Saturday, 6 April 2013

SIAPA PENCABAR LAJIM DI PARLIMEN BEAUFORT DAN DUN KLIAS?

Oleh: Pemerhati Politik





Wajah Wajah yang dijangka mencabar Lajim atau ada calon lain dalam tanda soal 

                                                                          
Haji Osin Jilon antara yang disebut sebut menjadi calon Dun Klias 

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam setuasi terpaksa pada 04 April 2013 telah  membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya PRU ke 13 dapat diadakan. Pembubaran ini diikuti oleh negari negeri yang ditabir kerajaan dan juga Pakatan Rakyat secara berperingkat peringkat kecuali Negeri Sembilan yang terbubar secara sendirinya.

Pakatan Rakyat dan juga BN telahpun melancarkan manifestonya masing masing bagi dinilai oleh rakyat dan tumpuan seluruh rakyat Malaysia ketika ini ialah PRU ke 13 yang menjadi perbualan di mana mana sahaja, menjadi nujum peramal parti mana yang mana menang, siapakah calon yang terpilih walaupun sebahagianya sudah diumumkan.

Dalam membincangkan PRU ke 13 kali ini penulis ingin membawa pembaca memberikan fokas terhadap kawasan Parlimen P.177 Beaufort yang kini diwakili  oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin sebagai ahli Parlimennya satu  kawasan  yang boleh diumpamakan sebagai " Zon Merah"  dalam Opresi Daulat  di Kampung Tanduo, Lahad  Datu yang kini menjadi tumpuan ramai.

Tentu sahaja Parlimen Beaufort menjadi perhatian apabila Seluruh Panglima tertinggi dalam kerajaan Najib termasuk Timbalannya  Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ketua Menteri  Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan beberapa pemimpin persekutuan dan negeri  bertali arus melakukan serangan lawatan bagi menemui rakyat di kawasan ini untuk  mempastikan Parlimen Beaufort bukan lagi  milik Lajim  dan Pakatan Rakyat pada  PRU ke 13  ini

Begitu hebat serangan yang dilakukan keatas  Lajim bagi menumpulkan pengaruhnya di kawasan Parlimen Beaufort , bagaimanapun sehebat mana serangan tersebut ,secantik mana pun bahasa di media cetak dan elektronik yang dilontarkan oleh pemimpin tertinggi BN dan pemimpin BN di kawasan ini yang mendakwa BN Beaufort masih kukuh ,sederas aliran Sungai Padas juga  para pemimpin  yang dahulunya  bersama  Umno dan BN termasuk yang berjawatan lantikan politik, pesara kerajaan, malah secara senyap pegawai pegawai kerajaan  menyertai perjuangan Lajim melalui NGO Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong perjuangan pakatan termasuklah dari kalangan pemimpin pembangkang yang menyertai perjuangan Lajim bersama PPPS

Persoalannya kenapa Parlimen Beaufort menjadi perhatian, dengan serangan bertalu-talu oleh para pemimpin BN seolah olah mereka melakukan jihad bagi membunuh keriar politik Lajim agar terkubur pada PRU ke 13 kali ini. Kehadiran para pemimpin utama BN yang bertali arus membantu berkempen untuk kemenangan BN di kawasan ini dari segi  harapannya mungkin dapat mempertingkatkan sokongan rakyat kepada BN , namun dari sudut moralnya dan imejnya  menafikan kemampuan para pemimpin  BN di kawasan ini yang belum ampuh melawan pengaruh dan kekuatan Lajim dalam persada  politik tanah air  yang telah pun berakar umbi bersama rakyat.

Timbul juga kebimbangan para pemimpin BN  terlalu memberikan perhatian kepada kawasan Parlimen Beaufort akhirnya kawasan Parlimen dan DUN yang lain akan terlepas di tangan parti pembangkang pada PRU kali ini " Ibaratnya yang dikejar tidak dapat yang digindong berciciran"
Sehingga kini  belum dapat dipestikan, siapakah calon dari BN yang bakal mencabar Lajim yang telahpun diumumkan oleh  Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa majlis bersama Rakyat di Kuala Penyu  dimana Lajim telah diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Kawasan Parlimen Beaufort dan DUN Klias termasuklah Datuk Johan OT Ghani di DUN Kuala Penyu

Setakat ini hanya Pemangku Ketua Umno Bahagian yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort Isnin Haji Aliasnih  yang  berani  membuat kenyataan di Media Cetak yang beliau bersedia mencabar Lajim pada PRU ke 13 kali ini sebagai perang Psikologi yang disifatkan lebih kepada publisiti untuk menarik perhatian umum khususnya para pemimpin tertinggi BN di peringkat negeri dan Pusat untuk memberikan  peluang kepada beliau bertanding pada PRU kali ini.

Dari segi kelayakan Isnin sewajarnya diberikan peluang kerana merupakan pemimpin sejak zaman pemuda walaupun melalui jalan mudah untuk mengunguli jawatan Ketua Pemuda sehingga tamat tempoh dan secara kebetulan ketika ini memangku jawatan Ketua bahagian Umno Beaufort namun ianya  bukanlah prasyarat utama yang melayakkan beliau diberikan keistimewaan untuk menjadi calon.

Rakyat  di kawasan ini, akan menilai pencapaian beliau sebagai pemimpin dari era zaman beliau memimpin pemuda sehingga kini  apakah yang boleh dibanggakan terutamanya semasa beliau menjadi ketua Pemuda yang disifatkan gagal membawa perubahan yang ketara yang dapat dikongsi dan dibanggakan  oleh golongan muda di kawasan ini yang mendakwa mereka hanya diperalatkan untuk kepentingan politik peribadi ,dimana mereka masih melayan erti ketinggalan dan  kepayahan, sedangkan pemimpin yang mereka angkat jauh lebih baik dari mereka terutamanya dari segi peningkatan taraf siso ekonomi dan  memiliki segala kemewahan.

Turut dipersoalkan soal integeriti sebagai pemimpin yang sebahagiannya melebalkan Isnin sebagai pemimpin Panas Baran "Pengungit" mempunyai rekod pergaduhan semasa menjawat jawatan ketua pemuda malah di peringkat bahagian juga melakukan perkara yang sama .

Kelancangan mulutnya satu ketika yang sering mengungkit soal suku kaum terutamanya suku kaum "Bangali" juga akhirnya menerima padah apabila Isnin dalam satu majlis bersama rakyat di PDM Bingkul telah  diminta memohon maaf secara terbuka terhadap isu "Bangali" yang pernah diungkapkan sebelum ini menyebabkan beliau terpaksa menahan merah padam muka dan memohon maaf demi kepentingan politiknya ibarat pepatah " Meludah Ke Langit terpercik ke muka sendiri"

Dari segi sokongan pun Isnin tidak mendapat sokongan sepenuhnya khususnya dari masyarakat cina dan Tatana di Kuala Penyu yang mereka sifatkan sebagai pemimin bermusim, begitu juga dari kalangan pemimpin BN yang lain malah ada pemimpin kanan BN menyifatan Isnin hanya pemimpin yang memerlukan mereka disaat memerlukan sokongan, sedangkan ketika menjawat jawatan Pemangku Ketua Bahagian dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort  sejumlah peruntukan projek disalurkan kepada beliau namun mereka terpinggir dari menerima peruntukan tersebut.

" Apakah pemimpin seperti ini perlu kita pilih , belum berkuasa lupa kepada rakan-rakan dalam kompenan BN, diperlukan dan dijemput hadir ke majlis  hanya memeriahkan sambutan bagi membuktikan kepada pemimpin atasan yang beliau mendapat sokongan padu dari pemimpin pemimpin BN di kawasan ini" jelas seorang pemimpin tertinggi BN di kawasan ini yang enggan namanya disiarkan.

Disinilah kelemahan Isnin menggunakan kedudukan dan pengaruhnya sebelum ini, sebagai Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Umno Bahagian yang tidak bergerak lebih awal memperkukuhkan pengaruh politiknya di kawasan ini 

Di dalam kepimpinan Umno bahagian Beaufort ketika ini pun wujud  masih timbul sikap berpuak puak antaranya, puak   Ketua Pergerakan Wanitanya Datuk Hajah Azijah Datuk Mohd Dun,Kem Ketua Pergerakan Puteri Saridah  Datuk Mohd Dun, Kem Bendahari Umno bahagian Haji Zahari Mohd Zinin, Kem Ketua Penerangan Umno Bahagian Haji Samin Ongki  kerana mereka juga memiliki agenda politik tersendiri

Sekalipun dalam kenyataan dan diperindahkan dalam laporan media mereka berkerja sebagai satu pasukan namun hakikatnya tidak sedemikian kerana masing masing meletakkan agenda tersendiri .Budaya cantas mencantas sudah mendarah daging sebagai budaya dalam parti Umno,  siapa bijak dia akan ke atas begitulah realiti yang berlaku dalam kepimpinan Umno bahagian Beaufort ketika ini, malah turut berlaku masa Lajim menjadi ketua bahagian Azizah tidak sehaluan dengan Lajim sehingga mendorong Aizah melawan Lajim sebagai Ketua Bahagian kerana adanya dorongan dan sokongan dari pihak ketiga yang bercita cita membunuh keriar politik Lajim lebih awal namun usaha tersebut tidak berhasil sehingga membawa kepada perpecahan dalam kepimpinan Umno bahagian Beaufort.

Dari segi lojiknya Azizah tidak akan  merasa senang hati bila Isnin menjadi calon kerana ianya  memberikan kekuatan kepada Isnin untuk  memperkukuhkan kedudukan untuk terus menerjui kepimpinan Umno bahagian Beaufort dimana dalam masa yang sama  Azizah juga bercita cita untuk menjadi Ketua Bahagian satu sejarah baru dalam politik tanah air jika beliau berjaya menzahirkan cita cita tersebut sebagai Ketua Umno wanita yang pertama di Malaysia.

Dalam isu yang lain pun memang timbul budaya tidak sebulu antara Azizah dan Isnin sebelum ini, dan Isnin pernah berkata tiba masanya pemimpin lain ditonjolkan di kawasan Beaufort tidak hanya dari keluarga Mohd Dun sahaja yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin di kawasan itu

Begitu juga dengan Zahari yang tewas tipis hanya dengan 11 undi di tangan Isnin dalam perlawanan merebut jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian tidak akan mudah memberikan laluan dan sokongan padu kepada Isnin sekiranya diletakkan menjadi calon kerana jika ditakdirkan Isnin menang dan bergelar sebagai Ahli Yang Berhormat satu kesukaran  bagi mereka mencabar Isnin dalam pemilihan Umno  bahagian akan datang.

Isnin walaupun tidak memokaskan dimana dia akan bertanding dalam PRU kali ini samaada di peringkat DUN atau Parlimen baginya sekadar terpilih menjadi calon merupakan pencapaian terbaik dalam keriar politiknya bagi mencorak masa depan politiknya ke arah yang lebih baik.
Disebabkan takut kepada bayang bayang Azizah dari segi agenda yang tersembunyi sebenarnya cuba menghalang laluan Isnin menjadi calon baik di DUN Klias mahupun di Parlimen Beaufort malah difahamkan Azizah lebih senang sekiranya seorang pegawai kerajaan Tarawih Rukut dan bekas Setiausaha Politik Lajim Haji Osin Jilon dipilih sebagai calon di DUN Klias bagi membolehkan dia boleh menguasai sepenuhnya kawasan ini dan tidak timbul istilah "  Lawan taukey" berbanding dengan Isnin yang lebih egresif.

Dalam masa yang sama  Azizah pada PRU ke 13 kali ini  berhasrat untuk kembali bertanding di kawasan Parlimen bagi membawa agenda dan cita cita menggunung beliau untuk menewaskan Lajim . Azizah mengidam untuk  dilantik ke jawatan Menteri di peringkat pusat bagi mewakili kouta wanita kerana Azizah melihat Ketua Pergerakan Wanita Dato Sahrizat Abdul Jalil   tidak akan berpeluang  bertanding atau menang dalam PRU Kali ini,  yang pada perkiraan Azizah turut membuka ruang bagi  beliau dilantik ke jawatan Menteri penuh mewakili Sabah juga bersandarkan kepada jawatan Exco Pergerakan Wanita yang disandangnya ketika ini,  tapi beliau terlupa bahawa Sahrizat adalah Ketua Wanita Umno Malaysia,  masih ada satu panggal lagi dilantik  boleh sebagai Senator.

Difahamkan Aziah  lebih berminat ke kerusi Parlimen pada PRU kali ini bagi mencabar Lajim bagaimanapun ianya bukan sesuatu yang mudah bagi menewaskan Lajim sebagai " Janang Gayuh "  di kalangan masyarakat Bisaya ini yang mendapat sokongan padu dari rakyat Bisaya , Cina  Brunei Tatana dan lain lain etneik yang ada di kawasan ini.

Rakyat juga akan membuat perbandingan antara kejayaan Azijah yang pernah menjadi Ahli Parlimen Beaufort selama sepanggal apakah projek pembangunan yang boleh dibanggakan oleh rakyat di kawasan ini melain projek landskap tanaman kelapa sepanjang jalanraya Beaufort Menumbok yang sebahagiannya hidup dan sebahagiannya hilang entah kemana. Begitu juga rakyat di kawasan ini masih membuat perbandingan dari sudut pergaulan pemimpin dimana mereka menyifatkan Lajim lebih mesra kepada rakyat berbanding dengan Azijah.

Berbanding dengan Lajim walaupun sepanggal menjadi Ahli Parlimen perubahan landskap pembangunan di kawasan ini jauh berubah sekurag kurangnya 60 kilomtera jalan jalan kampung di kawasan ini dinaik taraf , masjid dan surau baru terpacak indah dilaksanakan  dan yang paling berkesan hasil kelantangan  suara  Lajim  memperjuangkan isu bekalan air yang menjadi masalah berkurun lamanya di daerah kecil Menumbok dan Kuala Penyu yang akhirnya membawa tindakan drastik Lajim meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan, menjadikan kerajaan BN menjadi kalam kebut  melulusakan dan melaksanakan projek penggantian paip air baru  dari Beaufort ke Menumbok walaupun tidak diketuhai bila sebenarnya masalah bekalan air bersih ke Menumbok ini akan berakhir.

Turut disebut sebut  sebagai calon bagi mengimbangi kekuatan Lajim di kawasan Parlimen Beaufort ialah bekas Ahli Parlimen Beaufort   Datuk Nurnikman Abdullah yang pernah menjadi ahli Parlimen selama tiga panggal di kawsan ini . Walaupun sesetengah pemerhati politik menganggap Nurnikman sebagai pemimpin "kitar semula "namun perlu diiingat beliau merupakan keluarga terdekat Musa Aman dan masih ada pengikut di Beaufort dan di Kuala Penyu. di fahamkan beliau sudah pun berulang kali di panggil oleh Musa yang mahukan beliau bertanding bagi mengimbangi pengaruh Lajim di Beaufort dan Kuala Penyu .Persoalannya juga akan timbul selama 3 panggal menjadi Ahli Parlimen Beaufort apakah projek pembangunan yang boleh dibanggakan oleh rakyat di kawasan ini selama beliau (Nurnikman) menjadi Ahli Parlimen ?

Ketua Pergerakan Puteri Umno Saridah juga antara yang disebut sebut bakal menjadi calon samaada di kerusi Parlimen atau DUN Klias. Pemimpin muda yang disukai oleh rakyat kerana sifat ramah mesranya ini hanya boleh memandam rasa  menjadi calon, ini kerana selagi  Azijah yang juga kakak Saridah  yang menjadi  calon ianya merupakan halangan kepada Saridah memenuhi impinannya menjadi   menjadi calon kerana tidak mungkin adik beradik dipilih menjadi calon dalam sebuah parti.

Tersebar juga nama nama seperti Ketua Pergerakan Pemuda Haji Mohd Ishak Ibrahim, Haji Zahari Zinin antara yang berpotenasi dijadikan calon pada PRU ke 13 kali , apa yang pesti setuasi ini membinggungkan pucuk pimpinan BN untuk memilih calon calon yang boleh menang bagi mencabar Lajim pada pilihanraya yang dianggap getir pada kali ini

Jika dinilai dari segi isu, tidak ada isu  besar yang boleh mengugat kedudukan Lajim sebagai ahli Parlimen Beaufort , selama sepanggal beliau menjadi ahli Parlimen kawasan Parlimen Beaufort begitu pantas menikmati arus pembangunan ,kemudahan prasarana turut dinikmati oleh rakyat 

Memang ada pihak mempertikaikan semua itu hasil peruntukan kerajaan BN, dan lojiknya Lajim semasa membawa pembangunan ini memang berada di dalam BN, tapi apakah semua ini dapat disediakan jika  Lajim hanya bersikap sebagai wakil rakyat " Sekadar Memanaskan kerusi" tanpa mengusulkan, memberikan cadangan dan menyalurkan masalah rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan.

Jelasnya ada ahli Parlimen yang  menjadi ahli Parlimen lebih dari sepanggal, namun jika dinilai dan dilihat apakah perubahan pembangunan yang dapat disalurkan ke kawasannya sebagai contoh Ahli Parlimen Kota Belud bijak berpidato mewarnai media massa namun apakah yang dapat dibanggakan oleh rakyat Kota Belud isu bekalan air pun tidak selasai malah untuk menaik taraf jalan ke tanah perkuburan kampung Pumpud  yang hanya  beberapa kilometer pun  tidak dapat diselasaikan .Dengan  keprihatinan Lajim semasa menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan isu tersebut dapat diselasaikan dengan menyalurkan peruntukan  Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan  ke kawasan tersebut bagi menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kota Belud 

Mungkin diambil kira Abd.Rahman hanya sebagai ahli Parlimen Biasa,  namun tiada  bezanya dengan Ahli Parlimen Sipitang Datuk  Sapawi Ahmad yang juga sebagai ahli Parlimen Biasa tanpa jawatan Menteri atau Timbalan Menteri bagaimanapun dengan sikapnya berkerja untuk rakyat membawa masalah rakyat kepada kerajaan beberapa kemudahan prasarana dapat disediakan antaranya Bangunan balai Polis Baru Sipitang ,Projek  Sabah Ammonia Urea (SAMUR).   dan lain lain.

Isu lain  perbuatan Lajim  meletakkan jawatan dalam parti  Umno/BN dan kerajaan dan menyertai pakatan Pembangkang , sebagai agenda peribadi beliau untuk mencari kedudukan dalam politik juga  yang dikaitkan juga dengan  hasrat Lajim untuk menjadi Ketua Menteri Sabah. 

Isu perbuatan Lajim menyertai Pembangkang  hanya untuk kepentingan peribadi sebenarnya masih kurang menyaget kerana jika kepentingan peribadi yang dikejar oleh Lajim sebenarnya dia sebelum ini sudah mempunyai kedudukan dan keistimewaan sebagai Timbalan ketua Menteri, Menteri di peringkat negeti dan juga Timabalan Menteri di peringkat Persekutuan. Realitinya segala keistimewaan pasti akan beliau perolehi jika terus berada bersama BN .

Tanpa terlalu nostalgik ,sejarah membuktikan kerajaan BN hanya  mampu mengambil alih pemerinthaan di Sabah pada tahun 1994  melalui tindakan taknikel bukannya melalui proses pilihanraya  apabila Lajim bersama Adun Kemabong Datuk Rubin Balang dan yang lain lain keluar dari PBS dan menyertai Umno bagi membolehkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno mengambil alih pemerinthaan di Sabah.

Tindakan bijak hasil dari pemerhatian politik yang tidak menantu di Sabah ketika itu telah memberikan rahmat kepada rakyat termasuklah para pemimpin Umno dan BN merasai nikmatnya bagi membolehkan mereka duduk sebagai Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri, Setiausaha politik dan lain lain jawatan dalam lantikan politik.

Pada Lajim ketika itu  menyertai Umno,  kerana yakin  Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi  beliau sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.

Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, 

Namun menurut beliau selepas 18 tahun BN mengambil alih  kerajaan BN semakin rosak,  alpa kepada perjuangan untuk membela rakyat faktor kemiskinan dan kemunduran dari segi pembangunan di Sabah belum berjaya diatasi sepenuhnya.

Kegagalan perancangan ekonomi  oleh kerajaan BN gagal  membela kehidupan rakyat di Sabah .Jenayah kemanusiaan apabila ketirisan, pembaziran, amalan rasuah dan kronisme yang berakar-umbi dan berleluasa secara sistematik telah melebarkan jurang kaya-miskin, bandar-luar bandar  sedangkan negeri Sabah adalah negeri terkaya dari segi sumber asli yang tidak memberikan manafaat kepada rakyat untuk dikongsi bersama secara adil dan saksama.

Masej membawa perubahan yang lebih adil dan telus untuk rakyat Sabah  inilah yang turut mendorong Lajim keluar dan menyertai Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan politiknya 

Apapun PRU ke 13 bagi kawasan Parlimen Beaufort kali ini amat menarik untuk dikuti perkembangannya .Bagi Lajim PRU ke 13 kali ini akan menentukan masa depan keriar politiknya  dan bagi pemimpin BN dan sesiapa sahaja calon BN yang  akan mencabar Lajim apakah mereka mampu menewaskan Lajim yang sudah pun berakar umbi bersama rakyat di kawasan ini  , sama-samalah kita nantikan jawapannya.


No comments:

Post a Comment