Wednesday 12 December 2012

UMNO BEAUFORT SEMAKIN GOYAH RAMAI KETUA CAWANGAN LETAK JAWATAN SERTAI PPPS


BEAUFORT: Bagaikan tsunami politik melanda Umno bahagian ini apabila dalam minggu ini sahaja satu demi satu Pemimpin akar umbi yang menjawat jawatan Ketua Cawangan Umno mengumumkan perletakkan jawatan keluar meninggalkan Umno /BN.

Terbaru pada malam khamis  dua orang ketua Cawangan iaitu  Mursidih Abjih Ketua Cawangan Umno Kojabu dalam daerah mengundi Melabau   dan Ebin Ampai Ketua Cawangan UMNO Kampong.Kinamam dalam daerah Mengundi Kota Klias mengumumkan perletakkan jawatan mereka sebagai Ketua Cawangan bersama ahli cawangan  bagi menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong Pakatan Rakyat.(PR)

Pengumuman mereka dibuat  dihadapan Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin semasa majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kampung Melabau  pada malam khamis yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani dan Naib Ketua Pemuda PPPS Pusat Azman Datuk Seri Panglima Lajim.

Ditemui selepas majlis ini Mursidih Abjih berkata keputusan tersebut dibuat kerana  beliau bersama ahli ahli cawangan hilangan keyakinan dengan Umno dan BN khususnya di peringkat  bahagian itu yang lebih memberikan tumpuan untuk mengekalkan pengaruh politik peribadi dari memperjuangkan masalah ahli dan rakyat di peringkat akar umbi.

 " Kami menyertai PPPS kerana yakin dengan kepimpinan Lajim yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat sejak dahulu sehingga beliau berada dalam kem pembangkang namun layanannya terhadap rakyat tidak terjejas serta  tidak mengamalkan budaya pilih kasih mendekati dan mendengar masalah rakyat, sebagaimana yang menjadi budaya pemimpin Umno /BN  ketika ini khususnya di kawasan ini" katanya.

Sementara itu Ebin Ampai menyifatkan tomahan sesetengah pemimpin di kawasan itu perjuangan Lajim  bersama  PPPS dilihat memperbodohkan serta memperalatkan rakyat demi kepentingan peribadi merupakan dakwaan yang tidak berasas dimana PPPS yang menyokong perjuangan PR lebih berorentasikan  perjuangan untuk membela kepentingan rakyat Sabah yang masih terabai dan jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan,siso ekonomi berbanding dengan lain lain negeri di semenanjung.

' Kami tidak terfikir perjuangan beliau (Lajim) bersama PPPS dan APS  memperalatkan rakyat sebaliknya mereka berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah agar lebih terbela seiring dengan usia kemerdekaan negara " tegas Ebin.

 Sementara itu ketika mengalu-alukan kemasukan dua pemimpin cawangan Umno yang  menyertai perjuangan PPPS ,Lajim yang juga ahli Parlimen Beufort berkata, fenomena kebangkitan rakyat bagi menantang kezaliman serta ketidak adilan kerajaan BN kepada rakyat semakin meningkat dan ketara.

 " Kita tidak menjanjikan apa-apa atau memberi imbuhan kepada tindakan mereka, sebaliknya rakyat telah  mula bangkit dan  timbul kesedaran baru untuk  berjuang bersama PPPS/APS  dan PR mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sabah ,malah saya yakin akan ada lagi  pemimpin Umno/BN meninggalkan parti itu , pada saat saat akhir PRU ke 13 diadakan" jelas Lajim.

Lajim bersama rombongan merakamkan gambar kenangan bersama Ketua dan Ahli-ahli Cawangan Umno  
                                                            Kojabu yang menyertai PPPS



Mursidih Abjih  letak jawatan Ketua Cawangan Umno serta PPPS kerana hilang keyakinan dengan perjuangan dan halatuju Umno/BN membela kepentingan rakyat.




Ebin Ampai  Sertai PPPS kerana yakin perjuangan badan tersebut yang diketuai Lajim untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah.



Lajim bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba ke majlis tersebut 


 SUMBANGAN....Isteri Lajim Datin Seri Normilah Siong sambil diperhatikan oleh Naib Ketua Pemuda PPPS Azman turut menyampaikan sumbangan kepada golongan ibu tunggal sempena majlis tersebut

No comments:

Post a Comment