Wednesday 10 April 2013

KEMBALIKAN TANAH GULA SABAH KEPADA RAKYAT KUALA PENYU

Oleh: Su Yen





KUALA PENYU: Kerajaan Negeri didakwa gagal mengambil tindakan konkrit terhadap isu kegagalan sebuah syarikat untuk membangunkan Ladang Gula Sabah seluas 320 hektar di kampung Kayul Kuala Penyu walaupun perkara ini sudah berpuluh tahun belaku dan sering dibangkitkan oleh pemimpin di kawasan ini.


LANCAR...Lajim menerima repelika layang layang dari Ibrahim sebagai simbol pelancaran majlis tersebut

Penyandang Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata kegagalan ini mencerminkan kelemahan kerajaan BN dalam mentadbir urus isu tersebut walaupun ianya melibatkan kepentingan rakyat di kawasan ini.

Katanya sebelum ini beberapa cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan termasuklah menjadikan kawasan tersebut dimajukan dengan  tanaman padi secara komersial  dimana jika ianya dilaksanakan banyak pihak bakal  mendapat faedah terutamanya bagi menjana ekonomi masyarakat setempat.


SEDIA...Lajim diiringi oleh Johan dan pemimpin Pakatan yang lain menyerahkan keperluan jentera kepada salah seorang Ketua Daerah Mengundi sempana majlis tersebut
" Bagaimanapun cadangan ini tidak mendapat maklmum balas yang positif dari kerajaan BN  mereka lebih memikirkan  kepentingan syarikat besar  yang mereka( pemimpin BN ) juga berkepentingan dari memikirkan masalah rakyat" katanya ketika berucap di majlis pelancaran Jentera Pilihanraya bagi DUN Kuala Penyu di kampung Kerukan dekat sini baru baru ini.

Hadir sama calon Pakatan Rakyat DUN Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani, Ketua Wanita PPPS Hajah Johiar Matlani dan Ketua daerah Mengundi Kerukan Ibrahim Musrah


SERAH...Ketua Wanita PPPS Hajah Johiar Matlani juga turut menyampaikan peralatan jentera kepada salah seorang jentera wanita PPPS sempana majlis tersebut
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Presiden PPPS berkata, jika Pakatan Rakyat diberikan laluan untuk mentadbir negara selepas PRU ke 13 ini adalah dipastikan keutamaan tanah Gula  Sabah seluas 320 hektar  di kampung Kayul ini akan dagih-agihkan  kepada rakyat di Kuala Penyu khususnya kepada mereka yang belum memiliki tanah .

" Jika kerajaan Pakatan Rakyat diberikan mandat selepas PRU ke 13 ini, kita akan pastikan tanah ini akan diberikan kepada rakyat secara adil dan saksama" tegas Lajim yang menerima tapukan gemuruh hampir 1000 orang rakyat yang hadir ke majlis tersebut.


SOKONGAN...Lajim bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut.
Menurutnya dizaman pemerintahan kerajaan BN bukanlah mudah untuk rakyat memohon sebidang tanah ,kelulusan lebih diutamakan kepada syarikat syarikat besar yang mereka (pemimpin BN) berkepentingan.

" PRU ke 13 inilah rakyat wajar memberikan pertimbangan bijak memilih Pakatan Rakyat bagi menolak segala kezaliman kerajaan BN kepada rakyat selama ini" katanya




No comments:

Post a Comment