Monday 31 December 2012

KEADILAN bawa bukti akuan bersumpah Lajim Ukin kepada ICAC



Rombongan KEADILAN diketuai oleh  Rafizi Ramli kembali ke Hong Kong serahkan bukti



Surat akaun bersumpah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mengenai isu   sumbangan   RM 40 juta kepada Umno Sabah akan dijadikan bukti



Kedudukan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman semakin tergugat dengan isu sumbangan RM 40 Juta kepada Umno Sabah
PETALING JAYA:KEADILAN hari ini mengemukakan akuan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukin yang menafikan sepenuhnya bahawa Umno Sabah pernah menerima sumbangan RM40 juta seperti didakwa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Surat akuan itu dibekalkan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi tadi sebelum kembali semula ke Hong Kong hari ini.
Katanya, bukti itu akan diserah kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi menggesa badan itu membuka semula siasatan ke atas sumbangan wang tersebut kepada Umno Sabah.
Rafizi berkata, kedudukan Lajim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah.
Menurutnya, akuan bersumpah Lajim yang turut menawarkan diri untuk memberi kenyataan termasuklah pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam menguruskan pentadbiran konsesi balak di Sabah akan diserahkan kepada ICAC untuk tindakan lanjut.
“Ketiga-tiga bukti ini adalah mencukupi, seperti yang dibincangkan dengan ICAC, untuk membuka semula siasatan terhadap Musa Aman.
“Sekiranya pihak berkuasa Malaysia terus mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan, bukti-bukti ini akan terus tersebar dan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara,” kata Rafizi.
Di bawah adalah akuan bersumpah Lajim (gambar):
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:
1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;
2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama
diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;
4. Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya;
5.  Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;
6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau
mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;
7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;
8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia
digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;
9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak
pernah tahu atau diberitahu mengenai:
i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan
iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan
UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;
10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar,
menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah
tidak mendapat pulangan setimpal;
11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;
12.  Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya
dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpinkerajaan Sabah;
13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen
pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;
14.  Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Pemimpin akar umbi BN Sabah sokong Pakatan secara diam-diam



Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menandatangai plug sebagai simbol pelancaran PPPS

KOTA KINABALU : Ramai pemimpin dan penyokong BN di peringkat akar umbi mula beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat secara diam-diam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka bimbang dengan tekanan dari pemimpin atasan BN jika menonjolkan diri menyokong Pakatan.
Ketua Umum KEADILAN itu, berkata mereka akan membuktikan sokongan melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
“Menyertai Pakatan bukan sahaja merisikokan diri tetapi juga kaum keluarga mereka. Ini kerana Umno BN melabel orang yang tidak sehaluan sebagai pengkhianat.
“Sebab itu. kita hargai keputusan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang tinggalkan jawatan demi kepentingan  Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran rasmi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) semalam.
Landskap politik di Sabah berubah ketara sejak beberapa pemimpin utama BN di negeri itu mengisytihar sokongan terbuka kepada Pakatan.
PPPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) menjadi wadah bagi memastikan negeri yang kaya sumber alam tapi paling miskin di Malaysia itu, ditawan Pakatan pada PRU 13.
Anwar berkata, gelagat pemimpin utama BN secara tidak langsung mengakui Sabah bukan lagi fixed deposit  mereka pada PRU 13.
Katanya, situasi itu menyebabkan Perdana Menteri dan timbalannya, bergilir-gilir mengunjungi Sabah sejak pertengahan tahun lalu bagi meraih sokongan tapi gagal.
Dalam pada itu, beliau juga berharap tiada masalah pembahagian kerusi dan calon tidak termakan hasutan  BN yang cuba mengambil peluang memecah belah perpaduan sedia ada.
“Jangan berkira jika ada individu yang menonjol jadi calon kerana yang paling penting ialah hubungan baik di antara satu sama lain.
“Apabila kata putus sudah ada, saya ingin mengingatkan supaya jangan ada yang khianat,” katanya.
Selepas pelancaran PPPS, Anwar dan delegasi meneruskan perjalanan ke Sandakan untuk mengakhiri siri Jelajah Demi Rakyat selama dua hari di Sabah.

Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Dilancarkan






Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin memasukan repelika kunci TUKAR Sebagai simbol pelancaran majlis tersebut




Ribuan ahli-ahli PPPS menyebut kedatangan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis tersebut


KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diasaskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi pagi tadi.
Pelancaran itu dibuat selepas tiga bulan penubuhannya pada 5 Oktober 2012 yang  bertujuan bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat di Sabah.
Lebih 2,000 ahli PPPS menghadiri majlis yang berlangsung meriah di Star City Convention Centre dan turut dihadiri beberapa pemimpin utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Lajim Ukin selaku Presiden PPPS percaya sokongan luar biasa rakyat terhadap perjuangan PPPS menandakan bakal perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau tidak kesal meninggalkan jawatan dalam Kabinet bagi memastikan rakyat Sabah – atas tiket PPPS – menjadi medium penghubung dengan Pakatan.
Perubahan sokongan rakyat yang kian ketara kebelakangan ini, katanya, berikutan kepincangan kerajaan Umno BN mentadbir negara dengan baik termasuk kegagalan membela rakyat Sabah.
“Sehingga Jun 2012, pengangguran di kalangan belia Sabah dianggar seramai 74,000 orang – kadar terbesar di seluruh negara setakat ini,” katanya yang kesal kerana kerajaan Umno BN mengabai kebajikan rakyat negeri itu.
Sokongan rakyat makin lama makin merebak dengan terbaru,  Ahmad Yunin – abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN semalam.

YAKIN PAKATAN DAPAT 35 KERUSI DARI 6O KERUSI DUN SABAH PADA PRU KE 13 LAJIM











(Lajim ketika bercakap dengan Harakahdaily semalam)

KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat Sabah yakin dapat menawan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Lajim Ukin berkeyakinan penuh selain dari 35 kerusi Dun, Pakatan Rakyat juga turut dapat memenangi 15 kerusi Parlimen di negeri itu.

"Saya berkeyakinan pada PRU13 nanti kita (Pakatan Rakyat) dapat memenangi 32 hingga 35 kerusi Dun dari 60 kerusi yang dipertandingkan dan membolehkan kita mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

"Selain itu juga 15 kerusi parlimen akan turut kita perolehi bagi membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Lajim yang dalam pada itu turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih mengganggapkan Sabah sebagai 'fixed deposit' mereka pada pilihanraya nanti.

Malah jelas Lajim lagi, jika Najib yang masih berkeyakinan kenapa sehingga sekarang beliau masih belum yakin untuk membubar parlimen dan memberi laluan kepada PRU13.

"Ketika saya di dalam Majlis Tertinggi Umno sebelum ini, ada agensi melaporkan kedudukan Umno-BN di sabah adalah 52 peratus memihak kepada mereka, manakala 48 peratus pula kepada Pakatan Rakyat.

"Tetapi maklumat tersebut bercanggah dengan  apa yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan juga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menyatakan Barisan Nasional akan kalah di Sabah," katanya.

Tambah beliau atas sebab percanggahan maklumat itulah menyebabkan Najib dan juga pemimpin tertinggi Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri terpaksa berulang-alik ke Sabah untuk mencari undi mereka.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) juga memberitahu tiada sebab untuk rakyat Sabah menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Ini kerana Pakatan Rakyat yang mendahului Barisan Nasional dalam mendengari masalah dan penderitaan rakyat Sabah sebelum ini terutamanya dalam pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah dalam usaha meningkatkan kebajikan rakyat.




Thursday 20 December 2012

LAJIM QUERIES NRD'S SILENCE ON THE 40,000 BC









KOTA KINABALU: Sabah Reform Alliance Chairman Datuk Lajim Ukin has questioned the National Registration Department's (NRD) silence over the claims that some 40,000 birth certificates were issued lately to children of illegal immigrants in Sabah.

"If this figure is true, I want to know why the huge number (were being issued lately) and whether the eligibility of the recipients was justified.
"Who are actually these some 40,000 people? Had the NRD truly checked their backgrounds before issuing these late birth certificates," he said, Saturday.

Lajim, who is also Beaufort MP, acknowledged the response from Minister in the Chief Minister's Department, Datuk Nasir Tun Sakaran, that the 40,000 was a statewide figure and not confined to Semporna.

Nasir had also said that the 40,000 "are still under process and will not necessarily be approved".

But he (Lajim) finds it intriguing that the NRD, whatever the figure, had not fully explained the issue. "Why is that?" he asked.

On Dec. 7, Lajim was quoted as claiming that about 40,000 birth certificates were issued to the children of illegals in Semporna.

On Friday, Nasir refuted the claim by Lajim saying the allegation was baseless and aimed only at poisoning the people's minds against the ruling government and to gain support for the opposition in the coming general election.

Lajim said a reliable source told him that late birth certificates were registered for 40,000 people since last year up to this year.

"Can NRD deny that the department has not issued 40,000 late birth certificates in Sabah. Since Sabah achieved independence and was governed by the then Usno, Berjaya, and Parti Bersatu Sabah (PBS) and now Umno/Barisan Nasional (BN), we knew about the issuance of late birth certificates but it was never so high as the some 40,000 now.

"Why does this matter crop up now? The BN government claimed that there are existing facilities and good infrastructure that enabled the issuance of the vital document. But if you look at Sarawak, I doubt that the issuance of late birth certificates would be as high as 40,000.

This is something for Sabahans to think about.

"Why now when Malaysia has long achieved independence?" Lajim asked.

In Beaufort, he said, no one has been issued with late birth certificates since last year, except if the person is an outsider and his/her parents just possessed the MyKad.

Lajim said the locals have high awareness of registering their children for birth certificates to ensure their rights are served and their future secured.

In fact, he said, majority of Sabahans would register their children for the birth certificates when they are still infants so as to avoid the hassle and arising problems of registering them late.

"I am questioning the BN government on why such a huge number was issued," he said, adding that during his official visits to some islands in the East Coast of Sabah as a Brigadier-General of the Territorial Army, he had met people who could not speak Malay but yet had been issued with MyKad.

Lajim said he fully supports Parti Bersatu Sabah (PBS) Vice-President Datuk Radin Malleh who called on the authorities to be extra cautious when handling the registration of late birth certificates during mobile registrations and to make sure that the children of illegal immigrants would not be entertained.

Radin had also opined that registration of late birth certificates in such huge numbers should not happen given half a century of independence.

"I support what Radin said he is one of the BN leaders who is alert about this problem," Lajim said. 

Thursday 13 December 2012

INIKALILAH MUSA AMAN TIDAK AMAN


KUALA LUMPUR 13 Dis: Ketua delegasi KEADILAN ke Hong Kong, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan memanggil saksi ‘rahsia’ yang tampil memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai penglibatan ahli perniagaan Michael Chia dalam kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang membuat akuan bersumpah (SD) menafikan RM40 juta adalah derma politik kepada Umno, juga akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung perkara itu.



Menurut Rafizi, semasa pertemuan dengan empat lagi rakan sejawatnya bersama ICAC pada semalam 13 Disember waktu Hong Kong, bukti-bukti dan dokumen diserahkan kepada pihak tersebut dalam sesi keterangan yang memakan masa sejam itu.

Mereka juga mengadakan pertemuan susulan dengan Ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC, James To.

Delegasi KEADILAN disertai Ahli Parlimen (MP) Selayang, Wiliam Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan), Chang Lih Kang (Adun Teja) dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ketua Cabang Penampang, Darell Leiking.

“Saya yakin bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

“Begitu juga dengan akuan bersumpah Datuk Lajim yang menafikan wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

“Malah, saya yakin ICAC akan memanggil saksi rahsia yang beri keterangan dan maklumat dalaman mengenai Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Datuk Lajim akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong,” kata Rafizi dalam kenyataan pagi ini.

Bagaimanapun, kata Rafizi, ICAC memohon kerjasama rombongan untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan.

Ekoran itu, pihaknya tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan ICAC.

“Saya beranggapan permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi,” katanya.

Tambah Rafizi, walaupun ICAC tidak mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberi mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

“Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

“James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

“Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia,” jelas Rafizi.

Katanya, perkembangan sihat ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini. 

Wednesday 12 December 2012

UMNO BEAUFORT SEMAKIN GOYAH RAMAI KETUA CAWANGAN LETAK JAWATAN SERTAI PPPS


BEAUFORT: Bagaikan tsunami politik melanda Umno bahagian ini apabila dalam minggu ini sahaja satu demi satu Pemimpin akar umbi yang menjawat jawatan Ketua Cawangan Umno mengumumkan perletakkan jawatan keluar meninggalkan Umno /BN.

Terbaru pada malam khamis  dua orang ketua Cawangan iaitu  Mursidih Abjih Ketua Cawangan Umno Kojabu dalam daerah mengundi Melabau   dan Ebin Ampai Ketua Cawangan UMNO Kampong.Kinamam dalam daerah Mengundi Kota Klias mengumumkan perletakkan jawatan mereka sebagai Ketua Cawangan bersama ahli cawangan  bagi menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong Pakatan Rakyat.(PR)

Pengumuman mereka dibuat  dihadapan Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin semasa majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kampung Melabau  pada malam khamis yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani dan Naib Ketua Pemuda PPPS Pusat Azman Datuk Seri Panglima Lajim.

Ditemui selepas majlis ini Mursidih Abjih berkata keputusan tersebut dibuat kerana  beliau bersama ahli ahli cawangan hilangan keyakinan dengan Umno dan BN khususnya di peringkat  bahagian itu yang lebih memberikan tumpuan untuk mengekalkan pengaruh politik peribadi dari memperjuangkan masalah ahli dan rakyat di peringkat akar umbi.

 " Kami menyertai PPPS kerana yakin dengan kepimpinan Lajim yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat sejak dahulu sehingga beliau berada dalam kem pembangkang namun layanannya terhadap rakyat tidak terjejas serta  tidak mengamalkan budaya pilih kasih mendekati dan mendengar masalah rakyat, sebagaimana yang menjadi budaya pemimpin Umno /BN  ketika ini khususnya di kawasan ini" katanya.

Sementara itu Ebin Ampai menyifatkan tomahan sesetengah pemimpin di kawasan itu perjuangan Lajim  bersama  PPPS dilihat memperbodohkan serta memperalatkan rakyat demi kepentingan peribadi merupakan dakwaan yang tidak berasas dimana PPPS yang menyokong perjuangan PR lebih berorentasikan  perjuangan untuk membela kepentingan rakyat Sabah yang masih terabai dan jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan,siso ekonomi berbanding dengan lain lain negeri di semenanjung.

' Kami tidak terfikir perjuangan beliau (Lajim) bersama PPPS dan APS  memperalatkan rakyat sebaliknya mereka berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah agar lebih terbela seiring dengan usia kemerdekaan negara " tegas Ebin.

 Sementara itu ketika mengalu-alukan kemasukan dua pemimpin cawangan Umno yang  menyertai perjuangan PPPS ,Lajim yang juga ahli Parlimen Beufort berkata, fenomena kebangkitan rakyat bagi menantang kezaliman serta ketidak adilan kerajaan BN kepada rakyat semakin meningkat dan ketara.

 " Kita tidak menjanjikan apa-apa atau memberi imbuhan kepada tindakan mereka, sebaliknya rakyat telah  mula bangkit dan  timbul kesedaran baru untuk  berjuang bersama PPPS/APS  dan PR mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sabah ,malah saya yakin akan ada lagi  pemimpin Umno/BN meninggalkan parti itu , pada saat saat akhir PRU ke 13 diadakan" jelas Lajim.

Lajim bersama rombongan merakamkan gambar kenangan bersama Ketua dan Ahli-ahli Cawangan Umno  
                                                            Kojabu yang menyertai PPPS



Mursidih Abjih  letak jawatan Ketua Cawangan Umno serta PPPS kerana hilang keyakinan dengan perjuangan dan halatuju Umno/BN membela kepentingan rakyat.




Ebin Ampai  Sertai PPPS kerana yakin perjuangan badan tersebut yang diketuai Lajim untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah.



Lajim bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba ke majlis tersebut 


 SUMBANGAN....Isteri Lajim Datin Seri Normilah Siong sambil diperhatikan oleh Naib Ketua Pemuda PPPS Azman turut menyampaikan sumbangan kepada golongan ibu tunggal sempena majlis tersebut

Tuesday 11 December 2012

PENGERUSI PPPS SABAH BUAT AKUAN BERSUMPAH BERHUBUNG SKANDAL RM 40 JUTA



Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18
 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan
berikut:

1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya;
5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:

i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang
dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan

iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dengan sebenarnya dan
diakui oleh yang tersebut namanya
di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah
pada 10 haribulan Disember, 2012
………………………………
LAJIM BIN UKIN
Dihadapan saya,
…………………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH


Saturday 24 November 2012

BUKTI BARU KES RM 40 JUTA SUMBANGAN KEPADA UMNO BABITKAN KETUA MENTERI SABAH



Sidang Media rombongan PKR di Hong Kong 


Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).

Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman.

James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi.



Rafizi Ramli bersama rombongan PKR di hadapan Bangunan ICAC Hong Kong 

Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini:

1. Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

2. Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3. Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman.


Karatan Akhbar di Hong Kong selepas perjumpaan tersebut


Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.


Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna

Wednesday 21 November 2012

BERKESANKAH KUNJUNGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE KUALA PENYU ?


SETELAH hampir 10 tahun berlalu iaitu  pada tahun 2004  Tan Sri  Muhyiddin bin  Haji Mohd. Yassin  ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akhirnya   beliau yang kini Timbalan Perdana Menteri.sekali lagi menjejakkan kakinya ke daerah Kuala Penyu dalam kawasan Parlimen Beaufort dalam program  Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Kuala Penyu yang dihadiri lebih dari 4000 orang yang hadir bukan sahaja setakat dari daerah Kuala Penyu termasuklah dari lain lain daerah berhampiran serta himpunan kepimpinan kerajaan negeri yang tidak mahu ketinggalan memperlihatkan wajah mereka bersama Timbalan Perdana Menteri,

Berbeza tahun 2004 Tan Sri Muhyiddin hadir bagi membantu kempan bagi mempastikan kemenangan  untuk calon BN /UPKO bagi DUN Kuala Penyu  merangkap Timbalan Ktua Menteri ketika itu Datuk Wences Anggang yang  akhirnya mudah dijinakkan oleh calon Bebas Datuk John Ghani  yang mengunguli kejayaan merampas DUN Kuala Penyu dari BN

Kali ini kehadiran Tan Sri Muhyiddin juga dalam iklim suasana menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang sudah pesti ingin melihat kejayaan BN menguasai semula  BN di kawasan Parlimen  pada pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mencabar Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang keluar meninggalkan Umno dan BN  dan menubuhkan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong perjuangan parti Pakatan.

Terlalu amat hebat difikiran aura Datuk Seri Panglima Haji Lajim ini sehingga memaksa kepimpinan di peringkat Pusat dan negeri menjelajah dengan pelbagai program di kawasan Parlimen Beaufort . Sebelum ini beberapa pemimpin utama Pusat dan negeri seakan saban minggu ada sahaja program diatur di kawasan Parlimen Beaufort yang merangkumi DUN Klias dan Kuala Penyu yang  menurut sesetangah pegawai kerajaan amat meletihkan setiap minggu ada program namun mereka terpaksa kerana terikat dengan amalan " Ikut Perintah" kerancakan pemimpin turun padang yang jarang berlaku sebelum ini dengan kekarapan program program sepanjang minggu ,membayangkan BN seakan-akan takut dan bimbang kawasan ini akan terlepas ke tangan parti pembangkang dengan kemasukan Lajim yang berjuang bersama parti pembangkang yang diketuhai umum mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi yang tidak dimiliki oleh pemimpin BN lain yang ingin mencabarnya.

Soalnya apakah dengan kehadiran pemimpin utama BN/UMNO  ke kawasan ini akan mengugat kedudukan Datuk Seri Panglima Haji Lajim pada pilihanraya umum akan datang hanya rakyat di kawasan ini bakal menentukanya kelak.

Pemerhati politik berpendapat tidak mustahil bagi Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak   akan turun sendiri ke kawasan ini bagi mengakang kekuatan serta pengaruh Datuk Seri Panglima Haji Lajim pada pilihanraya umum kali ini,

Bagaimanapun kehadiran Timbalan Perdana Menteri kali ini sebagaimana menjadi harapan rakyat di Kuala Penyu  sebelum ini akan memberikan kesan jangka panjang bagi kerajaan BN melonjakkan pembangunan daerah itu agar setaraf dengan daerah daerah lain di Sabah dalam inti ucapannya gagal didengar melainkan mengumukkan beberapa peruntukan untuk  jangka pandek  juga selebih janji peruntukan dalam bentuk pertimbangan bukannya kelulusan segara.

Rakyat khususnya golongan pendidik sudah pesti mengidam ucapan dari Menteri Pelajaran ini bagimana memperkasakan mutu pendidikan di Sabah khususnya bagi meningkatkan kemudhan asas sekolah di luar bandar Sabah yang masih mengharapkan pembelaan dari kerajaan BN termasuklah kebersamaan  pemberian elaun rumah antara guru guru dari semenanjung Malaysia Sabah dan  Sarawak dari ucapan yang lebih bersifat peribadi kepada pemimpin tertentu terutamanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim yang sudah sebati  di jiwa rakyat di kawasan ini akan segala kebaikannya melayani rakyat sebelum ini yang kekal menjadi tradisi meskipun ketika ini berjuang bersama pakatan pembangkang.

Begitu juga rakyat yang hadir ke majlis ini berharap dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa lawatan ini mengumumkan dasar serta program yang lebih konkrit melaksanakan program pembangunan yang memberikan anjakan ekonomi kepada masyarakat dan yang ditunggu ialah bagaimana kerajaan boleh  mempercepatkan perlaksanaan projek  bekalan air bersih dapat disegarakan mengalir ke  kawasan kawasan yang terbelanggu dengan masalah air sebelum ini bukannya melihat  gimik pelancaran kepala paip besar sebagai satu kebangaan.

Mereka juga berharap kunjungan Pemimpin No 2 negara ini akan meninggalkan kesan  sejarah  jangka panjang di daerah ini sebagai contoh melancarkan projek pembinaan unversiti ke 2 di Sabah yang pernah  disuarakan oleh beberapa pemimpin BN sebelum ini yang  mana daerah tersebut berpotenasi dijadikan tapak pembinaan  Unversiti kedua di negeri Sabah  daripada  melancarkan projek kompleks  Ko Nelayan yang terbengkalai  sekian lama dan boleh dianggap sebagai  projek sakit sebelum ini.

Tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri semasa lawatan ke Kuala Penyu impaknya hanya sedikit
minum minum sembang dan bemesra dengan pemimpin dan rakyat terpilih
yang sudah pesti bukan ini rakyat Kuala Penyu harapkan dari lawatan ini


Begitu juga dalam program tinjaun mesra mereka berharap Timbalan Perdana Menteri tidak hanya sekadar duduk di gerai gerai atau  kedai kopi  bersalaman sambil minum minum kopi bersembang sembang dengan pemimpin atau rakyat yang terpilih duduk bersama  beliau dan Pemimpin Negeri yang lain,sebaliknya mereka lebih suka Timbalan Perdana Menteri turun padang melawat rumah rumah usang ,jalan jalan  yang belum dinaik taraf dan yang paling penting kampung kampung yang belum menikmati kemudahan bekalan air bersih seperti di kampung Kekapor dan lain-lain kampung

Dalam hal ini menurut mereka penganjur  termasuk pemimpin  di peringkat Negeri Khususnya Ketua Menteri serta pemimpin tempatan lebih berhati hati demi menjaga  hati dan keterbeliti mereka termasuk kerajaan dari membawa Timbalan Perdana Menteri melawat  ke kawasan bermasalah yang dihadapi oleh masyarakat Kuala Penyu takut tembalang pecah


Ini lawatan Tinjauan mesra Ahli Parlimen Beaufort rumah ke rumah yang lebih memberikan positif
dan rakyat merasai sentuhan kasih seorang pemimpin yang sebenarnya

Selebihnya  hanya rakyat Kuala Penyu yang akan menjadi penilai terbaik kesan dari kunjungan Timbalan Perdana Menteri Ke  daerah Kuala Penyu serentak  akan memilih kerajaan dan calon yang bakal mewakili mereka pada pilihanraya Umum akan datang.

Monday 19 November 2012

UMNO PERLU PERJELASKAN KEPADA RAKYAT ISU SUMBANGAN RM 40 JUTA KEPADA UMNO SABAH


MENUMBOK : Rakyat Sabah khusunya ahi-ahli Umno berhak mengetuhai bagaimana sumber RM40 juta yang didakwa  disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah

Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata perkara ini perlu diperjelaskan agar rakyat Sabah tidak keliru sehingga menjejaskan keterbeliti pemimpin BN khususnya pemimpin Umno Sabah

Katanya, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman perlu menjawab dan menjelaskan perkara ini kepada rakyat  dan ahli Umno Sabah dari mana sumber sumbangan ini diperolehi  dan dibelanjakan untuk tujuan apa

" Sejak tahun 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah sekalipun menafikan skandal tersebut. malah diperakui oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai sumbangan untuk Umno Sabah" Jelas Lajim ketika ditemui selepas majlis Jelajah AMK Malaysia dan PPPS" Jelajah Sumpah Rakyat Tuntut Hak" Kembalikan RM40 Juta Hak Rakyat Sabah dekat sini baru baru ini

Hadir sama Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan bekas ADUN Kuala Penyu Datuk John Ghani
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort walaupun wang tersebut dikatakan milik parti tapi rakyat masih meragui wang itu datang secara bersih atau sebaliknya

"Walaupun wang itu diberi 'restu' oleh Perdana Menteri, tapi statusnya meragukan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawabnya, jangan lepas tangan kepada pihak Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong sahaja" katanya

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Umno Sabah begitu produktif menerima tajaan mencecah puluhan juta ringgit seolah-olah ada skandal tersembunyi di sebalik penindasan berterusan kepada rakyat Sabah

" Seingat saya isu wang sumbangan ini semasa saya menjadi Ketua Bahagian Umno dan hadir dalam mesyuarat badan perhubungan Umno Sabah ianya tidak pernah dibincangkan atau ia menjadi agenda tersembunyi" jelas Lajim

Tambah Lajim jika Musa dan Umno Sabah enggan menjelaskan isu ini apakah Umno Sabah bersedia untuk diaudit secara profesional  bagi membuktikan RM40 juta benar-benar disalur kepada parti itu.
Beliau berkata penafian Umno BN kononnya wang itu bukan milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak memadai melainkan audit bebas dibuat

“Sekiranya wang tersebut merupakan wang Umno Sabah, apakah wang sejumlah USD90 juta yang didakwa dimiliki Musa dalam proses pembekuan aset oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland ke atas bank UBS, juga merupakan wang Umno Sabah?” soal beliau lagi.

Beliau turut mempersoal kemungkinan wang RM40 juta tersebut sebenarnya adalah wang haram yang dialirkan kepada Umno melalui Yayasan Sabah menggunakan pemalsuan pelan kawasan pembalakan.
Sehubungan dengan itu Lajim mengajak rakyat Sabah melakukan perubahan supaya tidak terus ditindas Umno BN dan dapat menikmati kemudahan yang dinafi kerajaan.

Ketuanya,adalah tidak wajar bagi rakyat Sabah dari , statistik menunjukkan Sabah memperoleh sumber pendapatan berbilion ringgit namun rakyat terus derita.

“Selagi tak berlakunya perubahan, selama itulah nasib rakyat Sabah tidak akan terbela" jelas Lajim
Lajim  berkata, kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor perlu dijadikan inspirasi rakyat Sabah untuk keluar dari kepompong Umno BN dan turut serta melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.




 MERIAH....Sambutan masyarakat setempat begitu meriah dengan perarakan motosikal bagi mengiringi kedatangan Lajim dan rombongan ke majlis tersebut


AMANAT...Lajim ketika menyampaikan ucapannya memperjelaskan pelbagai isu sempana majlis tersebut


SOKONGAN Antara penduduk setempat yang hadir ke majlis tersebut




       MERIAH....Sambutan masyarakat setempat begitu meriah dengan perarakan motosikal bagi mengiringi
                                         kehadiran Lajim bersama rombongan ke majlis tersebut



                                 KEK PERPADUAN...Lajim bersama Shamsul dan jemputan lain
                          memotong kek perpaduan pakatan sebagai simbol perasmian majlis tersebut

Musa Aman mesti jawab penyucian wang haram RM275 juta di Switzerland


Jingga 13 Sabah mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan isu dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang turut didakwa sebagai penamanya.
Laporan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) terhadap kes tersebut bakal dibicarakan di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland benar-benar memalukan rakyat Sabah terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Ketua Menteri Sabah.
Malah sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini, sejumlah 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuktikan bahawa kes tersebut sangat serius dan beliau wajar memberikan penjelasan.
Musa terus mendiamkan diri sama ada melibatkan skandal wang haram RM40 juta dan kini kes penyucian wang haram di Switzerland yang ternyata turut melibatkan sejumlah ratusan juta Ringgit Malaysia dan Micheal Chia.
Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Musa Aman dengan segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya beliau mempunyai maruah dan harga diri