OLEH: PUTERI AYU
KOTA KINABALU: " Pulang dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilih berdafar " demikian ingatan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin kepada para pegundi yang berasal dan mengundi di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang yang kini bertugas dan menatap di Kota Kinabalu .
Menurut Lajim hak ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya pada PRU ke 13 kali ini dimana ianya amat penting bagi sesebuah negara kerana ia mampu merobah bukan sahaja senario politik, tetapi juga ekonomi, budaya dan keselamatan akibat pertukaran pucuk pimpinan yang menjerumus kepada perubahan dasar pemerintahan
AMANAT...Lajim ketika berucap di majlis Ramah Mesra tersebut |
Beliau memberikan ingatan tersebut di hadapan lebih dari 1000 orang pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang yang bertugas dan menatap di Kota Kinabalu dalam satu majlis Ramah Mesra di Habiba Suite jalan Bukit Bendera baru baru ini.
Hadir sama Penasihat Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Yahya Lampong, Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani dan ahli majlis tertinggi PPPS.
Sebahagian dari pengundi pengundi dari Parlimen Beaufort dan Sipitang yang menghadiri majlis tersebut |
Lajim yang juga Presiden PPPS berkata, Rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa mengundi perlu melaksanakan tanggungjawab secara penuh berhemah dengan mengambil kira kepentingan negara sebagai agenda utama.
" Bukan soal parti atau pemimpin mana yang kita pilih dalam pilihanraya kali ini, perkara pokok adalah hak kita sebagai warganegara Malaysia yang layak memilih bagi menentukan pemimpin dan kerajaan yang akan meneruskan agenda pentadbiran negara" katanya.
MESRA..Lajim bersalaman dengan sebahagian dari pengundi pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort da Sipitang yang hadir ke majlis tersebut |
No comments:
Post a Comment