Tuesday 5 March 2013

LAJIM: SAYA BUKAN PEMIMPIN INDIVIDULISTIK



Oleh: Puteri Ayu


KUALA PENYU: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menyangkal tomahan sesetengah pemimmpin BN di kawasan tersebut yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil perhatian terhadap masalah yang dikemukakan oleh rakyat.

Katanya, rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort telah melihat sejauh mana perubahan pembangunan yang telah beliau perjuangan untuk kepentingan rakyat di kawasan tersebut.


SIAP SEDIA...Lajim ketika meninjau persiapan dibilik gerakan PPPS di daerah Mengundi Temporong bagi menghadapi PRU ke 13 kali ini.

 " Jika masalah rakyat melibatkan  kemudahan asas kepada rakyat kita telah  suarakan kepada kerajaan bagi memohon peruntukan cuma dalam soal kelulusan ianya bukan dibidang kuasa kita ,jika masalah rakyat bersifat peribadi kita bantu mana yang boleh dibantu" katanya.

Sebaliknya menurut Lajim jika selama ini beliau bergelar sebagai wakil rakyat hanya sekadar mengutamakan kepentingan peribadi dan berdiam diri di dalam pejabat sudah tentu segala projek pembangunan yang ada di kawasan tersebut tidak dapat disalurkan.


TERIMA...Lajim menerima borang penyertaan menjadi ahli PPPS dari Awang Bungsu Dullah salah seorang pemimpin UMNO di kampung Temporong  yang telah meletakkan jawatannya bagi menyertai perjuangan PPPS

Menurut beliau sepanjang beliau menjadi wakil rakyat, banyak keperluan pembangunan yang disuarakan kepada kerajaan antaranya menaiktaraf jalanraya, pembinaan masjid dan surau serta kemudahan asas yang lain.

 " Ada isu yang kita suarakan  dengan lebih lantang sebagai contoh isu bekalan air ke kawasan Menumbok dan sekitarnya yang berpuluh puluh tahun  dihadapi oleh rakyat walau bersilih ganti pemimpin tidak dapat diselasaikan oleh kerajaan BN, apabila rakyat marah dan saya keluar meninggalkan BN baru mereka sibuk luluskan peruntukan,apakah ini kerajaan yang prihatin kepada masalah rakyat" tanya Lajim.
SOKONGAN....Sebahagian dari rakyat jelata yang hadir ke majlis tersebut.

Beliau yang juga Presiden PPPS berkata demikin ketika ditemui selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Temporong baru baru ini  sebagai mengulas dakwaan Pemangku Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dalam beberapa sirih  ceramahnya yang mendakwa beliau (lajim) tidak mengambil perhatian dan tindakan terhadap masalah rakyat di kawasan tersebut.

Majlis yang dihadiri hampir 1000 orang penyokong itu juga turut dihadiri oleh bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani, Ketua wanita PPPS Hajah Johair Matlani dan kepimpinan tertinggi PPPS dan APS.

Tambah Lajim beliau  belum pernah menerima  aduan rakyat yang beliau enggan menjawap panngilan telefon atau menjawap sistem pesanan ringkas (SMS) setaip kali rakyat menghubungi beliau mengemukakan masalah begitu juga setiap masalah yang ditimbulkan jika dapat diatasi tidak pernah beliau mengungkitnya kembali sebagaimana sikap sesetengah pemimpin BN suka mengungkit apa yang mereka berikan kepada rakyat 

SEGAK...Lajim  dan Johan turut dipakaikan baju resmi jentera PRU PPPS pada majlis tersebut

Menurut Lajim pemimpin BN di kawasan itu sudah tidak mempunyai isu untuk dibangkitkan kepada rakyat melainkan menjaja tomahan dan fitnah menyerang peribadi beliau .

Katanya sebagai pemimpin kanan parti  dan mempunyai kedudukan dalam kerajaan pemimpin terlibat juga boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat , namun mereka lebih banyak memikirkan kepentingan peribadi dari menyelesaikan bersama masalah rakyat dan turun padang menemui rakyat hanya bermusim bagi meraih sokongan dan simpati dari rakyat.


AMANAT...Lajim ketika menyampaikan ucapannya pada majlis tersebut

 " Saya tidak bersikap masuk bakul angat sendiri, tapi rakyat boleh membuat perbandingan kemajuan yang  saya usahakan sebagai ahli parlimen berbanding sebelum ini ternyata jauh berubah " katanya

Malah menurut beliau ada pemimpin yang sudah lama menjadi pemimpin dari zaman pemuda sehingga sekarang apakah perubahan yang dibawa olehnya  untuk memberikan anjakan kepada kemajuan pemuda di kawasan tersebut yang boleh dibanggakan oleh golongan belia.

Di majlis tersebut Lajim turut menerima penyerahan borang kemasukan beberapa pemimpin Umno/BN di kawasan daerah mengundi Temporong yang meletakkan  jawatan dan turut menyertai perjuangan PPPS.

No comments:

Post a Comment