Sunday, 24 March 2013

BEKAS PENGARAH PELAJARAN SABAH SERTAI PAKATAN RAKYAT

Oleh Su Yu




SERAH BORANG ...Kelihatan Mantan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr. Muhidin Yusin  ketika menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli PKR kepada Anwar sempana majlis tersebut
 



KOTA KINABALU:  Bekas Pengarah Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr. Muhidin Yusin mengisytiharkan menyertai Pakatan Rakyat  melalui  parti PKR dalam satu majlis yang diadakan di Star City Convention Hall  Kota Kinabalu 

Anak Jati Kelahiran Ranau ini telah menyerahkan borang penyertaan bersama 300 lagi ahli yang lain di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disaksikan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Sabah Ahmad Thamrin,Presiden Pertubuhhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ,dan Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Seri Panglima  Wilfred Bumburing  

Datuk Dr. Muhidin Yusin  Memilih Pakatan Rakyat Sebagai Wadah Perjuangan Politiknya
bagi membela nasip rakyat Sabah
Desas-desus sebelum ini yang menyatakan bahawa  beliau yang  ketika itu berjawatan Pengarah pelajaran negeri Sabah akan melepaskan jawatannya lebih awal dari yang sepatutnya untuk bergiat aktif dalam politik akhirnya terjawap dengan memilih PKR sebagai wadah perjuanganya dalam politik

" Sebelum ini sebagai pegawai kerajaan, pergerakan kita dahulu sentiasa diawasi, tidak bebas untuk memilih , bersuara meskipun kita melihat kepincangan apa lagi untuk  bergiat aktif dalam mana-mana parti" kata Muhidin ketika ditemui selepas menyerahkan borang penyertaan tersebut
Muhidin  berkata, beliau kini bersedia untuk bersama-sama pemimpin dan ahli pakatan rakyat  membantu dalam misi menawan Putrajaya.

"Saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," katanya.

Kemasukannya ke dalam Pakatan Rakyat  menambah bilangan bekas pegawai tinggi kerajaan dari  Sabah selepas beberapa nama besar sudah mengisytiharkan menyertai pakatan rakyat sebelum ini 

Dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan kemasukan mantan pengarah pelajaran negeri Sabah itu ke dalam parti PKR. Sebagai rekod politik Sabah, sebelum ini seorang mantan pengarah Pelajaran negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hasbullah Mohd. Taha, telah lebih awal menyertai PKR dan pernah bertanding atas tiket parti tersebut tetapi kecundang.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad datu yang kini memasuki hari ke 23  Anwar menjelaskan bahawa UMNO dan BN  yang ,mengaitkan namanya sebagai dalang adalah fitnah dan tuduhan semata-mata. sambil menyatakan bahawa langkah  Perdana Menteri Datuk Seri Najib pernah mengadakan rundingan dengan penceroboh terlibat, sebelum tercetusnya perang yang mengorbankan nyawa mengapa pula beliau yang disalahkan.

Malah menurut beliau Pakatan Rakyat  telah syorkan supaya sidang meja bulat diadakan di kalangan pemimpin bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan negara,

“Kita berhasrat untuk mengadakan satu sdiang khas Parlimen atau  persidangan meja bulat antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan terutama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bagi mencapai muafakat antara semua Ahli Parlimen dalam negara berkaitan isu ini bagaimanapun syor kita tidak mendapat maklumbalas yang positif dari kerajaan” katanya

Tambah Anwar Pakatan Rakyat juga meminta  supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

No comments:

Post a Comment