Wednesday 17 April 2013

CALON BN /UMNO SABAH BERPAKSIKAN KRONI MUSA KETEPIKAN KEPUTUSAN NAJIB

Oleh Su Yen


"Oleh yang demikian bagi pendapat saya, ianya akan membuka pekung di dada mereka dan langkah ini mampu memberikan peluang kepada parti pembangkang di negeri ini untuk terus berjuang di dalam PRU13 nanti"
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin Presiden PPPS



KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membidas keputusan penamaan calon Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya umum ke - 13 (PRU13) di negeri ini yang disifatkan berpaksi kepada kroni semata-mata.

Beliau dalam satu kenyataannya di sini kelmarin berkata selain pemilihan yang bersifat kroni, penanguhan keputusan senarai juga perlu dipertikaikan dan mengambil contoh terdekat adalah pemilihan calon kerusi Parlimen Tenom.

Calon kerusi P181 Parlimen Tenom dikekalkan kepada penyandangnya, Datuk Ramie Unggi yang diumumkan oleh Ketua Menteri dalam satu majlis kelmarin, lewat sehari berbanding tarikh pengumuman sebenar pada 16 April.

Menurut Lajim yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Beaufort itu tindakan serta keputusan sebegitu boleh dianggap sejarah kepada Sabah berikutan ianya dilihat sebagai memalukan buat parti pemerintah berkenaan.

"Penamaan calon bersifat kroni dan kontroversi penangguhan penamaan calon seperti yang berlaku di Tenom juga sepatutnya tidak berlaku.

"Malah saya turut difahamkan bahawa, ramai nama tidak disenaraikan namun tersenarai atas sebab-sebab tertentu pada saat terakhir.

"Oleh yang demikian bagi pendapat saya, ianya akan membuka pekung di dada mereka dan langkah ini mampu memberikan peluang kepada parti pembangkang di negeri ini untuk terus berjuang di dalam PRU13 nanti, "katanya.


Musa Aman Ketepikan Keputusan Najib dalam penentuan calon BN /UMNO Sabah


Lajim ketika diminta mengulas persediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort berkata beliau sesekali tidak akan gentar meskipun Datuk Azizah Mohd Dun dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Isnin Aliasnih diletakkan sebagai calon pada pilihan raya kali ini.

Baginya, PPPS yang merupakan parti komponen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bersedia segenap segi dalam memastikan kemenangan jitu di daerah itu di kedua-dua kerusi berkenaan. 

"Saya optimis kita akan memperoleh kemenangan pada PRU13 nanti tidak kira siapa BN letakkan sebagai calon pada kerusi Parlimen Beaufort dan juga DUN Klias.

"Kita telah bersiap sedia, "katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, di atas tiket BN Lajim telah memenangi kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 10,914 undi menewaskan calon dari PKR, Lajim Mohd Yusof yang memperoleh 3,866 undi.

Bagaimanapun, Lajim yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjawat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia bertindak keluar parti dan menyertai PKR sekitar Julai tahun lepas.

No comments:

Post a Comment