Oleh: Jemmy Tan
BERSEDIA...Lajim diiringi oleh Azman bersalaman dengan anggota gerak gempur pemuda PPPS sejurus tiba untuk melancarkan program tersebut |
BEAUFORT: Bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang kini berada di ambang pintu Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) bahagian Beaufort pagi kemarin telah melancarkan Gerak Gempur Pemuda PPPS
Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PPPS Beaufort Azman Datuk Lajim, Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Johan Ghani dan Ketua Wanita PPPS Pusat Hajah Johair Matlani.
Azman yang juga Naib Ketua Pemuda PPPS Pusat ketika ditemui berkata, pasukan gerak gempur yang dilancaran itu perlu berada di barisan hadapan kerana perang politik pada PRU KE 13 .yang dianggap sengit kali ini bukan lagi berbentuk tradisional atau kerahan jentera seperti memasang poster dan menggantung bendera namun tugasnya lebih berat dan menyeluruh
" Pasukan ini perlu bersedia dari aspek mental dan ilmiah terutamanya dalam menanganu pelbagai isu dan provakasi yang dimainkan oleh pihak lawan dengan menggunakan pelbagai kaedah
" Kita akan bergerak dalam satu pasukan turun padang memperjelaskan isu semasa dan provokasi yang dimainkan oleh parti lawan disamping memanafaatkan siber bagi menangani penyebaran fitnah terhadap pemimpin Pakatan dan PPPS yang kini berleluasa menerusi Internet" katanya.
Ketua Pemuda PPPS Beaufort Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim ketika berucap di majlis tersebut |
Sementara itu Lajim yang juga Presiden PPPS dalam ucapan perasmian di majlis pelancaran tersebut mengingatkan anggota-anggota sayap PPPS Pemuda dan Wanita supaya bersiap siaga pada tahap yang efisien bagi menghadapi pilihan raya kali ini.
Katanya pemuda perlu matang berfikir dalam membuat keputusan dan perubahan demi masa depan mereka, dimana mereka jangan mudah diperalatkan oleh individu tertentu khususnya di kawasan itu yang hanya memerlukan golongan muda disaat mereka memerlukan sokongan demi kepentingan survival politik mereka.
Jemputan yang hadir di majlis pelancaran Jentera Gerak Gempur Pemuda PPPS |
" Jika selama ini anda (pemuda) diperalatkan oleh golongan ini demi mengajar kedudukan mereka demi mempertahankan survival dan kepentingan peribadi mereka, pada PRU ke 13 kali ini,merupakan landasan terbaik bagi melakukan segala perubahan agar masa depan pemuda lebih terbela " katanya
Beliau juga turut mengingatkan anggota pemuda PPPS supaya menjalankan kempen secara berhemah untuk mengelak berlaku sebarang konfrontasi
“Ahli jangan ghairah dan melihat keadaan masyarakat setempat. Mereka perlu dekati golongan muda secara berkesan untuk mendapatkan keberkesanan dalam berkempen,” katanya " katanya.
No comments:
Post a Comment