BEAUFORT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Beaufort menzahirkan sokongan padu kepada calon pakatan Rakyat di Kawasan itu Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin termasuk calon Pakatan Rakyat di DUN N.26 Kuala Penyu Datuk John Ghani pada PRU ke 13 kali ini.
Ketuanya Abdul Jarih Haji Ukin berkata, PKR cabang Beaufort akan mengerakkan seluruh jenteranya Pemuda dan Wanita bagi membantu dan mempastikan calon pakatan Rakyat di kawasan ini meraih kemenangan besar semasa PRU kali ini.
ZAHIRKAN SOKONGAN....Abd.Jarih di hadapan Lajim dan Johan berucap bagi menzahirkan sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat di Kawasan Parlimen Beaufort |
" Tidak timbul sebarang tomahan bahawa PKR Cabang Beaufort enggan memberikan kerjasama dan membantu calon calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini sebagaimana yang digambar gamburkan oleh pemimpin BN khususnya di kawasan ini" katanya ketika berucap di majlis perjumpaan Taklimat Khas Jentera Daerah Mengundi Parlimen Beaufort dekat sini
Kenyataan Abdul Jarih ini menamatkan sepekulasi pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah bahwa PKR Cabang Beaufort enggan memberikan sokongan serta kerjasama kepada calon calon yang telahpun diputuskan oleh kepimpinan tertinggi PKR dengan alasan calon yang diketengahkan bukannya dari PKR
" Ini semua fitnah dan sepekulasi semata mata, soalnya bukan individu calon yang kami utamakan, tapi misi utama Pakatan Rakyat termasuk di cabang ini mempastikan Putrajaya akan di tawan selepas PRU ke 13 kali ini" tegas Abdul Jarih.
Sementara itu Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, bagi mensasarkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), Pakatan rakyat Parlimen Beaufort mengadakan perjumpaan khas tersebut sebagai persiapan terakhir misi menawan Putrajaya.
“Fokus utama dalam perjumpaan ini ialah tumpuan diberikan kepada gerak kerja parti." katanya
Tambahnya memandangkan kepada mood rakyat, kita (Pakatan Rakyat) ada harapan besar ke Putrajaya. Malang jika kita tidak perkuatkan jentera. Perkemaskan gerak kerja jentera adalah perkara paling penting,” Tambah Lajim
Sambil menghargai sokongan padu PKR Cabang Beaufort dan ahli-ahlinya Lajim berkata yang penting semua anggota ketepikan masalah dalaman dimana pemimpin Pakatan Rakyat perlu bersatu hati untuk menjadikan pilihanraya kali ini paling bersejarah
Antara Jawatankuasa JDM yang hadir ke majlis sesi taklimat tersebut |
“Jangan jadi seperti Umno/BN masih ada budaya cantas mencentas, adu domba fitnahsebotaj , semua pemimpin mesti terima keputusan parti dengan berlapang dada kerana misi utama mahu tumbangkan kerajaan korup sekarang dan bukan bersifat pentingkan diri sendiri,” ujar Lajim
Tambahnya, perkara utama yang perlu dilakukan peringkat negeri mahupun Cabang adalah turun padang berjumpa rakyat pada PRU Kali ini.
No comments:
Post a Comment