Monday, 18 February 2013

PENGUMUMAN PERUNTUKAN RM226 JUTA BINA LOJI AIR BARU DI BEAUFORT UMPAMA UMPAN PANCING MENJELANG PRU KE 13

Rakyat di Parlimen Beaufort sudah memohon peruntukan bagi membina Loji Air yang baru berpuluh tahun yang lepas
baru sekarang kerajaan Umumkan Peruntukan  menjelang PRU ke 13 umpama " Umpan Pancing"
bagi meraih sokongan rakyat

KOTA KINABALU :  Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar) menyifatkan peruntukan RM226 juta bagi membina loji air di Beaufort sebagai yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  semasa program Pemimpin Bersama Rakyat di padang Pekan Beaufort minggu lepas umpama   " Umpan Pancing" menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bertujuan untuk memikat hati rakyat khususnya di kawasan ini dengan harapan mereka(rakyat) memilih BN semasa pilihanraya nanti.

Menurut Lajim beliau mengibaratkan pengumuman peruntukan tersebut sebagai " Umpan Pancing" disebabkan permohonan untuk membina loji air di Beaufort bagi menampung keperluan pengguna yang semakin bertambah di kawasan itu  telah dikemukakan berpuluh tahun yang lepas namun kerajaan tidak komited dan serius menangani  masalah ini.

" Semasa saya menjadi ADUN Klias lagi perkara ini telah diperjuangkan, dalam persidangan ADUN termasuk permohonan rasmi namun tiada tindakan konkrit dari kerajaan sehingga menjelang PRU baru nak umumkan peruntukan" katanya ketika ditemui di sini sebagai mengulas ucapan Najib yang mengumumkan peruntukan berjumlah RM226 juta bagi membina loji penapis air di Beaufort

Lajim menambah  berpuluh puluh tahun rakyat di kawasan ini berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air, sepatutnya perkara ini telah ditangani  paling lewat  lima tahun lepas telah pun dilaksanakan oleh kerajaan

" Sebagai pemimpin kita telah suarakan masalah ini kepada kerajaan sejak sekian lama, boleh dirujuk dalam ucapan dewan saya dalam permohonnan resmi, bermakna kita berkerja dan suarakan masalah rakyat tidak sebagaimana didakwa oleh pemimpin BN di sini, saya tidak pernah suarakan masalah rakyat kepada kerajaan" katanya sebagai mengulas  kenyataan pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort  Isnin Haji Ali Asnih bahawa beliau tidak pernah mengemukakan masalah rakyat di kawasan itu kepada kerajaan .

Menurut Lajim yang juga Presiden PPPS,pelbagai janji manis  telah ditaburkan dengan harapan agar ia dapat membius rakyat dan memilih pemerintah yang ada supaya mereka tetap kekal di tampuk pemerintahan.
" Janji-janji ini sebenarnya hanyalah bersifat untuk ‘memancing hati’ rakyat semata-mata dan bukannya dibuat atas dasar tanggungjawab. Ini adalah kerana, jika ia dibuat berdasarkan tanggungjawab maka sudah tentu peruntukan  seperti ini diberi sejak dari dahulu lagi " tambah Lajim
Begitu juga dengan permohonan untuk membina kolej Islam di daerah ini ianya telah diperjuangkan sejak sekian lama, namun amat mendukacita ianya tidak mendapat maklum balas yang positif dari kerajaan dimana  jika ianya diberikan perhatian segara kolej tersebut sudah siap dibina  dan anak-anak di kawasan ini dan sekitarnya sudah dapat memulakan sesi pengajian mereka.
 " Segala ini membuktikan kerajaan BN hanya akan memberikan perhatian apabila keadaan sudah mula terdesak sebagai contoh masalah bekalan air ke Menumbok berpuluh puluh tahun rakyat sengsara, bila kita mula bangkitkan dan kritik kerajaaan sehingga saya keluar meninggalkan BN baru mereka bertindak" jelas Lajim.
Malah katanya pemasangan paip baru ke daerah kecil Menumbok pun tidak akan dapat mengatasi masalah sepenuhnya apabila bekalan air ekoran kepesiti loji belakan air yang telah lama dan kecil tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut sepenuhnya.

" Disebabkan itu kita telah sekian lama meminta dari kerajaan,namun tindak balas yang proaktif dari kerajaan amat mendukacitakan rakyat" katanya

Menurut Lajim lagi, Inilah makna sebenar tanggungjawab  kerajaan ke atas rakyat di bawahnya. Segala bantuan yang sepatutnya diterima oleh rakyat, seharusnya di salurkan dengan secepat mungkin, layanan yang diberikan adalah layanan kelas pertama dan bukannya dijadikan modal berkempen sambil bermain-main dengan janji kepada  rakyat dengan cara yang licik

No comments:

Post a Comment