Tuesday 9 April 2013

KERUSI BN DUN KUALA PENYU PANAS EKORAN PEREBUTAN CALON

Monih Epin


Datuk Wencas Anggang

Teo Mau Sang



Limus Juray


Mohd Lokman Sunggim




KUALA PENYU: Belum pun diumumkan secara resmi siapakah calon BN yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N 26 Kuala Penyu yang kini disandang oleh Teo Kwan Chin@Teo Mau Sing  , penyokong BN mula resah dan kecoh di kawasan ini bila difahamkan Ketua Bahagian UPKO bahagian Kuala Penyu Datuk Wences Anggang  semasa mesyuarat UPKO Bahagian itu, memberi isyarat kemungkinan besar bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kawasan itu Drs.Monih Apin akan dipilih sebagai calon BN  di DUN Kuala Penyu pada PRU ke 13 kali ini.

Dun Kuala Penyu atas  perinsip BN   diwakili oleh parti UPKO meskipun dari segi lojiknya Umno lebih layak bertanding di kawasan  berdasarkan faktor peratusan kaumnya iaitu Bumi putera Islam 54.37% ,bukan bumiputera Islam 38.77% ,Cina 6.8% dan lain lain bangsa 0.05% dan Umno mempunyai bilangan cawangan dan ahli yang teramai di kawasan ini.

Selain Monih turut disebut sebut akan dipilih bertanding di kawasan ini termasuklah  penyandang Teo Kwan Chin@Teo Mau Sing ,  Ketua Bahagian UPKO Kuala Penyu Wences Anggang, Naib Ketua Bahagian UPKO Kuala Penyu Mohd.Lokman Sunggim, tokoh perniagaan Limus Juri  Naib Ketua Pemuda UPKO Kuala Penyu Fred Pinggo, Linda Anthony dan Dr Sining Unchi

Tindakan Wences mengumukan lebih awal Munih Apin sebagai  calon UPKO yang bakal bertanding di DUN Kuala Penyu menimbulkan kemarahan sebahagian ajk dan penyokonng UPKO yang membantah pencalonan tersebut dan difahamkan satu  kumpulan telah menemui Presiden UPKO Tan Sri Bernad Dompok bagi menyerahkan surat bantahan mereka  dan menyatakan sokongan agar seorang tokoh perniagaan yang berjaya Limus Juri dicalonkan sebagai calon BN/ UPKO di DUN Kuala Penyu. Kumpulan tersebut juga difahamkan telah menemui Pengerusi BN Negeri Datuk Musa Haji Aman, bagaimanapun setakat ini tidak diketuhai perkembangan pertemuan tersebut apakah ianya mendapat maklum balas yang positif

Limus Juri walaupun ketika ini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam UPKO bahagian Kuala Penyu namun dipercayai mempunyai pengikut dan mendapat restu dari Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman untuk dicalon sebagai calon BN di DUN Kuala Penyu bersandarkan kepada kedudukan kewanganya bagi mencabar calon Pakatan Rakyat Datuk Johan OT Ghani  yang sudah pun disahkan  lebih awal oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat bertanding di DUN Kuala Penyu .

Limus yang dikenali sebagai dermawan sebelum ini difahamkan telah bergerak awal dan memberi beberapa sumbangan untuk program parti BN termasuklah  sumbangan sumbangan lain kepada rakyat di Kuala Penyu.
Gerakan Limus dan kumpulannya menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Wences yang beliau sifatkan hanya bergerak dalam kumpulannya sendiri  dengan membelakangkan  kepimpinan UPKO di bahagian tersebut

Bagaimanapun pemerhati politk berpendapat wang bukanlah segalanya yang boleh merubah pemikiran rakyat untuk memberi sokongan kepada calon yang bertanding pada PRU kali ini dimana penampilan pemimpin yang sering bersama rakyat dalam keadaan susah dan senang tetap menjadi ukuran rakyat  untuk memberikan sokongan .Berbeza dengan John Ghani yang sentiasa berada di kawasan dekat dihati rakyat sering kali kelihatan di majlis kenduri kahwin, kematian dan sebagainya.

Perlu diingat pada PRU ke 12 BN yang diwakili oleh Teo Kwan Chin@Teo Mau Sing (BN) yang memperolehi  undi 4,416  menewaskan dua pencabarnya  Johan@Christopher O.T Ghani (Bebas)  dengan undi 4,159 dan calon PKR yang memperolehi undi 589 dengan majoriti sebanyak 257 undi bukanlah satu kemenangan yang mencerminkan kekuatan sebenarnya BN ketika itu ,apalagi dalam keadaan John Ghani yang terlalu yakin (over confindace)  ditambah pula faktor Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin bertanding atas tiket BN bagi kerusi Parlimen turut menjejaskan kekuatan Johan Ghani ketika itu.

Pada PRU ke 13 kali ini Lajim dan Johan akan berganding tenaga sekiranya Lajim  memlih untuk bertanding di kawasan Parlimen Beaufort yang   sudah tentu akan memberikan impak besar terhadap  kekuatan BN di kawasan itu 

Adalah terlalu mustahil bagi pucuk pimpinan tertinggi UPKO untuk mempertahankan penyandangnya ketika ini Teo Kwan Chin@Teo Mau Sing  untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Penyu berdasarkan repotasinya sehinggakan panggilan telefon dan sms yang tidak pernah  dijawap oleh beliau pun turut menjadi isu, apalagi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dalam membawa agenda pembangunan ke kawasan itu masih dipertikaikan oleh kebanyakan rakyat di Kuala Penyu

Dari sudut lain sebenarnya Wences  juga mengintai peluang untuk dicalonkan semula bagaimana pun kekalahanya pada PRU ke 11  2004  ditangan Johan sebagai calon bebas dengan mejoriti besar 2,018 undi yang diperlehi Johan ketika itu turut menghantui pucuk kepimpinan tertinggi UPKO untuk memilih semula   beliau bertanding walaupun beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam parti UPKO

Seorang Naib Ketua Bahagian UPKO Kuala Penyu  Mohd Lokman Sunggim  berpotenasi untuk dijadikan calon BN di DUN Kuala Penyu .Pada tahun pilihanraya ke 11 2004 namanya sudah disenarai pendek untuk menjadi calon BN ketika itu bertanding di DUN Kuala Penyu  bagaimanapun tidak mendapat restu Presiden UPKO yang lebih berminat meletakkan calon yang bukan beragama Islam bertanding di DUN Kuala Penyu walaupun  pada hakikatnya Mohd Lokman  seorang anak Tatana lahir di Kuala Penyu, jika diberikan peluang akan mendapat sokongan bukan sahaja dari masyarakat Tatana tetapi dari masyarakat Islam dan ahli-ahli Umno dimana beliau sebelum ini pernah menjadi ajk pemuda Umno bahagian Kimanis seawal Umno melebarkan sayapnya ke  Sabah.

Perkembangan muthakir ini turut membimbangkan dan merencatkan usaha BN Parlimen Beaufort yang diketuai oleh nahkoda barunya Isnin haji Aliasnih dalam misi mempertahankan kerusi BN di kawasan Parlimen Beaufort termasuk kerusi DUN Kuala Penyu dan Klias.

Setuasi ini turut memberikan gambaran konsep berkerja dalam satu Pasukan sebagaimana yang digambar gamburkan selama  ini dan keyakinan BN Parlimen Beaufort masih kukuh dan kuat untuk mempertahankan BN di kawasan itu  hanya merupakan ratorik semata-mata setuasi berebut rebut menjadi calon ini sebenarnya menampakkan kerakusan untuk menjadi calon semata mata bukannya mengutamakan kekuatan parti BN

Jika keadaan ini gagal ditangani bukan sahaja memberikan laluan mudah kepada parti Lawan namun akan turut menjejaskan kekuatan BN malah tidak mustahil akan timbul unsur sebotej pada PRU kali ini malah difahamkan Fred Pinggo yang juga seorang ahli perniagaan akan bertanding atas tiket Bebas jika calon yang mereka syorkan tidak dipilih menjadi calon BN di DUN Kuala Penyu

Bagi calon Pakatan rakyat pula Johan OT Ghani, beliau tidak akan gentar apatah lagi berundur bagi mencabar siapa sahaja calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan BN


Datuk Johan OT Ghani

Katanya kebangkitan rakyat yang mengharapkan perubahan khususnya di kawasan tersebut menjadi pencetus semangat untuk beliau terus berjuang dan yakin Kerusi DUN Kuala Penyu akan menjadi milik Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 kali ini.

No comments:

Post a Comment