BEAUFORT: Penubuhan sebuah kementerian yang khusus berkaitan dengan pendidikan peringkat negeri ini dilihat semakin perlu untuk memantau dan menangani isu-isu pendidikan di Sabah
Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, berkata, sebelum ini hal ehwal berkaitan pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran Negeri, bagaimanapun segala keputusan dan tindakan dalam menangani isu yang berkaitan pendidikan di negeri ini masih dibawah telunjuk kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Pelajaran menyebabkan beberapa isu penting pendidikan lambat diselasaikan
“Bagi saya, mungkin sudah tiba masanya diwujudkan sebuah kementerian di peringkat negeri ini berkaitan pelajaran ,dan insyallah jika kerajaan Pakatan diberikan peluang memerintah negara perkara ini merupakan keutamaan kita untuk mengwujudkannya " katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Kukut baru baru ini.
Hadir sama di majlis tersebut mantan Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Muhyiddin-Yassin,dan Ketua Pergerakan Wanita PPPS Hajah Johair Matlani
MESRA...Lajim bersalaman dengan Muhyddin sejurus tiba di majlis tersebut. |
Menurut Lajim antara kemelut utama pendidikan di Sabah ialah mengenai kemudahan infrastuktur yang begitu daif dan terpencil. Bangunan sekolah misalnya bukan sahaja masih berstatus 'bangunan sementara' yang dibina dengan kayu dan berusia puluhan tahun, kemudahan asas yang lain seperti jalanraya, elektrik dan kemudahan air bersih juga menjadi dilema pendidikan di Sabah.
" Jarak dan demografi penduduk yang berkelompok serta berjauhan memungkinkan permasalahan ini berlarutan walaupun negara kita telah merdeka lebih 55 tahun. Justeru itu, pendidikan di Sabah jauh kebelakang jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia" katanya
AMANAT..Lajim ketika berucap di majlis tersebut |
Tambah Lajim perkara ini tidak akan timbul sekiranya kerajaan Persekutuan benar benar komited dan serius menangani masalah pendidikan di Sabah ,bagaimanapun katanya kuasa untuk meluluskan serta melaksanakan segala peruntukan untuk tujuan pendidikan di Sabah masih dikuasai oleh Kuala Lumpur menjadi kakangan kenapa isu isu pendidikan lewat dan tidak dapat diselasaikan sebaik mungkin.
" Tanyalah kepada mantan Pengarah Pendidikan Sabah (Merujuk kepada Dr Muhyddin) segala keputusan diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ,menyebabkan Pengarah di peringkat negeri hanya duduk memanaskan kerusi dimana keadaan ini membantutkan segala tindakan untuk menangani beberapa isu pendidikan yang cukup penting untuk dilaksanakan segara " katanya.
PERJELASKAN ISU...Muhyddin diberikan peluang untuk berucap memperjelaskan beberapa isu sempana majlis tersebut |
Katanya setengah pihak terutamanya pemimpin kerajaan BN melihat isu ini sebagai ratorik Pakatan Rakyat ,bagaimanapun tegas Lajim ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan sekiranya diberikan peluang mentabir negara kerana di dalam kepimpinan Pakatan rakyat mereka memiliki tenaga propesionel untuk merancang dan melaksanakan gagasan tersebut.
ARKAB....Lajim duduk dan berbual mesra bersama sama penduduk setempat di majlis tersebut |
" Kita mahu segala masalah dan isu pendidikan di Sabah kita yang memantau dan melaksanakanya,Pengarah dan para pegawai di peringkat negeri lebih memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah dalam soal pendidikan" tambah Lajim
No comments:
Post a Comment