Friday 26 April 2013

TIDAK TIMBUL SOAL " PILIH BULU" DALAM PEMILIHAN CALON PAKATAN RAKYAT


Oleh: Zai


. LAJIM UKIN....... Tidak timbul isu " Pilih Bulu" dalam pemilihan calon Pakatan Rakyat 





PUTATAN: Presiden Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin ( gambar ) menafikan dakwaan wujudnya isu 'pilih bulu' berhubung pemilihan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke - 13 (PRU13) di negeri ini.

Beliau dengan lantang menidakkan tuduhan terbabit yang muncul daripada beberapa bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar parti ekoran tidak berpuas hati kerana pucuk pimpinan lebih bergantung kepada PPPS dan rakan sewajat mereka, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diterajui oleh Datuk Wilfred Bumburing.

Sambil mempersoalkan dakwaan berkenaan, Lajim menyifatkan pucuk pimpinan PKR sebenarnya telah melakukan pemilihan calon adalah berdasarkan kredibiliti prestasi mereka dan sehubungan itu, isu pilih bulu tidak sepatutnya timbul.

Saya ingin tanya semula kepada mereka, banyak calon-calon bukan dari PPPS dan APS.

"Di Kota Belud misalnya, Ketua Srikandi PKR Sabah, Isnaraissah Munirah Majilis menjadi calon bagi Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen P169 dan adakah Ketua Cabang PKR bertanding?

"Kenapa dia (Ketua Cabang) tidak bertanding? Ini kerana pucuk pimpinan melihat kepada prestasi mereka sama ada layak dijadikan calon ataupun sebaliknya.

"Bagi saya, mereka ini berjuang hanya semata-mata ingin menjadi calon dan sekiranya menang, maka mereka akan gunakan jawatan ini untuk menjadi kaya raya, "katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus menghadiri ceramah bagi program Pakatan Rakyat di Ketiau dekat sini malam kelmarin.

Hadir sama, calon-calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen P173 Putatan, Jospeh Lee (DAP/Pakatan Rakyat), Hamid Ismail (PAS/Pakatan Rakyat) calon N17 Tanjung Aru dan Mat Yunin Atim (PKR/Pakatan Rakyat) untuk kerusi N18 Petagas.

Antara intipati ceramah kesemua penceramah adalah mengetengahkan manifesto Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat memerintah termasuk bantuan RM1,000 kepada warga emas, peluang pekerjaan kepada golongan belia dan isu-isu tempatan.

Mengulas lanjut mengenai isu empat Ketua Cabang PKR termasuk seorang timbalan Ketua Cabang pada Khamis lalu, Lajim berkata beliau sudah menjangkakan perkara itu dan mendakwa kesemua mereka telah disogok dengan habuan bagi melakukan perbuatan demikian.

"Setahun dahulu sebelum saya menyertai PPPS, telah diberitahu oleh adik saya (Ramli Ukin) yang kini juga menyertai Barisan Nasional (BN) bahawa ada enam Ketua Cabang akan keluar parti sekiranya tidak dipilih sebagai calon.

"Tiap-tiap bulan mereka akan menerima RM2,000 daripada Umno dan ini telah diberitahu sendiri oleh adik saya, "katanya sambil menyifatkan kehilangan pemimpin seperti itu tidak membawa sebarang kesan kepada perjuangan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13 di negeri ini.


Thursday 25 April 2013

PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI PARLIMEN BEAUFORT

Oleh: Su Yen




Lajim dan Johan diiringi ribuan penyokong menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat
Pa' Musa Beaufort


Lajim melambaikan tangan kepada penyokongnya selepas selesai pengumuman calon 
BEAUFRT : Kerusi ‘panas’ Parlimen Beaufort dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan parti dari Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Reformasi Negeri (STAR)


   Pertembungan kali ini lebih menarik apabila dua tokoh masing-masing anak tempatan iaitu, Datuk Azizah Mohd Dun yang mewakili BN akan menentang wakil daripada PKR yang juga penyandang kerusi kawasan P177 itu, Datuk  Seri Panglima Haji Lajim Ukin.

   Manakala, STAR menamakan calonnya, Guan Dee Bin Koh Hoi yang sebelum ini merupakan bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun 2008 lalu.

   Kira-kira pukul 11.35 pagi, ketiga-tiga mereka sudah disahkan layak menjadi calon oleh Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di pusat penamaan calon yang diadakan di Dewan Pa’ Musa, di sini,

   Dalam pada itu, perebutan bagi kerusi DUN Klias menyaksikan calon muka baru BN yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih mendapat tentangan calon daripada tiga parti iaitu PKR, SAPP dan STAR bagi kawasan itu.

   Paling menarik, Datuk Lajim Ukin yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Beaufort turut bertanding di kawasan N.25 itu, manakala SAPP menamakan Mohd Sanusi Taripin sebagai calon dan Aliapa Osman mewakili parti STAR.

   Sementara itu, DUN Kuala Penyu menyaksikan pertandingan 5 penjuru dengan dua calon bebas masing-masing berlambangkan Kunci dan Jam iaitu Jasbian Kenneth dan Md Tajuddin Md Walli, manakala STAR diwakili Inning Sinteh @ Alexander Siatin.

   Bagaimanapun, perebutan kawasan itu sudah pasti lebih menumpukan kepada dua individu iaitu calon muka baru BN, seorang ahli perniagaan  Limus Jury yang akan ditentang tokoh politik veteran, Datuk John Ghani daripada PKR.

   Berikutan kehadiran ramai penyokong mengiringi calon parti masing-masing pada hari penamaan yang diadakan itu, ke semua calon terlibat, optimis akan memenangi undi rakyat pada hari pengundian 5 Mei depan.

Meriah Penyokong Lajim dan Johan dengan bendera PKR berkumpul di Padang Pekan Beaufort semasa menunggu
proses penamaan calon selasai 

  Dalam pada itu, Lajim yang ditemui berkata, beliau yakin PKR akan memenangi kerusi Parlimen Beaufort dan dua DUN di kawasan itu dengan majoriti lebih besar berbanding sebelumnya berikutan sokongan padu yang telah diberikan rakyat selama ini.

   “Pertandingan tiga dan empat penjuru masing-masing di Parlimen Beaufort dan DUN Klias sebenarnya membuka peluang lebih besar kepada saya untuk terus mempertahan dan memenangi kedua-dua kerusi yang saya tandingi ini.

   “Berbanding calon BN dan parti lainnya, saya mempunyai ‘track record’ yang baik kerana saya berjuang bukan untuk kepentingan peribadi atau politik, perjuangan ini adalah untuk rakyat yang saya wakili.
   “Hanya rakyat yang layak menilai segala usaha yang telah saya bawa dan laksanakan di kawasan ini kerana perjuangan kita berpegang teguh kepada ‘kuasa rakyat’,” tegasnya.

   Parlimen Beaufort mempunyai seramai 30,113 pengundi terdiri daripada 15,337 pengundi bagi kerusi N25 Klias dan 14,776 pengundi di kawasan N.26 Kuala Penyu.

Taat Setia Penyokong Pakatan Rakyat sanggup berdiri dan berpanas bagi memberikan sokongan moral
kepada calon calon Pakatan Rakyat yang bertanding 

   Sementara itu calon BN bagi DUN Klias, Isnin Aliasnih yang menyifatkan kawasan itu merupakan kubu kuat BN dan seluruh jentera terdiri daripada komponen BN akan memastikan pengundian pada 5 Mei depan, berpihak kepada parti itu.

   Bagi calon BN DUN Kuala Penyu, Limus Jury, walaupun dianggap sebagai individu yang baru berjinak-jinak dalam dunia politik, namun beliau tetap optimis akan terus mempertahankan kerusi N.26 itu meski pun pencabarnya Datuk John Ghani adalah ‘nama besar’ dalam politik Sabah.

Lajim bersama pencadang dan penyokong ketika mengemukakan kertas pencalonan 

   Sementara itu, Datuk John Ghani berkata, pertandingan 5 penjuru di kawasan N.26 itu tidak langsung menjejaskan peluang PKR untuk merampas kerusi berkenaan daripada BN dalam PRU13 ini kerana rakyat sudah muak dengan kepimpinan BN selama ini.
Azizah ,Isnin dan Limus bersama penyokong BN selepas penamaan calon selasai 


   “Sokongan kepada PKR sedikit pun tidak terjejas walaupun BN meletak muka baru (Limus) untuk terus mempertahankan kawasan ini kerana rakyat sudah nekad, malah mempunyai satu tujuan iaitu tumbangkan BN serta menukarnya kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

   “Justeru, saya menyeru seluruh rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort untuk terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua calon PKR dalam PRU13 ini bagi meraih kemajuan dan pembangunan yang lebih mapan,” katanya ketika ditemui.

PPPS DAPAT 5 KERUSI PERLIMEN DAN 13 KERUSI DUN PADA PRU KE 13




Oleh Su Yen



Lajim (tengah) bersama calon calon yang dikemukakan oleh PPPS yang bakal
bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU ke-13 kali ini



KOTA KINABALU: Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) menyenaraikan lima calon kerusi Parlimen dan 13 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke - 13 (PRU13) kali ini.
Sebelum ini, PPPS hanya membariskan empat calon kerusi parlimen dan berjaya menerima satu tambahan setelah Mustapha Datu Tambuyong (PKR) memberikan laluan kepada Abdul Sani Abdullah untuk bertanding di P187 Kinabatangan.

Selain daripada Abdul Sani, kawasan parlimen yang akan ditandingi oleh calon PPPS adalah Datuk Yahya Lampong (Papar), Jaafar Ismail (Kimanis) dan Ramle Dua (Sipitang).

Pengerusi PPPS, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin akan mempertahankan kerusi P177 Beaufort yang disandangnya ketika bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum 2008.
Malah, beliau juga akan bertanding di DUN N25 Klias.

Sementara itu, bagi calon kerusi DUN lain adalah Datuk John Ghani (N26 Kuala Penyu), Datu Abdul Razak Abd Salam (N1 Banggi), Muali Aching (N12 Karambunai), Mat Yunin Atin (N18 Petagas), Dzulkefli Safar (N21 Kawang), Tan Sri Ibrahim Menudin (N23 Bongawan), Narawi Ahmad (N24 Membakut), Abdul Rahman Yaakob (N27 Lumadan), Harunsah Ibrahim (N28 Sindumin), Amru Abdul Kadir (N31 Paginatan), Hamid Awong (Lahad Datu) dan Alizaman Jijurahman (N56 Apas).
Lajim menyerahkan watikah perlantikan sebagai calon Pakatan Rakyat kepada Datuk Johan OT Ghani
yang akan bertanding di DUN Kuala Penyu 
Kesemua senarai calon berkenaan diumumkan oleh Lajim bersempena penyampaian watikah di Magellan, Sutera Harbour

Beliau dalam sidang media berkata 18 calon yang disenaraikan itu bakal membariskan gandingan daripada doktor, ahli-ahli korporat, veteran politik, doktor dan bekas kakitangan kerajaan untuk berentap pada PRU13 kali ini.
Lajim menyerahkan watikah perlantikan sebagai calon Pakatan Rakyat kepada Datuk Yahya Lampong
yang akan bertanding di Parlimen Papar 

Bakal menggunakan simbol PKR, Lajim merakamkan penghargaan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana membalas kepercayaan dengan bersetuju dengan calon yang dicadangkan oleh PPPS.

"Sebenarnya kita minta tujuh kerusi Parlimen dan lima daripadanya telah dipersetujui sementara bagi kerusi DUN pula, kita telah mencadangkan 17 kerusi dan akhirnya mendapat 13 buah kerusi.

"Ini menunjukkan kepimpinan pusat telah mengutamakan autonomi yang diusahakan NGO didalam Pakatan Rakyat seperti PPPS dan APS dalam mengembeleng jentera pada PRU13 kali ini, "katanya.

Beliau turut optimis dengan kesepakatan parti komponen Pakatan Rakyat bakal memberikan impak positif kepada keputusan pilihan raya nanti selain  berhasrat menghentikan kuasa veto yang dimiliki parti pemerintah dalam mentadbir negeri Sabah.

"Kita yakin dengan kesemua calon yang dipilih oleh PPPS akan memenangi kerusi sama ada Parlimen ataupun DUN dan bersaing hebat dengan lawan pada PRU13 ini.

"Malah saya menyakini rakyat Sabah kini lebih terbuka dengan pelbagai usaha Pakatan Rakyat selain perkara pemansuhan PTPTN, 1 juta peluang pekerjaan, hak autonomi, pemberian 20 peratus hasil minyak negeri serta lain-lain yang akan memberikan manfaat kepada semua, "katanya.

Selain daripada itu, ketika ditanya mengenai peluang beliau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort dan Klias, Lajim secara sinis begitu optimis akan mendapat kemenangan di tanah kelahirannya itu.

Wednesday 24 April 2013

TINDAKAN KETUA CABANG PKR BEAUFORT KELUAR PARTI TIDAK JEJASKAN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT TAUFICK


Oleh Puteri Mahkota


BEAUFORT: Tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Beaufort Abd.Jarih Ukin  mengisytiharkan keluar parti  dan menyertai Bariasn Nasional selasa  lalu tidak akan memberikan impak terhadap usaha Pakatan Rakyat menawan kerusi Parlimen Beufort termasuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu

Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Taufick Ruschi ( gambar ) , berkata keputusan  Abd.Jarih bersama rakan rakannya perlu dihormati di atas prinsip demokrasi dan tindakan susulan akan diambil terhadap bekas pemimpin PKR Cabang Beaufort itu.

Taufick Ruschi Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort, Tindakan Abd.Jarih sudah dijangka
"Membuka mata kita mengenai watak pemimpin yang sebenarnya yang sanggup merendahkan martabat mereka demi memenuhi agenda peribadi"

Beliau mengulas tindakan Abd.Jarih  adik kepada Calon Pakatan Rakyat Parlimen Beaufort dan DUN Klias Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin bersama rakan rakannya  termasuk Pengerusi  tetap SAPP Abd.Rashid Gador yang mengisytiharkan keluar  PKR/SAPP  dan turut menyuarakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional dihadapan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa program Roadshow Yayasan Sabah di Padang Pekan Kuala Penyu pada selasa lepas

Mengulas lanjut,  Taufick  berkata, Abd.Jarih merupakan pemimpin yang tidak mempunyai pendirian kerana agenda peribadinya yang ingin menjadi calon Pakatan Rakyat pada PRU Kali ini dan telah berusaha menemuai Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee  untuk menjadi calon setelah usahanya melobi calon Pakatan gagal di DUN Klias dan Lumadan bagaimanapun permintaanya menjadi caln SAPP di DUN Klias   tidak dilayan oleh parti  SAPP

“Tindakan Abd.jarih  ini membuka mata kita mengenai watak pemimpin yang sebenarnya yang sanggup merendahkan martabat mereka demi memenuhi agenda peribadi" katanya.


Abd.Jarih ketika menyerahkan borang penyertaan kepada Pengerusi BN Datuk Mohd Najib 

Tambah Taufick jawatankuasa PKR Cabang Beaufort sebelum ini pun telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Abd.Jarih dan keputusan mesyuarat tersebut telah bersetuju sebulat suara atas cadangan tersebut bagaimanapun keputusan tersebut belum didedahkan bagi memberikan peluang kepada beliau  (Abd  Jarih ) 

Menurut Taufick meskipun Abd. Jarih adik kepada Lajim namun ianya tidak memberikan impak yang besar terhadap pengaruh Lajim yang diterima oleh rakyat di kawasan ini.

" Dahulu pun Lajim  ketika bersama BN dan Adiknya (Abd.Jarih) dalam parti pembangkang, namun Lajim masih mendapat sokongan dan mejoriti yang besar dalam PRU ke 12 lepas" Tambah Taufick
Taufick  percaya tindakan segelintir pemimpin  PKR yang bertukar arah kepada pihak Bariasn Nasionak  tidak menjejaskan persediaan Pakatan Rakyat  menghadapi pilihan raya umum ke-13 khususnya di kawasan tersebut    

Taufick  berkata pemimpin yang meninggalkan Pakatan Rakyat  itu mempunyai agenda tersendiri yang tidak akan memberi kesan kepada usaha bagi memastikan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan cemerlang bagi menawan Putera Jaya pada PRU Kali ini  

Wednesday 17 April 2013

BEKAS KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO BEAUFORT TADING TIKET BEBAS DI DUN N 26 KUALA PENYU


Oleh: Putera Mahkota



Bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Jusbian Keeneth Tanding Calon Bebas di DUN N.26 Kuala Penyu


Limus Jury Calon BN dari UPKO


Datuk John OT Ghani calon Pakatan Rakyat 

Desas desus semakin bertiup kancang ramai  kalangan pemimpin  kanan parti kompenan BN UPKO dan UMNO akan bertanding atas tiket bebas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu pada PRU ke 13 kali ini.

Sumber memberi tahu perkara ini berlaku kerana timbul rasa ketidakpuasan di hati rakyat di kawasan ini terhadap calon calon yang diketengahkan pada PRU kali ini yang mereka sifatkan sebagai bukan calon pilihan akar umbi.

Seorang pemimpin akar Umbi Umno yang enggan namanya disiarkan berkata, seharusnya tuntutan Umno bagi bertanding di DUN Kuala Penyu perlu dipenuhi pada PRU kali ini atas faktor parti tersebut mempunyai bilangan keahlian dan cawangan yang banyak,faktor menjoriti pengundi iaitu Bumiputra Islam: 54.4% Bumiputra Bukan Islam: 38.8 % Cina: 6.8% Lain-lain: 0.1% disamping mempunyai pemimpin yang lebih berwibawa untuk diketengahkan menjadi calon.

Sementara itu seorang pemimpin cawangan dari parti kompenan BN UPKO yang juga enggan namanya didedahkan turut melahirkan rasa kecewanya pada pemilihan calon atas kouta UPKO yang bertanding kali ini yang bukannya dicadangkan dari UPKO Bahagian.

" Kita akan ketengahkan calon Bebas, yang benar benar berjuang dari  dalam parti bukannya calon bidang terjun atas faktor lain, " katanya

Bagaimana beliau enggan mendedahkan awal siapakah calon  yang mereka ketengahkan sebagai calon bebas pada PRU Kali ini selain meminta tunggu dan lihat semasa proses pencalonan berlangsung.
Dari desas desus tersebut hanya  Bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Jusbian Keenneth mengsahkan atas tiket Bebas bagi bertanding di kerusi DUN N 26 Kuala Penyu pada PRU kali ini.

Jusbian berkata walaupun menyedari risiko dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada Umno  yang dianggotainya sejak  parti tersebut mengembangkan sayapnya ke Sabah dan terlibat sebagai penaja di kawasan Parlimen Beaufort namun rasa kecewa melihat hala tuju perjuangan parti dan pemimpinnya jauh tersasar dari matlamat asal menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut dan bukannya ditaja oleh mana mana pihak.

" Saya sudah lama berada dalam parti Umno sejak parti ini  mula mengembangkan sayapnya ke Sabah, 18 tahun BN/Umno di Sabah kita lihat pencapaian dari segi kemajuan prasarana,pendidikan dan ekonomi rakyat khususnya di kawasan ini masih jauh ketinggalan" katanya kepada pemberita ketika mengumumkan hasratnya itu di sini kemarin.

Jusbian yang juga Ketua Cawangan Umno Kikangsa Kayul Kuala Penyu berkata kerajaan BN sebenarnya mempunyai dasar dan program yang baik untuk rakyat bagaimanapun sikap pelaksana dasar dan pemimpin  yang mengecewakan dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi  menyebabkan  ianya tidak mencapai sasaran dan rakyat di kawasan itu  masih jauh terpingggir dari arus kemajuan perdana negara 

" "Kita bercakap soal Tranformasi " Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" dalam Gagasan 1 Malaysia, apakah tranformasi telah  dilakukan di kawasan ini walaupun kita sudah memberikan peluang 5 tahun BN mewakili kawasan ini, dan bagaimana rakyat didahulukan jika pemimpin mengutamakan dulu peribadi dan kroni dalam agihan projek pembangunan serta imbuhan lain sedangkan ahli dan  rakyat terus menderita" katanya.

Kecewa dengan tuduhan kegagalanya sebagai pemimpin akar umbi yang didakwa menyokong pembangkang kerana tidak menghadiri program yang dianjurkan oleh parti, Jusbian berkata, sebagai pemimpin akar umbi dan rakyat meraka  perlu berusaha berdikari sendiri bagi mencari nafkah kehidupan seharian yang  membuktikan peluang ekonomi masih belum dapat dipertingkatkan bagi menjana taraf siso ekonomi rakyat khususnya di kawasan  itu

''Atas desakan dan permintaan rakyat, saya terpaksa mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas. Tindakan ini bukan kerana saya mahu menentang kerajaan tetapi mahu bebas bercakap dan menyokong mana-mana pihak yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat ," katanya

CALON BN /UMNO SABAH BERPAKSIKAN KRONI MUSA KETEPIKAN KEPUTUSAN NAJIB

Oleh Su Yen


"Oleh yang demikian bagi pendapat saya, ianya akan membuka pekung di dada mereka dan langkah ini mampu memberikan peluang kepada parti pembangkang di negeri ini untuk terus berjuang di dalam PRU13 nanti"
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin Presiden PPPS



KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membidas keputusan penamaan calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya umum ke - 13 (PRU13) di negeri ini yang disifatkan berpaksi kepada kroni semata-mata.

Beliau dalam satu kenyataannya di sini kelmarin berkata selain pemilihan yang bersifat kroni, penanguhan keputusan senarai juga perlu dipertikaikan dan mengambil contoh terdekat adalah pemilihan calon kerusi Parlimen Tenom.

Calon kerusi P181 Parlimen Tenom dikekalkan kepada penyandangnya, Datuk Ramie Unggi yang diumumkan oleh Ketua Menteri dalam satu majlis kelmarin, lewat sehari berbanding tarikh pengumuman sebenar pada 16 April.

Menurut Lajim yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Beaufort itu tindakan serta keputusan sebegitu boleh dianggap sejarah kepada Sabah berikutan ianya dilihat sebagai memalukan buat parti pemerintah berkenaan.

"Penamaan calon bersifat kroni dan kontroversi penangguhan penamaan calon seperti yang berlaku di Tenom juga sepatutnya tidak berlaku.

"Malah saya turut difahamkan bahawa, ramai nama tidak disenaraikan namun tersenarai atas sebab-sebab tertentu pada saat terakhir.

"Oleh yang demikian bagi pendapat saya, ianya akan membuka pekung di dada mereka dan langkah ini mampu memberikan peluang kepada parti pembangkang di negeri ini untuk terus berjuang di dalam PRU13 nanti, "katanya.


Musa Aman Ketepikan Keputusan Najib dalam penentuan calon BN /UMNO Sabah


Lajim ketika diminta mengulas persediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort berkata beliau sesekali tidak akan gentar meskipun Datuk Azizah Mohd Dun dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Isnin Aliasnih diletakkan sebagai calon pada pilihan raya kali ini.

Baginya, PPPS yang merupakan parti komponen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bersedia segenap segi dalam memastikan kemenangan jitu di daerah itu di kedua-dua kerusi berkenaan. 

"Saya optimis kita akan memperoleh kemenangan pada PRU13 nanti tidak kira siapa BN letakkan sebagai calon pada kerusi Parlimen Beaufort dan juga DUN Klias.

"Kita telah bersiap sedia, "katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, di atas tiket BN Lajim telah memenangi kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 10,914 undi menewaskan calon dari PKR, Lajim Mohd Yusof yang memperoleh 3,866 undi.

Bagaimanapun, Lajim yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjawat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia bertindak keluar parti dan menyertai PKR sekitar Julai tahun lepas.