Monday 19 November 2012

DUA KETUA CAWANGAN UMNO DI PDM KEBULU LETAK JAWATAN SERTAI PPPS


BEAUFORT: Dua Ketua Cawangan Umno dari kawasan daerah Mengundi Kebulu mengumukan perletakkan jawatan mereka sebagai ketua cawangan Umno sekali gus meninggalkan Umno dan menyokong perjuangan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)

Mereka yang berbuat demikian ialah Ketua Umno Cawangan  Kebulu Klias Abd Jari Haji Wahid  bersama Ketua Cawangan Kebulu Petani Mohd Tamal Haji Daid  dan Timbalan ketua Cawanganya  Haji Chali Rajunsin

Majlis penerimaan borang  bagi menyertai PPPS yang menyokong Pakatan telah disempurnakan oleh Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang mana serentak dengan itu beliau (Lajim) juga menerima penyertaan seramai 24 orang Pemuda dari Kampung Tabok bagi menyertai pemuda PPPS dalam satu majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kampung tersebut baru baru ini.

Semasa berucap megalu-alukan penyertaan kumpulan tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata PPPS merupakan satu platfom atau landasan yang terbaik untuk rakyat dan negara melaksanakan agenda perubahan kerana di dalam pertubuhan tersebut yang menyokong perjuangan  parti  pakatan yang diperjuangkan adalah kepentingan rakyat  dengan adil  dan saksama tanpa mengira latar belakang suku-kaum, bangsa dan agama

" Ini merupakan perkembangan positif wujud pemikiran baru di kalangan rakyat bagi melakukan perubahan tanpa sebarang paksaan dan imbuhan yang mereka terima" katanya

Menurut  Lajim ,  Dasar serta program-yang diwujudkan  oleh   parti pakatan adalah berorientasikan rakyat dan bukannya demi menjaga kepentingan individu tertentu terutama pemimpin-pemimpin dan kroni.

" Dasar dan Program merakyatkan ekonomi di mana ekonomi adalah lebih beredar di kalangan rakyat merupakan satu contoh polisi dan agenda utama Pakatan Rakyat agar rakyat boleh keluar dari belenggu kesempitan ekonomi" katanya

Tambah Lajim dasar-dasar Pakatan Rakyat demi membela rakyat seperti pendidikan percuma, penurunan harga minyak, kawalan harga barang agar tidak melambung tinggi, gaji minima yang adil, penghapusan dasar kabotaj di Sabah dan pelbagai program lagi dapat memberikan manfaat secara menyeluruh kepada semua

Sementara itu jurucakap mereka yang keluar meninggalkan Umno dan menyertai PPPS Abd.Jarih Haji Wahid ( gambar kecil ) ketika ditemui selepas majlis ini berkata, tindakan beliau bersama rakan rakan meninggal perjuangan dalam Umno dan menyertai PPPS yakin pertubuhan tersebut yang menyokong perjuangan Parti Pakatan berjuang pada landasan yang betul untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

" Kami mengenali perjuangan Lajim yang sentiasa berorentasikan kepentingan rakyat selama ini, justeru tidak ada sebab bagi kami rakyat di peringkat bawahan ini yang masih memerlukan pembelaan tidak menyokongan perjuangan tersebut" tegasnya.

Menurut Abd.Jarih meskipun ada tomahan pihak pihak tertentu perjuangan Lajim lebih menjurus kepada kepentingan politik peribadi, namun beliau menyangkal tuduhan tersebut sebaliknya beliau berkata banyak perjuangan Lajim khususnya di kawasan tersebut lebih menjurus kepada kepentingan rakyat dan yakin perjuangan tersebut tidak akan lari dari landasan yang sebenarnya membela kepentingan rakyat yang masih mengharapkan pembelaan dari aspek pembangunan yang  seimbang

SOKONGAN...Ratus penduduk kampung menyembut kedatangan lajim bersama rombongan ke kampung tersebut


ABD.JARIH HAJI WAHID... bersama rakan rakan Keluar Umno serta perjuangan PPPS 



SUMBANGAN...Lajim turut menyampaikan sumbangan kepada golongan warga emas sempana majlis tersebut.




TERIMA...Lajim menerima borang penyertaan menyertai Belia  PPPS dari wakil belia kampung Tabok sempana majlis tersebut




Lajim semasa menyampaikan amanatnya di majlis tersebut 


No comments:

Post a Comment