Thursday, 21 February 2013

JOHAN GHANI NAFIKAN KEMENANGAN BELIAU PADA PRU KE 11 2004 DI DUN KUALA PENYU KERANA FAKTOR KHIANAT PARTI LAWAN

"KEMENANGAN SAYA DALAM PRU KE 11 2004 DI DUN  N 26 KUALA PENYU
  DITENTUKAN OLEH RAKYAT
BUKAN KERANA DIBANTU OLEH UNSUR KHIANAT OLEH PEMIMPIN BN"

JOHAN GHANI

Oleh: Jemmy Tan 

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani  (gambar)  berkata kemenangan beliau memanangi  kerusi DUN Kuala Penyu pada pilihanraya ke 11 2004 disebabkan beliau mendapat sokongan padu dari rakyat di kawasan tersebut bukan atas faktor adanya komplot dari pihak tertentu dalam kepimpinan BN bahagian Beaufort yang menyokong beliau.

Beliau yang memenangi kawasan DUN Kuala Penyu dengan memperolehi mejoriti sebanyak 2018 menewaskan penyadangnya (BN) yang juga Timbalan Ketua Menteri ketika itu Datuk Wences Anggang dan dua calon lain dari parti Setia  Guan Dee Bin Koh Hoi yang memperolhi undi  308 dan calon bebas Saman Ahmad dengan jumlah undi 633

"  Kita (pemimpin BN ) perlu menerima  hakikat kemenangan saya pada PRU 2004 di DUN Kuala Penyu kerana rakyat memilih saya yang mengharapkan perubahahan kepimpinan di kawasan tersebut, kemenangan ini tidak ada unsur sebotaj sebagaimana yang di dakwa oleh pemimpin pemimpin BN di kawasan ini" katanya ketika ditemui di sini.

Johan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Haji Aliasnih di beberapa media tempatan pada khamis lepas yang mendakwa Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang menjadi dalang melakukan khianat dan sebotaj sehingga menyebabkan calon BN   tewas dalam perlawanan 4 penjuru ketika itu

Menurut Johan jika beliau mendapat sokongan dari Lajim yang juga Pengerusi BN Parlimen Beaufort ketika itu kemungkinannya mejoriti lebih besar diperolehi namun hakikatnya kemenangan beliau kerana rakyat memberikan sokongan padu walaupun beliau bertanding atas tiket bebas dan berhadapan dengan perlawanan yang getir pada pilihanraya tersebut

 " Jika pun dicampurkan  jumlah undi calon parti Setia Guan Dee Bin Koh Hoi yang memperolhi undi  308 dan calon bebas Saman Ahmad dengan jumlah undi 633 saya masih memperolehi jumlah mejoriti yang besar yang membuktikan kemenangan tersebut adalah atas pilihan rakyat bukannya dipengaruhi oleh unsur unsur khianat sebagaimana yang didakwa oleh Isnin" jelas Johan.

Sambil menyifatkan dakwaan Isnin sebagai karut dan hanya mencari publisiti murahan ,Johan menambah inilah sikap pemimpin BN yang enggan menerima hakikat bahawa rakyat sebenarnya akan menjadi penilai yang lebih bijaksana  semasa pilihanraya bagi memilih pemimpin yang mereka sukai untuk menjadi wakil mereka.

Tambah Johan  semasa pilihanraya tersebut beliau juga  menerima  sokongan dari sebilangan jentera pemuda dari BN yang tidak berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh Isnin selaku Ketua Pemuda BN dan juga Pengarah Gerakan jentera Pemuda ketika itu yang enggan memberikan kerjasama dengan parti parti kompenan BN yang lain di DUN Kuala Penyu.

" Bagi saya itu urusan mereka, siapa yang hadir menyokong perjuangan saya, saya terima kerana misi utama saya ialah memenangi pilihanraya tersebut secara demokrasi atas pilihan rakyat" jelas Johan.

Menurut John kemenangan beliau pada pilihanraya 2004 bagi DUN Kuala Penyu merupakan gelombang perubahan yang diharapkan oleh rakyat dan yakin gelombang tersebut akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 kali ini, kerana rakyat semakin bijak berfikir menentukan kerajaan yang mereka pilih pada PRU kali ini.

“Inilah masanya rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan,” kata John yang sudah disahkan akan bertanding atas tiket Pakatan pada PRU ke 13 di DUN Kuala Penyu

Menurut Johan,  Pakatan Rakyat yang meletakkan kepentingan rakyat  akan terus memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat.




No comments:

Post a Comment