Monday 4 February 2013

ALLAHYARHAM DATUK HAJI ABDUL GHAFAR HAJI RIJIM DIPILIH TOKOH MAULIDUR RASUL PARLIMEN BEAUFORT


BEAUFORT:  Dua tokoh telah dipilih bagi menerima Anugerah Maulidur Rasul 1434 H sempana dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Beaufort yang diadakan di perkarangan masjid Jamek Kampung Kebatu baru baru ini  dimana kedua tokoh ini telah  banyak berjasa dalam memartabatkan agama Islam di negeri itu khususnya di kawasan Parlimen Beaufort 

Dua  tokoh tersebut adalah,  tokoh agama khususnya dalam bidang Tilawah Al Quran Al Quran allahyarham Datuk Haji Abdul Ghafar Haji Rijim Al-Hafiz 


TOKOH...Lajim turut menyampaikan anugreh Tokoh Anugerah Maulidur Rasul  kepada Allahyarham Datuk Haji   Abdul Ghafar Haji Rijim Al-Hafiz yang diterima oleh abang Allahyarham sempana majlis tersebut.


Allahyarham  yang lahir pada 8 April 1949 di Kampung Takuli Beaufort dan kembali ke rahmat Allah pada 30 Januari lepas, mendapat pendidikan awal di SK Takuli pada tahun 1960 dan sekolah agama rakyat pada tahun 1962. Beliau berpeluang melanjutkan pengajian di Maahad Tahfiz Masjid Negara 

Allahyarham pernah menjadi  johan Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri Sabah. Untuk rekod beliau pernah menyandang johan MTQ Negeri Sabah sebanyak 8 kali iaitu pada tahun 1969, 1971, 1974, 1979, 1980, 1985, 1993 dan 1999. Bahkan pada tahun 1981, beliau pernah mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Makkah, Arab Saudi bagi kategori tilawah bertarannum dan menghafaz juzu’ 1, dan beliau dinobatkan sebagai johan.


Semantara itu  Hajjah Laineh Yusup dipilih tokoh Maulidurasul bagi ketegori  wanita 

TOKOH WANITA  Hajjah Laineh Yusup dipilih tokoh Maulidurasul bagi ketegori  wanita yang disampaikan oleh isteri Lajim Datin Seri Normilah sempana majlis tersebut



Kesemua penerima anugerah membawa pulang wang tunai , sijil dan cenderamata yang masing masing disampaikan oleh oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong.

Terdahulu dari itu Lajim turut menyertai lebih dari 1000 orang umat Islam setempat berarak mengeliling kampung Kebatu yang berakhir di perkarangan masjid Jamek kampung Kebatu.
BERARAK...Lajim bersama masyarakat Islam setempat berarak sejauh 1 kilometer pada sambutan tersebut.

Berucap merasmikan majlis tersebut Lajim yang juga Presiden Pertubuhan Pakatan Perubaan Sabah mengajak umat Islam agar mencontohi keperibadian baginda Rasullah dalam segala aspek kehidupan seharian 

Katanya tema sambutan tahun ini " ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’,  perlu dihayati dalam aspek kehidupan seharian dimana amalan kesederhanaan Nabi SAW dalam pelbagai urusan seharusnya dijadikan sebagai pedoman.

Menurut Lajim bagi umat Islam, apa yang diajar Rasulullah SAW serta kisah perjuangan baginda menjadi teladan untuk menyusun langkah perjuangan sama ada dalam pekerjaan, perniagaan atau pentadbiran.

"Dari situ kita mendapat ilham untuk memperbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa, sekiranya berlaku kepincangan dan memerlukan kita melakukan perubahan kepada yang lebih baik ianya merupakan satu jihad ke arah kebaikan " katanya.

No comments:

Post a Comment