Oleh Puteri Ayu
Justeru, pelbagai usaha diambil pelbagai pihak untuk menangani masalah berkenaan dan antaranya ekspedisi berkonvoi menunggang motosikal bagi memberi pendidikan mengenai undang-undang dan cara pemanduan berhemah khususnya kepada golongan muda.
Antara yang mengambil inisiatif tersebut adalah Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Beaufort apabila seramai 50 pemuda menyertai ekspedisi bermotor ke daerah Tenom yang mendapat tajaan dari Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin
SIAP SEDIA...Azman ketika melepaskan peserta Konvoi Bermotorsikal pemuda PPPS ke daerah Tenom |
Ketua Pemuda PPPS Beaufort Azman Datuk Seri Panglima Lajim berkata, program itu disertai ahli ahli pemuda PPPS dari kampung Kebatu . Kaundo dan Kebidang
" Konvoi ini bukan setakat memberikan pendidikan cara pemanduan berhemah, namun ianya dapat mendidik golongan belia khususnya peserta menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan semasa dalam perjalanan dan bila timbul masalah atau ujiannya ianya dkongsi bersama dan ini dapat mendidik mereka berkerjasama dan berkerja dalam semangat kerja berpasukan" katanya ketika berucap melepaskan peserta Konvoi di kampung Kaundu Kebatu baru baru ini.
Menurut Azman yang juga Timbalan Ketua Pemuda PPPS Pusat Konvoi tersebut juga membawa masej yang jelas kepada golongan belia untuk berdisplin dan berdikrai tanpa menjadikan diri mereka sebagai sebuah motosikal yang hanya ditunggangi oleh orang lain bagi menjayakan agenda peribadi , sebaliknya mereka (belia) perlu menjadi penunggang pada motorsikal mereka sendiri untuk menentukan haluan perjalanan kehidupan masa depan mereka yang lebih baik dan sempurna
" Sebab itu semasa Konvoi ini mereka membawa risalah Perubahan sebagaimana agenda yang terkandong dalam perjuangan PPPS untuk diedarkan kepada masyarakat khususnya golongan belia agar melakukan perubahan ke arah kebaikan " katanya.
Tambahnya PPPS ingin melahirkan golongan pemuda yang kreatif berfikir dan bertindak ,tidak hanya bercakap banyak tanpa melakukan sebarang kebaikan untuk dikongsi bersama dalam komuniti masyarakat setempat khususnya golongan belia.
" Golongan ini hanya mampu bercakap memperlekahkan orang lain namun mereka tidak mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat belia secara keseluruhahnya
tambah Azman
MENARIK....Perserta Konvoi semasa melawat Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom |
Sementara itu beberapa peserta konvoi yang sempat ditemui menyifatkan konvoi tersebut berjaya membentuk mereka sebagai golongan belia yang lasak menghadapi cabaran disamping mempupuk budaya berkerja sama .
PEMANDUAN BERHEMAH....Peserta Konvoi semasa dalam perjalanan ke Taman Pertanian Lagud Sebarang Tenom menunjukkan isyarat yakin boleh |
Hafizul Jawarin 25 tahun mengakui banyak pengalaman baru diperoleh semasa program itu terutamanya mengenai erti perjuangan yang memerlukan memerlukan semangat kerjasama dan bersatu padu untuk mengatasi cabaran yang dilalui.
"Saya bangga kerana selain dapat memahami erti perjuangan dan cabaran dalam kehidupan kami dapat belajar cara pemanduan yang berhemah ," katanya.
Dia yakin sekiranya golongan remaja diberi tunjuk ajar cara menunggang motor dengan betul, mereka tidak akan terlibat dengan gejala merempit.
RIADAH....Hafizul Jawarin menyampaikan cendera kenangan berupa bola Futsal sebelum mengadakan perlawanan Futsal persahabatan dengan belia kampung Angan-Angan Tenom. |
Azlan Maidin 20 , pula memberitahu pengalaman yang diperoleh dalam program itu akan digunakan sebaik mungkin bagi menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
"Kami juga sungguh gembira kerana dapat melawat tempat tempat yang menarik semasa konnvoi ini selain dalam bergaul mesra dengan masyarakat setempat mengenal adat resam serta budaya mereka " katanya
Sempana konvoi tersebut selain mengedarkan risalah perjuangan PPPS peserta konvoi juga melawat Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang Tenom dan sempat mengadakan perlawanan Futsal persahabatan bersama dengan golongan belia di kampung Angan-Angan Tenom.
No comments:
Post a Comment