Monday 25 February 2013

Wanita PPPS tubuh pasukan Gerak Mesra Wanita (GMW)



BERSEDIA....Anggota GMW PPPS menunjukkan isyarat mereka sudah bersedia menggalas tanggngjawab
Oleh: Puteri Ayu

BEAUFORT: Pegerakan Wanita Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) menubuhkan pasukan khas dari rumah ke rumah bagi memberi penerangan serta menangkis tohmahan dan provokasi parti lawan , terutama ketika pilihan raya yang sering disasar kepada suri rumah.

Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani  berkata , pasukan yang dikenali sebagai Jentera Gerak Mesra Wanita (GMW)  itu akan bergerak dan melakukan kunjungan dari rumah ke rumah  bagi merapatkan hubungan antara PPPS  dan rakyat disamping mempertingatkan sokongan mereka terhadap perjuangan PPPS yang berpaksikan perjuangan untuk membela rakyat.

Menurut Johair GMW juga akan bergerak secara berkumpulan mendampingi rakyat  memperjelasan isu serta arah  perjuangan PPPS bagi membela nasib dan masa depan rakyat secara adil dan saksma

" Kita fahaman penyaluran maklumat kita agak terbatas kerana ruang kita memperjelaskan dimedia tempatan nasional agak terbatas dengan adanya pasukan ini kita akan terus ke akar umbi memperjelaskan isu dan perjuangan disamping mengeratkan hubungan silatulrahim" katanya ketika ditemui selepas pelancaran GMW. PPPS di sini baru baru ini.

Majlis pelancaran GMW telah disempurnakan oleh Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang turut dihadiri oleh isteri beliau Datin Seri Panglima  Hajah Normilah Siong ,Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani dan barisan ahli majlis tertinggi PPPS

TAHNIAH....Lajim diiringi oleh Johair, Normilah dan Johan ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota GMW pada majlis tersebut


Menurut beliau Jentera GMW PPPS dan jentera  pilihan raya Wanita PPPS kini berada di fasa terakhir, dan akan melipatgandakan usaha bagi memberikan keyakinan kepada rakyat disamping menyalami segala masalah yang dihadapi oleh rakyat

Ketika diminta mengulas sambutan golonangan wanita terhadap GMW khususnya di kawasan tersebut Johair berkata ianya mendapat sokongan padu dari kalangan wanita dimana hampir 500 orang anggotanya siap siaga bergerak secara berkumpulan menjelang PRU ke 13 ini , dan begitu juga di lain lain kawasan .

 SOKONGAN...Antara anggota GMW  PPPS yang hadir ke majlis tersebut.




Terdahulu, dalam ucapannya, perasmian Pelancaran pasukan tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort  berkata pemerkasaan golongan hawa  melalui PPPS ahir akhir ini amat positif dan membuktikan sokongan Wanita kepada  hala tuju dan perjuangan PPPS  amat baik sekali.

Beliau juga mengingatkan Wanita PPPS  bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum, yang dijangka amat mencabar dengan memberikan keyakinan  kepada rakyat diperingkat akar umbi bahawa hala tuju perjuangan PPPS  adalah berorentasikan atas kepentingan rakyat di negeri ini

“Dalam politik, ia  seumpama perlumbaan,  semangat kita mesti berkobar-kobar di saat-saat akhir ini kerana apabila kita melihat trend  parti lawan dengan pelbagai bantuan sumbangan yang hanya muncul disaat saat menghadapi PRU umpama menyediakan rakyat dengan " Gula-Gula" hanya sekadar meraih sokongan dan selepas itu mereka akan lupa kepada sokongan rakyat" katanya

Friday 22 February 2013

LAJIM: SEDIA DITENTANG


Oleh Puteri Ayu



MEMBAKUT: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di kawasan yang beliau wakili baik kerusi Parlimen Beaufort dan Kerusi DUN Klias

Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.

“ Tidak menjadi masalah ,atau merasa gentar kepada sesiapa sahaja yang ingin mencabar negara ini demokrasi malah dari awal lagi saya sudah jelaskan saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pimping dekat sini 



Lajim diiringi oleh  Datuk Johan Ghani dan Narawi Ahmad bersalaman dengan
golongan belia sejurus tiba ke majlis tersebut


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan  Pemangku Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih di beberapa media tempatan baru baru ini yang menyatakan kesanggupan untuk menentang  Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPSPS) itu pada PRU13  di kerusi Parlimen  atau negeri .




KeratanAkhbar kenyataan Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort
Isnin Haji Aliasnih yang bersedia mencabar Lajim

Menurutnya .Isnin merupakan sebahagian dari anak didiknya dalam bidang politik dan berhak untuk bertanding  itupun sekiranya pucuk pimpinan tertinggi BN memilih beliau untuk mencabarnya dalam PRU ke 13 kali ini

Untuk Rekod Isnin merupakan anak muda yang mewarisi kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort sebelum ini secara mudah memangku jawatan tersebut setelah penyandangnya sebelum ini Abdul Rahman Yakub meletakkan jawatan dan menyertai PKR. 

Selepas itu Isnin tidak pernah dicabar dalam pemilihan ketua Pemuda sehingga tamat tempoh walaupun ada calon calon yang ingin mencabarnya namun difahamkan permainan kotor menghalang pencalonan berlaku sehingga pada satu ketika beliau bersama ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian  pernah di panggil,oleh Lembaga Displin Umno ekoran aduan pencabarnya sebelum ini Karim Maslin yang kini Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah  Datuk Mohd Dun yang tidak berpuas hati dengan Isnin disebabkan    pencalonannya di halang sehingga  mencetuskan pergaduhan ketika itu 



Lajim menerima borang penyertaan dari salah seorang Ketua Cawangan Umno
yang meletakkan jawatan dan menyertai PPPS sempana majlis tersebut

Percubaan Isnin mencabar  Lajim hanya dalam pemilihan Presiden Persatuan bisaya Bersatu Sabah (PBBS)  yang ketika itu berada dalam parti PBS dan Isnin dalam parti Umno bagaimanapun Isnin tewas  terok dalam percubaannya mencabar pemimpin tertinggi suku kaum Bisaya itu yang digelar " Janang Gayuh" dikalangan etnik Bisaya 

Keterbeliti Isnin sebagai pemimpin parti hanya teruji dalam pemilihan jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort  tahun 2008  bagi jawatan Timbalan Ketua bahagian yang  menewaskan pencabarnya Zahari Zinin dengan kemenangan tipis sebanyak 11 undi dimana kemenangan ini disifatkan oleh sebahagian pemerhati politik kerana faktor Isnin bersandar kepada pengaruh Lajim yang juga Ketua Bahagian Umno Beafort ketika itu.
Lajim (tengah) bersama golongan belia setempat yang bersedia menukar kerajaan


Kepada soalan lain mengenai isu pembangunan yang dibangitkan oleh Isnin, Lajim yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengakui memang banyak pembangunan disalurkan semasa beliau menjadi pemimpin dalam kerajaan .

Bagaimanapun menurut Lajim pembangunan tidak akan ber laku di kawasan yang beliau wakili sekiranya beliau hanya sebagai wakil rakyat sekadar memanaskan kerusi tanpa menyuarakan masalah rakyat dan meletakkan wawasan jauh bagi melihat keperluan pembangunan yang diharapkan oleh rakyat yang diwakilinya.

" Hakikatnya bila pembangunan ini dapat disalurkan, Wakil Rakyatnya telah berkerja dan menyuarakan masalah rakyat dan dengan ini menafikan tuduhan beliau (Isnin) saya tidak pernah menyuarakan masalah rakyat di sini" katanya 

Lajim menambah pembangunan bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal dalam menyediakan prasarana kemudahan asas untuk rakyat bukan sahaja di Parlimen Beaufort tapi secara menyeluruh di Sabah  

Menurut beliau  pembangunan perlu  di lihat dari perpesktif yang lebih luas  termasukklah pembangunan  dari segi ekonomi, pendidikan , modal Insan (belia) dan lain-lain.

Memperincikan pembangunan ekonomi rakyat di kawasan tersebut Lajim berkata dengan wawasan beliau Projek Tanaman Kelapa Sawit di kampung Siantan yang dicetuskan ideanya semasa beliau menjadi Wakil Rakyat Klias telah berjaya dan dapat merubah taraf siso ekonomi rakyat di kawasan itu.

" Selain itu sebagai contoh cetusan idea bagi membuka kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah yang terdapat di daerah Beaufort juga turut membantu  rakyat terutamanya pekebun bagi memasarkan hasil tanaman mereka" katanya.



Lajim bersalaman dengan pemimpin dan penyokong sejurus tiba di majlis tersebut

Sambil mengajukan pertanyaan apakah yang beliau (Isnin) dapat lakukan semasa menjawat Ketua Pemuda Umno bahagian itu setelah beberapa panggal menjawatnya untuk pembangunan belia terutamanya dari segi ekonomi beliau Lajim berkata tidak ada sesuatu yang dapat dilakukannya bagi merubah taraf siso ekonomi belia di kawasan itu.

" Jangankan merancang program pembangunan belia secara menyeluruh, membawa masuk jabatan dan agensi kerajaan yang boleh membantu kaum dari segi  kursus kemahiran, bantuan pinjaman  bagi membantu golongan belia  menceburi bidang perniagaan dan  usahawan pun tidak dapat dilakukan" katanya.

Sehubungan dengan itu katanya rakyat khsusnya golongan belia perlu melakukan perubahan dari segi pemikiran dan tindakan bagi memilih pemimpin dan kerajaan yang boleh membela masa depan mereka.

Katanya dalam " Buku Jingga"  pakatan rakyat pelbagai agenda serta hala tuju yang jelas telah digariskan oleh pakatan untuk keadilan semua rakyat di negara ini

" Ia membawa harapan agar pengurusan ekonomi lebih cekap, telus dan adil agar pengagihan kekayaan itu dapat dinikmati rakyat terbanyak" katanya 

 Jelas Lajim, untuk mencapai keadilan sosial negara memerlukan suatu anjakan baru serta dasar ekonomi yang jelas dan saksama untuk mengupas dan menyelesaikan permasalahan ekonomi yang semakin menghimpit mutu penghidupan rakyat.

Thursday 21 February 2013

JOHAN GHANI NAFIKAN KEMENANGAN BELIAU PADA PRU KE 11 2004 DI DUN KUALA PENYU KERANA FAKTOR KHIANAT PARTI LAWAN

"KEMENANGAN SAYA DALAM PRU KE 11 2004 DI DUN  N 26 KUALA PENYU
  DITENTUKAN OLEH RAKYAT
BUKAN KERANA DIBANTU OLEH UNSUR KHIANAT OLEH PEMIMPIN BN"

JOHAN GHANI

Oleh: Jemmy Tan 

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani  (gambar)  berkata kemenangan beliau memanangi  kerusi DUN Kuala Penyu pada pilihanraya ke 11 2004 disebabkan beliau mendapat sokongan padu dari rakyat di kawasan tersebut bukan atas faktor adanya komplot dari pihak tertentu dalam kepimpinan BN bahagian Beaufort yang menyokong beliau.

Beliau yang memenangi kawasan DUN Kuala Penyu dengan memperolehi mejoriti sebanyak 2018 menewaskan penyadangnya (BN) yang juga Timbalan Ketua Menteri ketika itu Datuk Wences Anggang dan dua calon lain dari parti Setia  Guan Dee Bin Koh Hoi yang memperolhi undi  308 dan calon bebas Saman Ahmad dengan jumlah undi 633

"  Kita (pemimpin BN ) perlu menerima  hakikat kemenangan saya pada PRU 2004 di DUN Kuala Penyu kerana rakyat memilih saya yang mengharapkan perubahahan kepimpinan di kawasan tersebut, kemenangan ini tidak ada unsur sebotaj sebagaimana yang di dakwa oleh pemimpin pemimpin BN di kawasan ini" katanya ketika ditemui di sini.

Johan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Haji Aliasnih di beberapa media tempatan pada khamis lepas yang mendakwa Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang menjadi dalang melakukan khianat dan sebotaj sehingga menyebabkan calon BN   tewas dalam perlawanan 4 penjuru ketika itu

Menurut Johan jika beliau mendapat sokongan dari Lajim yang juga Pengerusi BN Parlimen Beaufort ketika itu kemungkinannya mejoriti lebih besar diperolehi namun hakikatnya kemenangan beliau kerana rakyat memberikan sokongan padu walaupun beliau bertanding atas tiket bebas dan berhadapan dengan perlawanan yang getir pada pilihanraya tersebut

 " Jika pun dicampurkan  jumlah undi calon parti Setia Guan Dee Bin Koh Hoi yang memperolhi undi  308 dan calon bebas Saman Ahmad dengan jumlah undi 633 saya masih memperolehi jumlah mejoriti yang besar yang membuktikan kemenangan tersebut adalah atas pilihan rakyat bukannya dipengaruhi oleh unsur unsur khianat sebagaimana yang didakwa oleh Isnin" jelas Johan.

Sambil menyifatkan dakwaan Isnin sebagai karut dan hanya mencari publisiti murahan ,Johan menambah inilah sikap pemimpin BN yang enggan menerima hakikat bahawa rakyat sebenarnya akan menjadi penilai yang lebih bijaksana  semasa pilihanraya bagi memilih pemimpin yang mereka sukai untuk menjadi wakil mereka.

Tambah Johan  semasa pilihanraya tersebut beliau juga  menerima  sokongan dari sebilangan jentera pemuda dari BN yang tidak berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh Isnin selaku Ketua Pemuda BN dan juga Pengarah Gerakan jentera Pemuda ketika itu yang enggan memberikan kerjasama dengan parti parti kompenan BN yang lain di DUN Kuala Penyu.

" Bagi saya itu urusan mereka, siapa yang hadir menyokong perjuangan saya, saya terima kerana misi utama saya ialah memenangi pilihanraya tersebut secara demokrasi atas pilihan rakyat" jelas Johan.

Menurut John kemenangan beliau pada pilihanraya 2004 bagi DUN Kuala Penyu merupakan gelombang perubahan yang diharapkan oleh rakyat dan yakin gelombang tersebut akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 kali ini, kerana rakyat semakin bijak berfikir menentukan kerajaan yang mereka pilih pada PRU kali ini.

“Inilah masanya rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan,” kata John yang sudah disahkan akan bertanding atas tiket Pakatan pada PRU ke 13 di DUN Kuala Penyu

Menurut Johan,  Pakatan Rakyat yang meletakkan kepentingan rakyat  akan terus memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat.




Monday 18 February 2013

PENGUMUMAN PERUNTUKAN RM226 JUTA BINA LOJI AIR BARU DI BEAUFORT UMPAMA UMPAN PANCING MENJELANG PRU KE 13

Rakyat di Parlimen Beaufort sudah memohon peruntukan bagi membina Loji Air yang baru berpuluh tahun yang lepas
baru sekarang kerajaan Umumkan Peruntukan  menjelang PRU ke 13 umpama " Umpan Pancing"
bagi meraih sokongan rakyat

KOTA KINABALU :  Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar) menyifatkan peruntukan RM226 juta bagi membina loji air di Beaufort sebagai yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  semasa program Pemimpin Bersama Rakyat di padang Pekan Beaufort minggu lepas umpama   " Umpan Pancing" menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bertujuan untuk memikat hati rakyat khususnya di kawasan ini dengan harapan mereka(rakyat) memilih BN semasa pilihanraya nanti.

Menurut Lajim beliau mengibaratkan pengumuman peruntukan tersebut sebagai " Umpan Pancing" disebabkan permohonan untuk membina loji air di Beaufort bagi menampung keperluan pengguna yang semakin bertambah di kawasan itu  telah dikemukakan berpuluh tahun yang lepas namun kerajaan tidak komited dan serius menangani  masalah ini.

" Semasa saya menjadi ADUN Klias lagi perkara ini telah diperjuangkan, dalam persidangan ADUN termasuk permohonan rasmi namun tiada tindakan konkrit dari kerajaan sehingga menjelang PRU baru nak umumkan peruntukan" katanya ketika ditemui di sini sebagai mengulas ucapan Najib yang mengumumkan peruntukan berjumlah RM226 juta bagi membina loji penapis air di Beaufort

Lajim menambah  berpuluh puluh tahun rakyat di kawasan ini berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air, sepatutnya perkara ini telah ditangani  paling lewat  lima tahun lepas telah pun dilaksanakan oleh kerajaan

" Sebagai pemimpin kita telah suarakan masalah ini kepada kerajaan sejak sekian lama, boleh dirujuk dalam ucapan dewan saya dalam permohonnan resmi, bermakna kita berkerja dan suarakan masalah rakyat tidak sebagaimana didakwa oleh pemimpin BN di sini, saya tidak pernah suarakan masalah rakyat kepada kerajaan" katanya sebagai mengulas  kenyataan pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort  Isnin Haji Ali Asnih bahawa beliau tidak pernah mengemukakan masalah rakyat di kawasan itu kepada kerajaan .

Menurut Lajim yang juga Presiden PPPS,pelbagai janji manis  telah ditaburkan dengan harapan agar ia dapat membius rakyat dan memilih pemerintah yang ada supaya mereka tetap kekal di tampuk pemerintahan.
" Janji-janji ini sebenarnya hanyalah bersifat untuk ‘memancing hati’ rakyat semata-mata dan bukannya dibuat atas dasar tanggungjawab. Ini adalah kerana, jika ia dibuat berdasarkan tanggungjawab maka sudah tentu peruntukan  seperti ini diberi sejak dari dahulu lagi " tambah Lajim
Begitu juga dengan permohonan untuk membina kolej Islam di daerah ini ianya telah diperjuangkan sejak sekian lama, namun amat mendukacita ianya tidak mendapat maklum balas yang positif dari kerajaan dimana  jika ianya diberikan perhatian segara kolej tersebut sudah siap dibina  dan anak-anak di kawasan ini dan sekitarnya sudah dapat memulakan sesi pengajian mereka.
 " Segala ini membuktikan kerajaan BN hanya akan memberikan perhatian apabila keadaan sudah mula terdesak sebagai contoh masalah bekalan air ke Menumbok berpuluh puluh tahun rakyat sengsara, bila kita mula bangkitkan dan kritik kerajaaan sehingga saya keluar meninggalkan BN baru mereka bertindak" jelas Lajim.
Malah katanya pemasangan paip baru ke daerah kecil Menumbok pun tidak akan dapat mengatasi masalah sepenuhnya apabila bekalan air ekoran kepesiti loji belakan air yang telah lama dan kecil tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut sepenuhnya.

" Disebabkan itu kita telah sekian lama meminta dari kerajaan,namun tindak balas yang proaktif dari kerajaan amat mendukacitakan rakyat" katanya

Menurut Lajim lagi, Inilah makna sebenar tanggungjawab  kerajaan ke atas rakyat di bawahnya. Segala bantuan yang sepatutnya diterima oleh rakyat, seharusnya di salurkan dengan secepat mungkin, layanan yang diberikan adalah layanan kelas pertama dan bukannya dijadikan modal berkempen sambil bermain-main dengan janji kepada  rakyat dengan cara yang licik

Thursday 7 February 2013

KERHARMONIAN ELEMAN PENTING MEMBINA MASYARAKAT BERTAMADUN


MENUMBOK:  Agenda besar untuk membina sebuah masyarakat bertamadun di negara ini hanya akan tercapai menerusi keharmonian yang sejati, kata  Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin

Beliau juga percaya, sifat diplomasi dan kebijaksanaan mampu menjadi pemangkin kepada perpaduan yang lebih asli di kalangan masyarakat

Disamping itu memiliki minda yang pintar  juga kekuatan supranatural mampu menjadi pemangkin kepada  perubahan berfikir dan bertindak  ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang bagi membangunkan sebuah negara secara adil dan saksama

Katanya, ciri-ciri ini adalah simbolik Ular  sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini yang wajar diaplikasikan sebagai amalan  bagi membawa perubahan yang lebih telus kepada rakyat  Malaysia.

“Perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulen di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum, tidak ada pun seorang rakyat yang mahu negaranya dalam keadaan yang kucar kacir dan tidak aman" katanya ketika berucap di majlis makan malam sempana sambutan tahun baru cina di kampung Darat Menumbok baru baru ini.
KEK TAHUN BARU...Lajim bersama jemputan lain memotong kek sebagai simbol perasmian majlis tersebut

Hadir sama bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani dan Timbalan Ketua Cabang PKR Klias Thaufeck Haji Ruchi.

Menurut Lajim tidak ada pun sebuah organisasi politik di negara ini yang inginkan negara dalam keadaan yang tidak aman dan hubungan kaumnya tidak harmoni, begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang turut meletakkan agenda bagi membangunkan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama.



" Malangnya Parti Pembangkang atau Pakatan Rakyat sering dilebalkan sebagai parti yang yang menggunakan landasan politik sempit yang memainkan sentiman perkauman ,agama dan budaya sedangkan kami (pakatan Rakyat) mempunyai agenda besar membawa perubahan dalam pelbagai bidang ekonomi,politik pendidikan dan sosial untuk dikongsi secara adil " katanya

Tambah Lajim sempana dengan sambutan Tahun baru cina kali ini serentak dengan pilihanraya umum ke 13 yang kini diambang pintu ,inilah masa dan permulaan yang baik untuk rakyat membuat keputusan bagi menjadikan Malaysia lebih baik di masa hadapan


“Inilah masanya rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan,” katanya.
Tegas Lajim Pakatan Rakyat yang meletakkan kepentingan rakyat  akan terus memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat.


CERIA..Lajim bersama John ketika menyampaikan Ang Pow kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut

                 
“Buku Jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonomi negara,” katanya.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan yang mencerminkan sebuah negara yang benar-benar merdeka dari segi politik, ekonomi dan sosial.

ANGPOW..Isteri Lajim Datin Seri Normilah Siong turut mengagih-agihkan sampul merah berupa anggpow kepada salah seorang warga emas sempana majlis tersebut


Tuesday 5 February 2013

GUNAKAN HAK MENGUNDI


OLEH: PUTERI AYU

KOTA KINABALU: " Pulang dan tunaikan tanggungjawab anda  sebagai pemilih berdafar " demikian ingatan Ahli Parlimen Beaufort  Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin kepada para pegundi yang berasal dan mengundi di  kawasan  Parlimen Beaufort dan Sipitang yang kini bertugas dan menatap di Kota Kinabalu .

Menurut Lajim hak ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya pada PRU ke 13 kali ini dimana ianya amat penting bagi sesebuah negara kerana ia mampu merobah bukan sahaja senario politik, tetapi juga ekonomi, budaya dan keselamatan akibat pertukaran pucuk pimpinan yang menjerumus kepada perubahan dasar pemerintahan

AMANAT...Lajim ketika berucap di majlis Ramah Mesra tersebut

Beliau memberikan ingatan tersebut di hadapan lebih dari 1000 orang pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang yang bertugas dan menatap di Kota Kinabalu dalam satu majlis Ramah Mesra di Habiba Suite jalan Bukit Bendera baru baru ini.

Hadir sama Penasihat Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk  Yahya Lampong, Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani dan ahli majlis tertinggi PPPS.

Sebahagian dari pengundi pengundi dari Parlimen Beaufort dan Sipitang yang menghadiri majlis tersebut

Lajim yang juga Presiden PPPS berkata, Rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa mengundi perlu melaksanakan tanggungjawab secara penuh berhemah dengan mengambil kira kepentingan negara sebagai agenda utama.

" Bukan soal parti atau pemimpin mana yang kita pilih dalam pilihanraya kali ini, perkara pokok adalah hak kita sebagai warganegara Malaysia yang layak memilih bagi menentukan pemimpin dan kerajaan yang akan meneruskan agenda pentadbiran negara" katanya.

MESRA..Lajim bersalaman dengan sebahagian dari pengundi pengundi
dari kawasan Parlimen Beaufort da Sipitang yang hadir ke majlis tersebut 

Tambahnya jika rakyat terfikir untuk melakukan perubahan kepada pemimpin dan kerajaan yang akan mewakili mereka , pilihanraya umum merupakan medan untuk melakukan perubahan tersebut 

Beliau berkata, Rakyat Malaysia seramai 13 juta yang mempunyai hak mengundi perlu melaksanakan tanggungjawab dengan memberi mandat besar kepada pilihan mereka supaya isyarat jelas tersebut dapat diterjermahkan kepada pemerintahan yang menjerumus kepada kemakmuran dan pembangunan negara yang lebih adil dan saksama tanpa mengira kaum agama dan wilayah

" Sebagaimana warga negara Malaysia yang layak memilih apakah kita perlu menghalalkan mereka yang tidak berhak memilih (pengundi hantu) dengan menggunakan dokumen palsu untuk memilih dan menentukan masa depan negara kita" soal Lajim.

 Sehubungan dengan itu katanya rakyat Malaysia perlu memiliki kesedaran baru betapa pentingnya  hak dan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar yang akan menentukan pemimpin dan kerajaan yang akan mentadbir  urus negara 

" Mengundi adalah hak setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia Perkara 119. Pilihlah pemimpin anda, dan ambil bahagian dalam keputusan negara. Pilihan raya membenarkan orang ramai untuk bebas memilih wakil mereka dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka dan undang-undang yang mereka lulus" jelas Lajim

Tambah beliau sebagai individu,  rakyat diberi hak untuk memilih calon yang tepat untuk mewakili kita dan menggunakan hak yang diberikan bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan yang mereka (rakyat) pilih dalam pilihanraya umum yang dianggap oleh pemerhati politik yang amat getir pada abad ini.


Monday 4 February 2013

ALLAHYARHAM DATUK HAJI ABDUL GHAFAR HAJI RIJIM DIPILIH TOKOH MAULIDUR RASUL PARLIMEN BEAUFORT


BEAUFORT:  Dua tokoh telah dipilih bagi menerima Anugerah Maulidur Rasul 1434 H sempana dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Beaufort yang diadakan di perkarangan masjid Jamek Kampung Kebatu baru baru ini  dimana kedua tokoh ini telah  banyak berjasa dalam memartabatkan agama Islam di negeri itu khususnya di kawasan Parlimen Beaufort 

Dua  tokoh tersebut adalah,  tokoh agama khususnya dalam bidang Tilawah Al Quran Al Quran allahyarham Datuk Haji Abdul Ghafar Haji Rijim Al-Hafiz 


TOKOH...Lajim turut menyampaikan anugreh Tokoh Anugerah Maulidur Rasul  kepada Allahyarham Datuk Haji   Abdul Ghafar Haji Rijim Al-Hafiz yang diterima oleh abang Allahyarham sempana majlis tersebut.


Allahyarham  yang lahir pada 8 April 1949 di Kampung Takuli Beaufort dan kembali ke rahmat Allah pada 30 Januari lepas, mendapat pendidikan awal di SK Takuli pada tahun 1960 dan sekolah agama rakyat pada tahun 1962. Beliau berpeluang melanjutkan pengajian di Maahad Tahfiz Masjid Negara 

Allahyarham pernah menjadi  johan Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri Sabah. Untuk rekod beliau pernah menyandang johan MTQ Negeri Sabah sebanyak 8 kali iaitu pada tahun 1969, 1971, 1974, 1979, 1980, 1985, 1993 dan 1999. Bahkan pada tahun 1981, beliau pernah mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Makkah, Arab Saudi bagi kategori tilawah bertarannum dan menghafaz juzu’ 1, dan beliau dinobatkan sebagai johan.


Semantara itu  Hajjah Laineh Yusup dipilih tokoh Maulidurasul bagi ketegori  wanita 

TOKOH WANITA  Hajjah Laineh Yusup dipilih tokoh Maulidurasul bagi ketegori  wanita yang disampaikan oleh isteri Lajim Datin Seri Normilah sempana majlis tersebut



Kesemua penerima anugerah membawa pulang wang tunai , sijil dan cenderamata yang masing masing disampaikan oleh oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong.

Terdahulu dari itu Lajim turut menyertai lebih dari 1000 orang umat Islam setempat berarak mengeliling kampung Kebatu yang berakhir di perkarangan masjid Jamek kampung Kebatu.
BERARAK...Lajim bersama masyarakat Islam setempat berarak sejauh 1 kilometer pada sambutan tersebut.

Berucap merasmikan majlis tersebut Lajim yang juga Presiden Pertubuhan Pakatan Perubaan Sabah mengajak umat Islam agar mencontohi keperibadian baginda Rasullah dalam segala aspek kehidupan seharian 

Katanya tema sambutan tahun ini " ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’,  perlu dihayati dalam aspek kehidupan seharian dimana amalan kesederhanaan Nabi SAW dalam pelbagai urusan seharusnya dijadikan sebagai pedoman.

Menurut Lajim bagi umat Islam, apa yang diajar Rasulullah SAW serta kisah perjuangan baginda menjadi teladan untuk menyusun langkah perjuangan sama ada dalam pekerjaan, perniagaan atau pentadbiran.

"Dari situ kita mendapat ilham untuk memperbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa, sekiranya berlaku kepincangan dan memerlukan kita melakukan perubahan kepada yang lebih baik ianya merupakan satu jihad ke arah kebaikan " katanya.