Wednesday 24 April 2013

TINDAKAN KETUA CABANG PKR BEAUFORT KELUAR PARTI TIDAK JEJASKAN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT TAUFICK


Oleh Puteri Mahkota


BEAUFORT: Tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Beaufort Abd.Jarih Ukin  mengisytiharkan keluar parti  dan menyertai Bariasn Nasional selasa  lalu tidak akan memberikan impak terhadap usaha Pakatan Rakyat menawan kerusi Parlimen Beufort termasuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu

Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Taufick Ruschi ( gambar ) , berkata keputusan  Abd.Jarih bersama rakan rakannya perlu dihormati di atas prinsip demokrasi dan tindakan susulan akan diambil terhadap bekas pemimpin PKR Cabang Beaufort itu.

Taufick Ruschi Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort, Tindakan Abd.Jarih sudah dijangka
"Membuka mata kita mengenai watak pemimpin yang sebenarnya yang sanggup merendahkan martabat mereka demi memenuhi agenda peribadi"

Beliau mengulas tindakan Abd.Jarih  adik kepada Calon Pakatan Rakyat Parlimen Beaufort dan DUN Klias Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin bersama rakan rakannya  termasuk Pengerusi  tetap SAPP Abd.Rashid Gador yang mengisytiharkan keluar  PKR/SAPP  dan turut menyuarakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional dihadapan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa program Roadshow Yayasan Sabah di Padang Pekan Kuala Penyu pada selasa lepas

Mengulas lanjut,  Taufick  berkata, Abd.Jarih merupakan pemimpin yang tidak mempunyai pendirian kerana agenda peribadinya yang ingin menjadi calon Pakatan Rakyat pada PRU Kali ini dan telah berusaha menemuai Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee  untuk menjadi calon setelah usahanya melobi calon Pakatan gagal di DUN Klias dan Lumadan bagaimanapun permintaanya menjadi caln SAPP di DUN Klias   tidak dilayan oleh parti  SAPP

“Tindakan Abd.jarih  ini membuka mata kita mengenai watak pemimpin yang sebenarnya yang sanggup merendahkan martabat mereka demi memenuhi agenda peribadi" katanya.


Abd.Jarih ketika menyerahkan borang penyertaan kepada Pengerusi BN Datuk Mohd Najib 

Tambah Taufick jawatankuasa PKR Cabang Beaufort sebelum ini pun telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Abd.Jarih dan keputusan mesyuarat tersebut telah bersetuju sebulat suara atas cadangan tersebut bagaimanapun keputusan tersebut belum didedahkan bagi memberikan peluang kepada beliau  (Abd  Jarih ) 

Menurut Taufick meskipun Abd. Jarih adik kepada Lajim namun ianya tidak memberikan impak yang besar terhadap pengaruh Lajim yang diterima oleh rakyat di kawasan ini.

" Dahulu pun Lajim  ketika bersama BN dan Adiknya (Abd.Jarih) dalam parti pembangkang, namun Lajim masih mendapat sokongan dan mejoriti yang besar dalam PRU ke 12 lepas" Tambah Taufick
Taufick  percaya tindakan segelintir pemimpin  PKR yang bertukar arah kepada pihak Bariasn Nasionak  tidak menjejaskan persediaan Pakatan Rakyat  menghadapi pilihan raya umum ke-13 khususnya di kawasan tersebut    

Taufick  berkata pemimpin yang meninggalkan Pakatan Rakyat  itu mempunyai agenda tersendiri yang tidak akan memberi kesan kepada usaha bagi memastikan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan cemerlang bagi menawan Putera Jaya pada PRU Kali ini  

No comments:

Post a Comment