SETELAH hampir 10 tahun berlalu iaitu pada tahun 2004 Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akhirnya beliau yang kini Timbalan Perdana Menteri.sekali lagi menjejakkan kakinya ke daerah Kuala Penyu dalam kawasan Parlimen Beaufort dalam program Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Kuala Penyu yang dihadiri lebih dari 4000 orang yang hadir bukan sahaja setakat dari daerah Kuala Penyu termasuklah dari lain lain daerah berhampiran serta himpunan kepimpinan kerajaan negeri yang tidak mahu ketinggalan memperlihatkan wajah mereka bersama Timbalan Perdana Menteri,
Berbeza tahun 2004 Tan Sri Muhyiddin hadir bagi membantu kempan bagi mempastikan kemenangan untuk calon BN /UPKO bagi DUN Kuala Penyu merangkap Timbalan Ktua Menteri ketika itu Datuk Wences Anggang yang akhirnya mudah dijinakkan oleh calon Bebas Datuk John Ghani yang mengunguli kejayaan merampas DUN Kuala Penyu dari BN
Kali ini kehadiran Tan Sri Muhyiddin juga dalam iklim suasana menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang sudah pesti ingin melihat kejayaan BN menguasai semula BN di kawasan Parlimen pada pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mencabar Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang keluar meninggalkan Umno dan BN dan menubuhkan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong perjuangan parti Pakatan.
Terlalu amat hebat difikiran aura Datuk Seri Panglima Haji Lajim ini sehingga memaksa kepimpinan di peringkat Pusat dan negeri menjelajah dengan pelbagai program di kawasan Parlimen Beaufort . Sebelum ini beberapa pemimpin utama Pusat dan negeri seakan saban minggu ada sahaja program diatur di kawasan Parlimen Beaufort yang merangkumi DUN Klias dan Kuala Penyu yang menurut sesetangah pegawai kerajaan amat meletihkan setiap minggu ada program namun mereka terpaksa kerana terikat dengan amalan " Ikut Perintah" kerancakan pemimpin turun padang yang jarang berlaku sebelum ini dengan kekarapan program program sepanjang minggu ,membayangkan BN seakan-akan takut dan bimbang kawasan ini akan terlepas ke tangan parti pembangkang dengan kemasukan Lajim yang berjuang bersama parti pembangkang yang diketuhai umum mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi yang tidak dimiliki oleh pemimpin BN lain yang ingin mencabarnya.
Soalnya apakah dengan kehadiran pemimpin utama BN/UMNO ke kawasan ini akan mengugat kedudukan Datuk Seri Panglima Haji Lajim pada pilihanraya umum akan datang hanya rakyat di kawasan ini bakal menentukanya kelak.
Pemerhati politik berpendapat tidak mustahil bagi Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan turun sendiri ke kawasan ini bagi mengakang kekuatan serta pengaruh Datuk Seri Panglima Haji Lajim pada pilihanraya umum kali ini,
Bagaimanapun kehadiran Timbalan Perdana Menteri kali ini sebagaimana menjadi harapan rakyat di Kuala Penyu sebelum ini akan memberikan kesan jangka panjang bagi kerajaan BN melonjakkan pembangunan daerah itu agar setaraf dengan daerah daerah lain di Sabah dalam inti ucapannya gagal didengar melainkan mengumukkan beberapa peruntukan untuk jangka pandek juga selebih janji peruntukan dalam bentuk pertimbangan bukannya kelulusan segara.
Rakyat khususnya golongan pendidik sudah pesti mengidam ucapan dari Menteri Pelajaran ini bagimana memperkasakan mutu pendidikan di Sabah khususnya bagi meningkatkan kemudhan asas sekolah di luar bandar Sabah yang masih mengharapkan pembelaan dari kerajaan BN termasuklah kebersamaan pemberian elaun rumah antara guru guru dari semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak dari ucapan yang lebih bersifat peribadi kepada pemimpin tertentu terutamanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim yang sudah sebati di jiwa rakyat di kawasan ini akan segala kebaikannya melayani rakyat sebelum ini yang kekal menjadi tradisi meskipun ketika ini berjuang bersama pakatan pembangkang.
Begitu juga rakyat yang hadir ke majlis ini berharap dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa lawatan ini mengumumkan dasar serta program yang lebih konkrit melaksanakan program pembangunan yang memberikan anjakan ekonomi kepada masyarakat dan yang ditunggu ialah bagaimana kerajaan boleh mempercepatkan perlaksanaan projek bekalan air bersih dapat disegarakan mengalir ke kawasan kawasan yang terbelanggu dengan masalah air sebelum ini bukannya melihat gimik pelancaran kepala paip besar sebagai satu kebangaan.
Mereka juga berharap kunjungan Pemimpin No 2 negara ini akan meninggalkan kesan sejarah jangka panjang di daerah ini sebagai contoh melancarkan projek pembinaan unversiti ke 2 di Sabah yang pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin BN sebelum ini yang mana daerah tersebut berpotenasi dijadikan tapak pembinaan Unversiti kedua di negeri Sabah daripada melancarkan projek kompleks Ko Nelayan yang terbengkalai sekian lama dan boleh dianggap sebagai projek sakit sebelum ini.
Dalam hal ini menurut mereka penganjur termasuk pemimpin di peringkat Negeri Khususnya Ketua Menteri serta pemimpin tempatan lebih berhati hati demi menjaga hati dan keterbeliti mereka termasuk kerajaan dari membawa Timbalan Perdana Menteri melawat ke kawasan bermasalah yang dihadapi oleh masyarakat Kuala Penyu takut tembalang pecah
Ini lawatan Tinjauan mesra Ahli Parlimen Beaufort rumah ke rumah yang lebih memberikan positif dan rakyat merasai sentuhan kasih seorang pemimpin yang sebenarnya |
Selebihnya hanya rakyat Kuala Penyu yang akan menjadi penilai terbaik kesan dari kunjungan Timbalan Perdana Menteri Ke daerah Kuala Penyu serentak akan memilih kerajaan dan calon yang bakal mewakili mereka pada pilihanraya Umum akan datang.
No comments:
Post a Comment