Wednesday, 13 March 2013

GERAK MESRA WANITA PPPS PARLIMEN BEAUFORT sampaikan sumbangan untuk ibu tunggal


 Gerak Mesra Wanita Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah ( PPPS ) Parlimen Beaufort baru baru ini  telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan barang makanan  dan wang tunai kepada golongan ibu tunggal dan warga emas di daerah mengundi Melikai dalam kawasan Parlimen Beaufort

Menurut Ketuanya,   Hajah Johair Matlani sebanyak 7 orang penerima  di daerah Menundi Kampung Melikai telah menerima sumbangan tersebut yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

PRIHATIN.... Johiar bersama rombongan semasa menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sempana program tersebut

Beliau berkata, sumbangan itu bukan sahaja bertujuan meringankan beban golongan ibu tunggal tetapi juga menunjukkan keprihatinan  PPPS di kawasan Parlimen Beaufort 

" Ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial kita sesuai dengan matlamat PPPS yang berjuang dan membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan harapan nasip golongan yang memerlukan bantuan ini dapat dibela" katanya ketika di temui selepas majlis ini di kampung Melikai 

Tambah Johair kumpulan Gerak Mesra Wanita PPPS Parlimen Beaufort secara berkumpulan akan turun padang mengenal pesti mereka yang memerlukan bantuan selaras dengan sikap prihatin Ahli Parlimen Beaufort yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya golongan yang memerlukan bantuan.

" Program ini telah lama kita lakukan sejak beliau (Lajim) menjadi ahli Parlimen di kawasan ini, bezanya kita bergerak kali ini atas nama badan NGO namun matlamatnya murni bagi membantu golongan ini disamping dapat merapatkan hubungan antara kumoniti setempat dengan PPP S" tambah Johir


INTIM.... Johir bertanyakan kahbar kepada salah seorang warga emas dan menyampaikan sumbangan wang Tunai yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Beaufort semasa kunjungan tersebut
Sementara itu beberapa penerima yang ditemui turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada lawatan Gerak Mesra Wanita PPPS khususnya kepada Lajim yang mereka kenali sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat

Bagi Rahimah Hussin 82 tahun yang terlantar sakit di kediamannya di kampung Melikai  kunjungan serta sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang dialaminya yang kini hanya tinggal dirumah kerana tidak mampu bergerak dalam keadaan yang uzur .

" Saya bersyukur kerana ada pemimpin dan persatuan yang prihatin dengan nasip golongan seperti kami " katanya

Bertanya khabar Haji Johiar semasa berkunjung ke kediaman Haji Toning Rais di Kampung Manggis Melikai

Tuan Haji Toning bin Rais  yang mencapai umur menghamoiri 100 tahun.. yang terlantar sakit di kediamannnya di kampung Manggis yang mengakui mengenali Lajim dan menyifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tersebut

" Dalam faktor usia yang lanjut dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya berkerja sudah tentu sumbangan ini amat bermakna bagi meringankan beban saya dan keluarga yang menjaga kebajikan saya selama ini" katanya

Sementara itu Johair yang juga ketua wanita PPPS Pusat program tersebut akan terus digerakkan di setiap daerah mengundi bukan sahaja di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu namun telah dan akan terus dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias.

No comments:

Post a Comment