Oleh Puteri Ayu
MEMBAKUT: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di kawasan yang beliau wakili baik kerusi Parlimen Beaufort dan Kerusi DUN Klias
Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.
“ Tidak menjadi masalah ,atau merasa gentar kepada sesiapa sahaja yang ingin mencabar negara ini demokrasi malah dari awal lagi saya sudah jelaskan saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pimping dekat sini
Lajim diiringi oleh Datuk Johan Ghani dan Narawi Ahmad bersalaman dengan golongan belia sejurus tiba ke majlis tersebut |
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pemangku Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih di beberapa media tempatan baru baru ini yang menyatakan kesanggupan untuk menentang Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPSPS) itu pada PRU13 di kerusi Parlimen atau negeri .
KeratanAkhbar kenyataan Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Haji Aliasnih yang bersedia mencabar Lajim |
Menurutnya .Isnin merupakan sebahagian dari anak didiknya dalam bidang politik dan berhak untuk bertanding itupun sekiranya pucuk pimpinan tertinggi BN memilih beliau untuk mencabarnya dalam PRU ke 13 kali ini
Untuk Rekod Isnin merupakan anak muda yang mewarisi kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort sebelum ini secara mudah memangku jawatan tersebut setelah penyandangnya sebelum ini Abdul Rahman Yakub meletakkan jawatan dan menyertai PKR.
Selepas itu Isnin tidak pernah dicabar dalam pemilihan ketua Pemuda sehingga tamat tempoh walaupun ada calon calon yang ingin mencabarnya namun difahamkan permainan kotor menghalang pencalonan berlaku sehingga pada satu ketika beliau bersama ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian pernah di panggil,oleh Lembaga Displin Umno ekoran aduan pencabarnya sebelum ini Karim Maslin yang kini Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah Datuk Mohd Dun yang tidak berpuas hati dengan Isnin disebabkan pencalonannya di halang sehingga mencetuskan pergaduhan ketika itu
Lajim menerima borang penyertaan dari salah seorang Ketua Cawangan Umno yang meletakkan jawatan dan menyertai PPPS sempana majlis tersebut |
Percubaan Isnin mencabar Lajim hanya dalam pemilihan Presiden Persatuan bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang ketika itu berada dalam parti PBS dan Isnin dalam parti Umno bagaimanapun Isnin tewas terok dalam percubaannya mencabar pemimpin tertinggi suku kaum Bisaya itu yang digelar " Janang Gayuh" dikalangan etnik Bisaya
Keterbeliti Isnin sebagai pemimpin parti hanya teruji dalam pemilihan jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort tahun 2008 bagi jawatan Timbalan Ketua bahagian yang menewaskan pencabarnya Zahari Zinin dengan kemenangan tipis sebanyak 11 undi dimana kemenangan ini disifatkan oleh sebahagian pemerhati politik kerana faktor Isnin bersandar kepada pengaruh Lajim yang juga Ketua Bahagian Umno Beafort ketika itu.
Lajim (tengah) bersama golongan belia setempat yang bersedia menukar kerajaan |
Kepada soalan lain mengenai isu pembangunan yang dibangitkan oleh Isnin, Lajim yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengakui memang banyak pembangunan disalurkan semasa beliau menjadi pemimpin dalam kerajaan .
Bagaimanapun menurut Lajim pembangunan tidak akan ber laku di kawasan yang beliau wakili sekiranya beliau hanya sebagai wakil rakyat sekadar memanaskan kerusi tanpa menyuarakan masalah rakyat dan meletakkan wawasan jauh bagi melihat keperluan pembangunan yang diharapkan oleh rakyat yang diwakilinya.
" Hakikatnya bila pembangunan ini dapat disalurkan, Wakil Rakyatnya telah berkerja dan menyuarakan masalah rakyat dan dengan ini menafikan tuduhan beliau (Isnin) saya tidak pernah menyuarakan masalah rakyat di sini" katanya
Lajim menambah pembangunan bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal dalam menyediakan prasarana kemudahan asas untuk rakyat bukan sahaja di Parlimen Beaufort tapi secara menyeluruh di Sabah
Menurut beliau pembangunan perlu di lihat dari perpesktif yang lebih luas termasukklah pembangunan dari segi ekonomi, pendidikan , modal Insan (belia) dan lain-lain.
Memperincikan pembangunan ekonomi rakyat di kawasan tersebut Lajim berkata dengan wawasan beliau Projek Tanaman Kelapa Sawit di kampung Siantan yang dicetuskan ideanya semasa beliau menjadi Wakil Rakyat Klias telah berjaya dan dapat merubah taraf siso ekonomi rakyat di kawasan itu.
" Selain itu sebagai contoh cetusan idea bagi membuka kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah yang terdapat di daerah Beaufort juga turut membantu rakyat terutamanya pekebun bagi memasarkan hasil tanaman mereka" katanya.
Lajim bersalaman dengan pemimpin dan penyokong sejurus tiba di majlis tersebut |
Sambil mengajukan pertanyaan apakah yang beliau (Isnin) dapat lakukan semasa menjawat Ketua Pemuda Umno bahagian itu setelah beberapa panggal menjawatnya untuk pembangunan belia terutamanya dari segi ekonomi beliau Lajim berkata tidak ada sesuatu yang dapat dilakukannya bagi merubah taraf siso ekonomi belia di kawasan itu.
" Jangankan merancang program pembangunan belia secara menyeluruh, membawa masuk jabatan dan agensi kerajaan yang boleh membantu kaum dari segi kursus kemahiran, bantuan pinjaman bagi membantu golongan belia menceburi bidang perniagaan dan usahawan pun tidak dapat dilakukan" katanya.
Sehubungan dengan itu katanya rakyat khsusnya golongan belia perlu melakukan perubahan dari segi pemikiran dan tindakan bagi memilih pemimpin dan kerajaan yang boleh membela masa depan mereka.
Katanya dalam " Buku Jingga" pakatan rakyat pelbagai agenda serta hala tuju yang jelas telah digariskan oleh pakatan untuk keadilan semua rakyat di negara ini
" Ia membawa harapan agar pengurusan ekonomi lebih cekap, telus dan adil agar pengagihan kekayaan itu dapat dinikmati rakyat terbanyak" katanya
Jelas Lajim, untuk mencapai keadilan sosial negara memerlukan suatu anjakan baru serta dasar ekonomi yang jelas dan saksama untuk mengupas dan menyelesaikan permasalahan ekonomi yang semakin menghimpit mutu penghidupan rakyat.
No comments:
Post a Comment