BERSEDIA....Anggota GMW PPPS menunjukkan isyarat mereka sudah bersedia menggalas tanggngjawab |
BEAUFORT: Pegerakan Wanita Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) menubuhkan pasukan khas dari rumah ke rumah bagi memberi penerangan serta menangkis tohmahan dan provokasi parti lawan , terutama ketika pilihan raya yang sering disasar kepada suri rumah.
Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani berkata , pasukan yang dikenali sebagai Jentera Gerak Mesra Wanita (GMW) itu akan bergerak dan melakukan kunjungan dari rumah ke rumah bagi merapatkan hubungan antara PPPS dan rakyat disamping mempertingatkan sokongan mereka terhadap perjuangan PPPS yang berpaksikan perjuangan untuk membela rakyat.
Menurut Johair GMW juga akan bergerak secara berkumpulan mendampingi rakyat memperjelasan isu serta arah perjuangan PPPS bagi membela nasib dan masa depan rakyat secara adil dan saksma
" Kita fahaman penyaluran maklumat kita agak terbatas kerana ruang kita memperjelaskan dimedia tempatan nasional agak terbatas dengan adanya pasukan ini kita akan terus ke akar umbi memperjelaskan isu dan perjuangan disamping mengeratkan hubungan silatulrahim" katanya ketika ditemui selepas pelancaran GMW. PPPS di sini baru baru ini.
Majlis pelancaran GMW telah disempurnakan oleh Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang turut dihadiri oleh isteri beliau Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong ,Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani dan barisan ahli majlis tertinggi PPPS
TAHNIAH....Lajim diiringi oleh Johair, Normilah dan Johan ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota GMW pada majlis tersebut |
Menurut beliau Jentera GMW PPPS dan jentera pilihan raya Wanita PPPS kini berada di fasa terakhir, dan akan melipatgandakan usaha bagi memberikan keyakinan kepada rakyat disamping menyalami segala masalah yang dihadapi oleh rakyat
Ketika diminta mengulas sambutan golonangan wanita terhadap GMW khususnya di kawasan tersebut Johair berkata ianya mendapat sokongan padu dari kalangan wanita dimana hampir 500 orang anggotanya siap siaga bergerak secara berkumpulan menjelang PRU ke 13 ini , dan begitu juga di lain lain kawasan .
SOKONGAN...Antara anggota GMW PPPS yang hadir ke majlis tersebut. |
Terdahulu, dalam ucapannya, perasmian Pelancaran pasukan tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata pemerkasaan golongan hawa melalui PPPS ahir akhir ini amat positif dan membuktikan sokongan Wanita kepada hala tuju dan perjuangan PPPS amat baik sekali.
Beliau juga mengingatkan Wanita PPPS bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum, yang dijangka amat mencabar dengan memberikan keyakinan kepada rakyat diperingkat akar umbi bahawa hala tuju perjuangan PPPS adalah berorentasikan atas kepentingan rakyat di negeri ini
“Dalam politik, ia seumpama perlumbaan, semangat kita mesti berkobar-kobar di saat-saat akhir ini kerana apabila kita melihat trend parti lawan dengan pelbagai bantuan sumbangan yang hanya muncul disaat saat menghadapi PRU umpama menyediakan rakyat dengan " Gula-Gula" hanya sekadar meraih sokongan dan selepas itu mereka akan lupa kepada sokongan rakyat" katanya
No comments:
Post a Comment