Thursday 25 April 2013

PPPS DAPAT 5 KERUSI PERLIMEN DAN 13 KERUSI DUN PADA PRU KE 13




Oleh Su Yen



Lajim (tengah) bersama calon calon yang dikemukakan oleh PPPS yang bakal
bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU ke-13 kali ini



KOTA KINABALU: Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) menyenaraikan lima calon kerusi Parlimen dan 13 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke - 13 (PRU13) kali ini.
Sebelum ini, PPPS hanya membariskan empat calon kerusi parlimen dan berjaya menerima satu tambahan setelah Mustapha Datu Tambuyong (PKR) memberikan laluan kepada Abdul Sani Abdullah untuk bertanding di P187 Kinabatangan.

Selain daripada Abdul Sani, kawasan parlimen yang akan ditandingi oleh calon PPPS adalah Datuk Yahya Lampong (Papar), Jaafar Ismail (Kimanis) dan Ramle Dua (Sipitang).

Pengerusi PPPS, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin akan mempertahankan kerusi P177 Beaufort yang disandangnya ketika bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum 2008.
Malah, beliau juga akan bertanding di DUN N25 Klias.

Sementara itu, bagi calon kerusi DUN lain adalah Datuk John Ghani (N26 Kuala Penyu), Datu Abdul Razak Abd Salam (N1 Banggi), Muali Aching (N12 Karambunai), Mat Yunin Atin (N18 Petagas), Dzulkefli Safar (N21 Kawang), Tan Sri Ibrahim Menudin (N23 Bongawan), Narawi Ahmad (N24 Membakut), Abdul Rahman Yaakob (N27 Lumadan), Harunsah Ibrahim (N28 Sindumin), Amru Abdul Kadir (N31 Paginatan), Hamid Awong (Lahad Datu) dan Alizaman Jijurahman (N56 Apas).
Lajim menyerahkan watikah perlantikan sebagai calon Pakatan Rakyat kepada Datuk Johan OT Ghani
yang akan bertanding di DUN Kuala Penyu 
Kesemua senarai calon berkenaan diumumkan oleh Lajim bersempena penyampaian watikah di Magellan, Sutera Harbour

Beliau dalam sidang media berkata 18 calon yang disenaraikan itu bakal membariskan gandingan daripada doktor, ahli-ahli korporat, veteran politik, doktor dan bekas kakitangan kerajaan untuk berentap pada PRU13 kali ini.
Lajim menyerahkan watikah perlantikan sebagai calon Pakatan Rakyat kepada Datuk Yahya Lampong
yang akan bertanding di Parlimen Papar 

Bakal menggunakan simbol PKR, Lajim merakamkan penghargaan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana membalas kepercayaan dengan bersetuju dengan calon yang dicadangkan oleh PPPS.

"Sebenarnya kita minta tujuh kerusi Parlimen dan lima daripadanya telah dipersetujui sementara bagi kerusi DUN pula, kita telah mencadangkan 17 kerusi dan akhirnya mendapat 13 buah kerusi.

"Ini menunjukkan kepimpinan pusat telah mengutamakan autonomi yang diusahakan NGO didalam Pakatan Rakyat seperti PPPS dan APS dalam mengembeleng jentera pada PRU13 kali ini, "katanya.

Beliau turut optimis dengan kesepakatan parti komponen Pakatan Rakyat bakal memberikan impak positif kepada keputusan pilihan raya nanti selain  berhasrat menghentikan kuasa veto yang dimiliki parti pemerintah dalam mentadbir negeri Sabah.

"Kita yakin dengan kesemua calon yang dipilih oleh PPPS akan memenangi kerusi sama ada Parlimen ataupun DUN dan bersaing hebat dengan lawan pada PRU13 ini.

"Malah saya menyakini rakyat Sabah kini lebih terbuka dengan pelbagai usaha Pakatan Rakyat selain perkara pemansuhan PTPTN, 1 juta peluang pekerjaan, hak autonomi, pemberian 20 peratus hasil minyak negeri serta lain-lain yang akan memberikan manfaat kepada semua, "katanya.

Selain daripada itu, ketika ditanya mengenai peluang beliau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort dan Klias, Lajim secara sinis begitu optimis akan mendapat kemenangan di tanah kelahirannya itu.

No comments:

Post a Comment