Monday, 19 November 2012

UMNO PERLU PERJELASKAN KEPADA RAKYAT ISU SUMBANGAN RM 40 JUTA KEPADA UMNO SABAH


MENUMBOK : Rakyat Sabah khusunya ahi-ahli Umno berhak mengetuhai bagaimana sumber RM40 juta yang didakwa  disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah

Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata perkara ini perlu diperjelaskan agar rakyat Sabah tidak keliru sehingga menjejaskan keterbeliti pemimpin BN khususnya pemimpin Umno Sabah

Katanya, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman perlu menjawab dan menjelaskan perkara ini kepada rakyat  dan ahli Umno Sabah dari mana sumber sumbangan ini diperolehi  dan dibelanjakan untuk tujuan apa

" Sejak tahun 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah sekalipun menafikan skandal tersebut. malah diperakui oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai sumbangan untuk Umno Sabah" Jelas Lajim ketika ditemui selepas majlis Jelajah AMK Malaysia dan PPPS" Jelajah Sumpah Rakyat Tuntut Hak" Kembalikan RM40 Juta Hak Rakyat Sabah dekat sini baru baru ini

Hadir sama Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan bekas ADUN Kuala Penyu Datuk John Ghani
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort walaupun wang tersebut dikatakan milik parti tapi rakyat masih meragui wang itu datang secara bersih atau sebaliknya

"Walaupun wang itu diberi 'restu' oleh Perdana Menteri, tapi statusnya meragukan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawabnya, jangan lepas tangan kepada pihak Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong sahaja" katanya

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Umno Sabah begitu produktif menerima tajaan mencecah puluhan juta ringgit seolah-olah ada skandal tersembunyi di sebalik penindasan berterusan kepada rakyat Sabah

" Seingat saya isu wang sumbangan ini semasa saya menjadi Ketua Bahagian Umno dan hadir dalam mesyuarat badan perhubungan Umno Sabah ianya tidak pernah dibincangkan atau ia menjadi agenda tersembunyi" jelas Lajim

Tambah Lajim jika Musa dan Umno Sabah enggan menjelaskan isu ini apakah Umno Sabah bersedia untuk diaudit secara profesional  bagi membuktikan RM40 juta benar-benar disalur kepada parti itu.
Beliau berkata penafian Umno BN kononnya wang itu bukan milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak memadai melainkan audit bebas dibuat

“Sekiranya wang tersebut merupakan wang Umno Sabah, apakah wang sejumlah USD90 juta yang didakwa dimiliki Musa dalam proses pembekuan aset oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland ke atas bank UBS, juga merupakan wang Umno Sabah?” soal beliau lagi.

Beliau turut mempersoal kemungkinan wang RM40 juta tersebut sebenarnya adalah wang haram yang dialirkan kepada Umno melalui Yayasan Sabah menggunakan pemalsuan pelan kawasan pembalakan.
Sehubungan dengan itu Lajim mengajak rakyat Sabah melakukan perubahan supaya tidak terus ditindas Umno BN dan dapat menikmati kemudahan yang dinafi kerajaan.

Ketuanya,adalah tidak wajar bagi rakyat Sabah dari , statistik menunjukkan Sabah memperoleh sumber pendapatan berbilion ringgit namun rakyat terus derita.

“Selagi tak berlakunya perubahan, selama itulah nasib rakyat Sabah tidak akan terbela" jelas Lajim
Lajim  berkata, kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor perlu dijadikan inspirasi rakyat Sabah untuk keluar dari kepompong Umno BN dan turut serta melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.




 MERIAH....Sambutan masyarakat setempat begitu meriah dengan perarakan motosikal bagi mengiringi kedatangan Lajim dan rombongan ke majlis tersebut


AMANAT...Lajim ketika menyampaikan ucapannya memperjelaskan pelbagai isu sempana majlis tersebut


SOKONGAN Antara penduduk setempat yang hadir ke majlis tersebut




       MERIAH....Sambutan masyarakat setempat begitu meriah dengan perarakan motosikal bagi mengiringi
                                         kehadiran Lajim bersama rombongan ke majlis tersebut



                                 KEK PERPADUAN...Lajim bersama Shamsul dan jemputan lain
                          memotong kek perpaduan pakatan sebagai simbol perasmian majlis tersebut

No comments:

Post a Comment