Monday, 18 March 2013

JENTERA PDM PPPS DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT SIAP SIAGA MENGHADAPI PRU KE 13


BEAUFORT:  Jentera Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Pakatan Rakyat bagi Kawasan Parlimen  Beaufort  sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

KAMI BERSEDIA...Lajim bersama jentera PDM di Kota Klias

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata jentera PPPS  khususnya untuk kawasan Parlimen Beaufort yang mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Kuala Penyu dan Klias sudahpun bersiap sedia untuk menghadapi PRU13.

Menurutnya, semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di dua DUN ini  iaitu 12 PDM Di DUN Kuala Penyu dan 11 PDM di Dun Klias sudahpun mula beroperasi dan bergerak aktif sejak  beberapa bulan  lalu dan anggota parti hanya menunggu masa untuk bergerak sebaik sahaja pembubaran Parlimen.

“Kita berharap semuanya berjalan lancar dan ahli-ahli kita hanya menunggu masa untuk digerakkan sebaik sahaja pembubaran Parlimen,” katanya  selepas melakukan lawatan ke kesemua 11 PDM di  DUN Klias di sini  
WATIKAH Lajim ketika menyampaikan watikah perlantikan semasa lawatan di PDM Kebulu 

Antara PDM yang Lajim bersama rombongan lawati termasuklah PDM Kota Klias, Rancangan Klias, Kebulu, Lajau dan Takuli

Lajim yang juga Presiden PPPS menjelaskan bahawa,  Gerak Mesra Wanita  dan gerak Gempur Pemuda PPPS juga turut memainkan peranan penting menghadapi PRU13 nanti.

“ Gerak Mesra wanita PPPS akan membantu Jentera  Pakatan rakyat untuk turun padang bertemu dengan rakyat dan pengundi pada PRU13 nanti dan inilah  antara tugas Gerak Mesra Wanita PPPS yang disokong oleh gerakan Gerak Gempur Pemuda PPPS " Jelas Lajim

 Menurut Lajim Gerak Gempur Pemuda tidak hanya berbentuk tradissonal atau kerahan jenetara seperti memasang poster dan menggantung bendera namun tugas mereka lebih menyeluruh melibatkan aspek mental dan ilmiah dalam menangangi pelbagai isu dan provakasi yang dimainkan oleh pihak lawan

BERSEMANGAT...Lajim  bersama jentera di PDM Melabau 


Lajim  turut menggesa rakyat di kawasan bandar dan luar bandar agar  menggunakan PRU ke 13 kali ini untuk melakukan perubahan , jika tidak  pelbagai masalah dan isu telah pun berlaku  yang diketuhai oleh rakyat  justeru pilihanraya ke 13 kali ini rakyat wajar memilih parti  yang lebih berwibawa mentadbir negara pada masa akan datang 

Ketua Wanita PPPS Hajah Johiar Matlani bersama jentera Gerak Mesra Wanita
PPPS di PDM kampung Kebulu 
Lajim menambah parti BN ketika ini berhadapan dengan pelbagai isu  antara soal keselamatan, ekonomi dan pembangunan yang akhirnya  isu tersebut  memakan diri mereka sendiri dan ini akan menjadi  fokas untuk kempen pakatan pada PRU ke 13 kali ini 

No comments:

Post a Comment