Oleh Puteri Ayu
BEAUFORT: Perjuangan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) semakin mendapat tempat di hati rakyat bukan sahaja dari kalangan pemimpin Barisan Nasional malahan pemimpin pemimpin dari parti pembangkang juga menunjukkan minat untuk menyertai perjuangan badan NGO tersebut.
Terbaru menyertai PPPS ialah Timbalan Ketua Wanita parti STAR bahagian Sipitang Rokiah Haji Dion yang mengumumkan perletakkan jawatannya sekali gus menyertai PPPS dalam satu majlis Ramah Mesra bersama Pengundi di kampong Luagan baru baru ini.
SERAH BORANG…Lajim menerima borang keahlian bagi menyertai PPPS dari bekas Timbalan Ketua Wanita parti STAR bahagian Sipitang Rokian Haji Dion sempana majlis tersebut |
Majlis penerimaan borang keahlian disempurnakan oleh Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin serentak dengan penerimaan seramai 55 orang ahli baru dari kampong Papas yang diketuai oleh Mohd Pitrus Matzin, 43 orang dari kampong Bulud Mempagar diketuai oleh Burut Haris dan 30 orang dari kampong Luagan yang diketuai oleh Rosman Sabidin
Sebelum ini Setiausaha bahagian parti STAR Beaufort Lam Chong Eng Abdullah telah pun mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai setiausaha dan menyertai PPPS
MESRA..Lajim bersalaman dengan para penyokong beliau sejurus tiba ke majlis tersebut |
Mengulas kemasukkan beramai-ramai ahli-ahli baru untuk menyertai perjuangan PPPS ini Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata ini merupakan petanda positif bahawa mejoriti rakyat di negeri ini telah menerima perjuangan PPPS bagi membela nasip mereka .
“ Tidak apa apa keistimewaan yang kita janjikan dalam PPPS melainkan memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama yang mengharapkan perubahan pemerintahaan selepas PRU ke 13 kali ini” katanya
BERSEDIA UNTUK BERUBAH....Para penyokong Lajim yang hadir ke majlis tersebut |
Menurut Lajim keyakinan mereka (rakyat) terhadap hala tuju PPPS yang menyokong perjuangan Pakatan semakin ketara yang membawa masje jelas rakyat memerlukan perubahan agar keadilan dan kesaksamaan agihan dalam soal pembangunan, ekonomi dan kemakmuran Negara dapat dikongsi bersama.
Tambahnya rakyat sudah muak dengan pendekatan kerajaan yang hanya menyediakan kemudahan disaat saat mereka memerlukan sokongan sedangkan usia kemerdekaan dan tempoh pemerintahaan kerajaan BN di Negara ini lebih dari setengah dekad.
“ Rakyat semakin bijak berfikir ,mereka sudah tidak dapat digula-gulakan dengan pelbagai bantuan disaat-saat akhir kerajaan dan Pemimpin BN memerlukan sokongan seperti pemberian tangki air dan lain-lain sedangkan rakyat berhak menerima lebih baik dari pada bantuan tersebut” katanya.
TERIMA...Lajim menerima borang keahlian baru PPPS dari salah seorang pemimpin masyarakat tempatan sempana majlis tersebut |
Katanya gelaran “ Simpanan Tetap” Barisan Nasional bagi Sabah dan Sarawak hanya slogan yang tidak pernah memberikan impak yang positif terhadap sokongan yang diberikan oleh rakyat selama ini kerana itulah rakyat pada PRU ke 13 kali ini wajar melakukan perubahan kearah kehidupan yang lebih baik ,aman makmur dan maju setanding dengan lain lain negeri
No comments:
Post a Comment