Oleh: Putera Mahkota
Bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Jusbian Keeneth Tanding Calon Bebas di DUN N.26 Kuala Penyu |
Limus Jury Calon BN dari UPKO |
Datuk John OT Ghani calon Pakatan Rakyat |
Desas desus semakin bertiup kancang ramai kalangan pemimpin kanan parti kompenan BN UPKO dan UMNO akan bertanding atas tiket bebas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu pada PRU ke 13 kali ini.
Sumber memberi tahu perkara ini berlaku kerana timbul rasa ketidakpuasan di hati rakyat di kawasan ini terhadap calon calon yang diketengahkan pada PRU kali ini yang mereka sifatkan sebagai bukan calon pilihan akar umbi.
Seorang pemimpin akar Umbi Umno yang enggan namanya disiarkan berkata, seharusnya tuntutan Umno bagi bertanding di DUN Kuala Penyu perlu dipenuhi pada PRU kali ini atas faktor parti tersebut mempunyai bilangan keahlian dan cawangan yang banyak,faktor menjoriti pengundi iaitu Bumiputra Islam: 54.4% Bumiputra Bukan Islam: 38.8 % Cina: 6.8% Lain-lain: 0.1% disamping mempunyai pemimpin yang lebih berwibawa untuk diketengahkan menjadi calon.
Sementara itu seorang pemimpin cawangan dari parti kompenan BN UPKO yang juga enggan namanya didedahkan turut melahirkan rasa kecewanya pada pemilihan calon atas kouta UPKO yang bertanding kali ini yang bukannya dicadangkan dari UPKO Bahagian.
" Kita akan ketengahkan calon Bebas, yang benar benar berjuang dari dalam parti bukannya calon bidang terjun atas faktor lain, " katanya
Bagaimana beliau enggan mendedahkan awal siapakah calon yang mereka ketengahkan sebagai calon bebas pada PRU Kali ini selain meminta tunggu dan lihat semasa proses pencalonan berlangsung.
Dari desas desus tersebut hanya Bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Jusbian Keenneth mengsahkan atas tiket Bebas bagi bertanding di kerusi DUN N 26 Kuala Penyu pada PRU kali ini.
Jusbian berkata walaupun menyedari risiko dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada Umno yang dianggotainya sejak parti tersebut mengembangkan sayapnya ke Sabah dan terlibat sebagai penaja di kawasan Parlimen Beaufort namun rasa kecewa melihat hala tuju perjuangan parti dan pemimpinnya jauh tersasar dari matlamat asal menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut dan bukannya ditaja oleh mana mana pihak.
" Saya sudah lama berada dalam parti Umno sejak parti ini mula mengembangkan sayapnya ke Sabah, 18 tahun BN/Umno di Sabah kita lihat pencapaian dari segi kemajuan prasarana,pendidikan dan ekonomi rakyat khususnya di kawasan ini masih jauh ketinggalan" katanya kepada pemberita ketika mengumumkan hasratnya itu di sini kemarin.
Jusbian yang juga Ketua Cawangan Umno Kikangsa Kayul Kuala Penyu berkata kerajaan BN sebenarnya mempunyai dasar dan program yang baik untuk rakyat bagaimanapun sikap pelaksana dasar dan pemimpin yang mengecewakan dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi menyebabkan ianya tidak mencapai sasaran dan rakyat di kawasan itu masih jauh terpingggir dari arus kemajuan perdana negara
" "Kita bercakap soal Tranformasi " Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" dalam Gagasan 1 Malaysia, apakah tranformasi telah dilakukan di kawasan ini walaupun kita sudah memberikan peluang 5 tahun BN mewakili kawasan ini, dan bagaimana rakyat didahulukan jika pemimpin mengutamakan dulu peribadi dan kroni dalam agihan projek pembangunan serta imbuhan lain sedangkan ahli dan rakyat terus menderita" katanya.
Kecewa dengan tuduhan kegagalanya sebagai pemimpin akar umbi yang didakwa menyokong pembangkang kerana tidak menghadiri program yang dianjurkan oleh parti, Jusbian berkata, sebagai pemimpin akar umbi dan rakyat meraka perlu berusaha berdikari sendiri bagi mencari nafkah kehidupan seharian yang membuktikan peluang ekonomi masih belum dapat dipertingkatkan bagi menjana taraf siso ekonomi rakyat khususnya di kawasan itu
''Atas desakan dan permintaan rakyat, saya terpaksa mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas. Tindakan ini bukan kerana saya mahu menentang kerajaan tetapi mahu bebas bercakap dan menyokong mana-mana pihak yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat ," katanya
TUMBANG TAN SRI BERNARD...AYUH..
ReplyDeleteencik jusbian merupakan seorang insan yg adil dan saksama..beliau haruslah diberi anugerah atas bantuannya kepada rakyat.
ReplyDeleteencik jusbian merupakan seorang insan yg adil dan saksama..beliau haruslah diberi anugerah atas bantuannya kepada rakyat.
ReplyDeleteEmperor Casino | Online Slots | Play online for real money at
ReplyDeletePlay genuine games for real money. Play 10cric login online slots and online casino games today! Play 제왕카지노 at our authentic gioco digitale casino, the Emperor Casino.