yang kini seperti dianak tirikan oleh kerajaan BN.


Sokongan sebahagian dari penduduk kampung yang hadir ke majlis tersebut

 Katanya, Jika kerajaan BN boleh membina sebatang jalanraya menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hanya jaraknya 0.09 km dengan kos pembinaan yang agak  luar biasa RM14.9 juta, kenapa masalah perhubungan jalanraya di Pulau Bangi  masih terbiar begitu sahaja walaupun Sabah sudah hampir mencapai 50 tahun usia kemerdekaanya.

 " Kos yang terlalu tinggi bagi membina jalanraya ini disebabkan mengutamakan kepentingan kroni menjadikan jalanraya jalanraya diluar bandar menjadi mangsa keadaan ,wal hal sebahagian peruntukan tersebut boleh menyelasaikan masalah serta keperluan penduduk di Pulau ini untuk menikmati sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik" jelas Lajim

Tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketidak adilan kerajaan BN dalam pengagihan projek projek pembangunan terutamanya di luar bandar ini perlu dinilai oleh rakyat untuk bangkit dan merubah masa depan mereka dengan menolak mereka dari terus memerintah negara ini pada PRU ke 13 akan datang.

 " Meraka (Kerajaan) akan mendakwa semua ini pembohongan, tapi sebaliknya jika Pakatan diberikan peluang ini keutamaan kami sebagaimana yang terkandong dalam buku jingga kami" katanya.


AMANAT...Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin ketika
berucap di majlis tersebut
Selain itu katanya tuntutan rakyat untuk memiliki tanah juga akan diberikan keutamaan, dimana hari ini rakyat yang dari sajak turun temurun tidak mempunyai tanah sendiri, sedangkan syarikat syarikat gragasi sewenang wenangnya boleh memperolehi tanah di negeri ini.

Sehubungan dengan itu katanya rakyat perlu bangkit membuat segala perhitungan pada pilihanraya umum kali ini dengan tidak menyerahkan kerakuasan pemimpin BN yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan kroni dari menjiwai keluh kesah rakyat Sabah yang tertindas dan amat jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan jika dibandingkan dengan lain-lain negeri.

 " Keadilan perlu berada pada paksinya yang sebenarnya, negeri kita adalah penyumbang  utama kepada hasil pendapatan  negara dalam pelbagai sektor petrolium dan pertanian,namun tidak ada keadilan dalam agihannya: katanya.

Monday 21 January 2013

SIAPA SEBENARNYA PEMIMPIN BERMUSIM?


BEAUFORT:  Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima mahu rakyat di dalam kawasannya  menolak kehadiran ahli politik bermusim yang hanya muncul ketika menjelang pilihan raya.

Menurut beliau kehadiran golongan terbabit  ketika menjelang  musim pilihan raya hanyalah bertujuan untuk meraih sokongan politik daripada rakyat dan akan menghilangkan diri sebaik sahaja berakhir musim itu.

“Saya yakin rakyat khasnya dari kawasan ini  tahu dan tidak mahu ada pemimpin politik bermusim seperti ini yang hanya muncul sebagai wira rakyat , demi meraih  sokongan rakyat hanya untuk kepentingan politik peribadi mereka

“Mereka ini tidak ikhlas membantu rakyat dan hanya mementingkan diri sendiri. Justeru saya meminta rakyat agar tidak mudah terperangkap dengan  "kebaikan sementara" daripada pihak berkenaan selepas ini,” katanya.

SUMBANGAN....Kelihatan Lajim ketika menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada golongan kurang berkemampuan sempana majlis tersebut

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kampung Pintas dekat sini baru baru ini.

Hadir sama bekas wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani ,Ketua Cabang PKR Sipitang Dojet Haji Muda ,Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Taufeck Ruchi dan Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani

Menurut Lajim yang juga Presiden PPPS, golongan ini sering melebalkan pemimpin dari parti pembangkang sebagai pemimpin bermusim ternyata kenyataan tersebut seperti pepatah" Meludah ke Langit terkena muka ke muka sendiri.



AMANAT...Lajim ketika berucap di majlis tersebut



SOKONGAN Sebahagian dari rakyat setempat yang hadir ke majlis tersebut.

" Kita kenal pemimpin seperti ini, jika mereka memberi alasan mereka bukan wakil rakyat, namun ada dikalangan mereka sudah menjadi wakil rakyat ,juga mempunyai kedudukan sebagai pemimpin kanan dalam parti sebelum ini ,dimana perkhidmatan mereka kepada rakyat selama ini "? soal Lajim

Tambah beliau sebagai pemimpin, mereka sewajarnya tidak memilih masa untuk bertemu rakyat memandangkan mereka melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat.

" Sekarang ini  menghampiri pilihanraya baru mereka  berebut rebut  mendekati rakyat sehinggakan ,dibawah kolong rumah pun mereka sanggup ,mencari pelbagai isu  dan disensasikan di media bagi memberikan gambaran negetif kepada rakyat saya tidak berkerja selama ini kepada rakyat" jelas Lajim.

Menurut Lajim sebagai pemimpin  mereka lupa berapa banyak pembangunan yang beliau usahakan untuk dibawa ke kawasan itu selama ini.

" Sememangnya semua itu peruntukan dari  kerajaan, bagaimana pun apakah  ianya  akan datang sekiranya saya berdiam diri dan tidak mengemukakan masalah rakyat kepada kerajaan walaupun kerajaan terlalu banyak biokrasinya dalam meluluskan sebarang peruntukan " katanya.

Malah menurut Lajim pemimpin terlibat semasa beliau bersama mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan, mampu memainkan peranan bagi membantu memajukan kawasan tersebut dalam budaya kerja berpasukan bagaimanapun mereka bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat.

"  Sekarang baru mereka sibuk keluar kampung masuk kampung sebelum ini jarang nampak kelibat mereka apalagi dalam menangani masalah rakyat, dalam hal ini katanya rakyat lebih bijak menilai jenis pemimpin seperti ini" katanya.

Sehubungan dengan itu Lajim mengajak rakyat menolak pemimpin seperti ini yang hanya meletakkan kepentingan peribadi untuk mengajar kuasa, sebaliknya apabila diberikan mandat dan kuasa  mereka akan meminggirkan rakyat.

Dalam pada itu katanya Pilihanraya Umum ke 13 kali ini amat penting bagi rakyat di kawasan ini menentukan masa depan mereka dengan melakukan perubahan bagi mempastikan keadilan  dalam kesaksamaan pembangunan serta untuk memerangi salahgunakuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan.

Wednesday 9 January 2013

RAKYAT YANG MENJADI PENILAI PENCAPAIAN SETIAP WAKIL RAKYAT LAJIM


BEAUFORT: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menjelaskan hanya rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort yang dapat menilai pencapaiannya sebagai pemimpin dan wakil rakyat dalam merubah landskap pembangunan di kawasan tersebut.

Menurut beliau sepanjang beliau menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan ini tidak perlu dihuraikan secara detil namun natijahnya, pelbagai projek pembangunan telah dapat beliau bawa ke kawasan itu yang turut memberikan impak dari segi peningkatan taraf siso ekonomi rakyat.

SOKONGAN...Lajim bersama penyokongnya sebelum menaiki kereta api menuju ke kampung Batu 60 untuk menghadiri majlis sambutan krismas dan tahun baru.
" Saya akui semua ini semasa saya menjadi wakil rakyat dalam kerajaan, namun apakah ianya boleh terlaksana jika saya tidak  lantang, berkerja keras serta memberikan pelbagai cadangan dan idea untuk  menyuarakan keperluan rakyat secara berterusan  kepada kerajaan " katanya semasa ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan Krismas dan tahun baru 2103 di kampung Batu 60 dekat sini baru baru ini.

Katanya, pencapaian serta rekodnya sebagai wakil rakyat  dalam membawa pembangunan untuk rakyat Sabah  termasuk di kawasan yang beliau diwakili bukanya  dinilai oleh individu pemimpin BN  apalagi yang datangnya dari luar kawasan yang beliau wakili, yang hanya tahu membuat proganda dengan niat  angkat kaki seperti pepatah " Kuman di Sebarang Laut kelihatan namun Gajah di hadapan mata tidak kelihatan"


TUKAR...Lajim bersama  sebahagian penduduk kampung Batu 60 begitu bersemangat melaungkan perkataan tukar pada majlis tersebut



SUMBANGAN...Lajim turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut


Lajim yang Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mempesoalkan reputasi beliau semasa menjadi wakil rakyat semasa bersama kerajaan BN dalam membawa pembangunan ke negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort.


Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bercakap dan membuat tomahan tidak mengukur baju di badan sendiri 

Jika saya bercakap soal pembangunan di kawasan Beaufort antara lain saya sebut hampir 80 peratus jalanraya di kawasan ini telah dinaik taraf, pembinanan jambatan kedua, pembinaan masjid masjid dan surau kompleks sukan dan dua kilang iaitu kilang getah dan kelapa sawit yang telah  memberikan kemudahan asas kepada rakyat disamping meningkatkan taraf siso ekonomi mereka

 " Semua ini dapat dilaksanakan kerana ada kerja keras sebagai pemimpin,  cadangan adanya tuntutan berterusan dikemukakan kepada kerajaan, cuma dalam kontek perlaksanaan kerajaan BN terlalu memakan masa berpuluh tahun baru dapat dilaksanakan" katanya.

Sebagai contoh katanya semasa menjadi menteri Kabinet yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri  Makanan Sabah beliau telah  mengemukakan cadangan untuk membuka jelapang padi di daerah Kota Belud namun hanya dapat dimulakan oleh kerajaan BN setelah memakan masa lebih dari 10 tahun.

 " Selain itu semasa menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makan ,selaku menteri yang dibertanggungjawabkan saya mencadangkan penubuhan Yayasan Usaha Maju bagi membantu peniaga terutamanya wanita untuk memulakan perniagaan dan hasilnya sehingga kini dinikmati oleh rakyat termasuk di Kota Belud dan turut membantu mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan" jelas Lajim

 Sehubungan dengan itu Lajim turut menasihatkan Rahman agar bercakap perlu mengukur baju di badan sendiri sebelum membuat sebarang tomahan, malahan tambah Lajim semasa menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau turut menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf jalan perkuburan Islam kampung Pompod yang menjadi isu bertahun tahun oleh rakyat di kawasan itu yang gagal diselasaikan oleh Rahman sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut.

 Ketika diminta mengulas saranan Rahman agar Lajim mengemukakan kabinet bayangan  Sabah sekiranya Pakatan mengambil alih pemerintahan pada PRU ke 13 ini, Lajim berkata ianya tidak perlu kerana parti pakatan belum menjadi kerajaan sebaliknya beliau mencabar Rahman sebagai wakil rakyat kerajaan BN mengemukakan kabinet bayangan sekiranya BN kekal memerintah Sabah.

 " Matlamat utama Parti Pakatan adalah menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya umum kami ini, selepas agenda tersebut terlaksana ianya tidak perlu lagi kabinet bayangan namun akan dibentuk mengikut persetujuan pakatan rakyat" katanya

Tuesday 8 January 2013

PERMOHONAN TANAH EMPAT BUAH SYARIKAT DI DAERAH KUALA PENYU DAN MENUMBOK DI TOLAK


KUALA PENYU:  Permohonan Tanah yang melibatkan keluasan 800 ekar dari empat buah syarikat iaitu Sejuta  Jalin Sdn Bhd yang difahamkan berdaftar di Selangor dan tiga lagi syarikat lain , Diamond Aquaculture Sdn bhd, Vantage Care Sdn Bhd dan Pancawang Teguh Sdn Bhd di daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok ditolak.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Osman Jamal selepas, menerima memorindum bantahan yang dikemukakan oleh penduduk dari daerah Kuala Penyu dan Menumbok yang diketuai oleh bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani di pejabat daerah Kuala Penyu  kemarin.

SERAH MEMORINDUM...Kelihatan John yang mewakili penduduk Kuala Penyu dan Menumbok ketika menyerahkan memorindum bantahan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk  Osman Jamal semasa majlis tersebut.

Sebelum itu kira kira 200 orang penduduk dari daerah ini dan daerah Kecil Menumbok yang disertai oleh John, Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Taufeck Haji Ruchi dan beberapa pemimpin parti pakatan dan PPPS berkumpul secara aman dengan membawa sepanduk bantahan di hadapan Pejabat Daerah Kuala Penyu sebelum menyerahkan memorindum tersebut kepada  Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah

BERKUMPUL SECARA AMAN...Kelihatan penduduk dari Menumbok dan Kuala Penyu yang diketuai oleh John berkumpul secara aman membawa sepanduk sebelum menyerahkan memorindum tersebut

Turut menyaksikan penerimaan memorindum bantahan tersebut termasuklah Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo.

John semasa ditemui selepas majlis penyerahan memorindu tersebut  bagi mewakili penduduk Kuala Penyu dan Menumbuk turut  merakamkan ucapan terima kepada Jabatan Tanah dan Ukur khususnya pengarah JTU yang bukan sahaja sanggup turun padang bagi menangangi isu tersebut sekali gus menerima  dan membatalkan permohonan tanah dari empat buah syarikat yang terbabit .

" Kita ucapkan terima kasih, isu ini melibatkan kepentingan rakyat dan juga alam sekitar dimana tanah yang dipohon merupakan kawasan laut sebagai tempat penduduk terutamanya nelayan mencari sumber  rezeki " katanya.

Beliau juga menolak isu bantahan tersebut dipolitikkan sebaliknya menurut beliau ianya atas dasar memperjuangkan hak rakyat Sabah khususnya di kawasan  itu , dimana sebelum ini sudah berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini tanah tanah yang seharuskan diberikan kepada rakyat telah diberikan kepada syarikat gergasi sehingga isu ini membangkitkan kemarahan rakyat

  " Dalam susana politik sekarang kita tidak menafikan ada pihak menganggap bantahan ini dipolitikkan namun, kita mengambil kira aduan rakyat dan mengambil tindakan mengikut saluran yang betul daripada mereka yang hanya tahu bercakap tidak membuat tindakan sewajarnya bagi membantu rintihan rakyat " tegas John.

 Sementara itu Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika dihubungi turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah yang peka dan prihatin dengan sensitiviti rakyat di kawasan tersebut.

 " Rakyat semakin bijak berfikir ketika ini, walaupun isu tuntutan bantahan yang dikemukakan oleh rakyat ini  melalui parti pembangkang atau badan NGO  namun kita tidak berniat untuk mempolitikkanya selain memperjuangkan hak rakyat dan dalam kes ini menolak tomahan pemimpin BN yang kami (pembangkang) sering memperbodohkan rakyat" jelas Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah PPPS

LAJIM UKIN...Rakyat mula berfikir bagi memilih wadah perjuangan mereka melalui parti pembangkang atau NGO  untuk memperjuangkan hak  mereka dan  tidak mudah diperbodohkan sebagaimana selalu didakwa oleh pemimpin kerajaan  rakyat sering diperbodohkan oleh pemimpin parti pembangkang