Wednesday, 6 March 2013

Konflik Lahad Datu berlarutan tunjuk pemimpin BN lemah – Anwar


PETALING JAYA 6 MAC: Tempoh masa lama yang diambil kerajaan untuk menangani serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk bukti kepimpinan BN gagal selesaikan krisis itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pencerobohan itu yang berlarutan hingga lebih tiga minggu tanpa tindakan serius oleh pemerintah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan hari ini.
Anwar lagi“Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Beliau berkata, perkara ini berlaku ekoran kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan.
“Kenapa kerajaan perlu tunggu hingga 23 hari baru tindakan diambil. Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan?
“Sedangkan kedaulatan telah digugat dan lapan anggota keselamatan terkorban,” tegasnya.
Beliau menjadikan tragedi Sauk di Grik, Perak pada 2001 sebagai contoh apabila insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.
Kata Anwar, kedaulatan dan maruah negara dijamin jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.
“Bila situasi seperti itu berlaku, polis dan tentera perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas. Saya rasa ia tiada di sana.
“Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan benarkan negara kita tidak diceroboh, demi kedaulatan dan maruah negara,” kata Anwar.

No comments:

Post a Comment