MENUMBOK: Agenda besar untuk membina sebuah masyarakat bertamadun di negara ini hanya akan tercapai menerusi keharmonian yang sejati, kata Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin
Beliau juga percaya, sifat diplomasi dan kebijaksanaan mampu menjadi pemangkin kepada perpaduan yang lebih asli di kalangan masyarakat
Disamping itu memiliki minda yang pintar juga kekuatan supranatural mampu menjadi pemangkin kepada perubahan berfikir dan bertindak ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang bagi membangunkan sebuah negara secara adil dan saksama
Katanya, ciri-ciri ini adalah simbolik Ular sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini yang wajar diaplikasikan sebagai amalan bagi membawa perubahan yang lebih telus kepada rakyat Malaysia.
“Perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulen di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum, tidak ada pun seorang rakyat yang mahu negaranya dalam keadaan yang kucar kacir dan tidak aman" katanya ketika berucap di majlis makan malam sempana sambutan tahun baru cina di kampung Darat Menumbok baru baru ini.
KEK TAHUN BARU...Lajim bersama jemputan lain memotong kek sebagai simbol perasmian majlis tersebut |
Hadir sama bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani dan Timbalan Ketua Cabang PKR Klias Thaufeck Haji Ruchi.
Menurut Lajim tidak ada pun sebuah organisasi politik di negara ini yang inginkan negara dalam keadaan yang tidak aman dan hubungan kaumnya tidak harmoni, begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang turut meletakkan agenda bagi membangunkan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama.
" Malangnya Parti Pembangkang atau Pakatan Rakyat sering dilebalkan sebagai parti yang yang menggunakan landasan politik sempit yang memainkan sentiman perkauman ,agama dan budaya sedangkan kami (pakatan Rakyat) mempunyai agenda besar membawa perubahan dalam pelbagai bidang ekonomi,politik pendidikan dan sosial untuk dikongsi secara adil " katanya
Tambah Lajim sempana dengan sambutan Tahun baru cina kali ini serentak dengan pilihanraya umum ke 13 yang kini diambang pintu ,inilah masa dan permulaan yang baik untuk rakyat membuat keputusan bagi menjadikan Malaysia lebih baik di masa hadapan
“Inilah masanya rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang maju ke hadapan,” katanya.
Tegas Lajim Pakatan Rakyat yang meletakkan kepentingan rakyat akan terus memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat.
CERIA..Lajim bersama John ketika menyampaikan Ang Pow kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut
“Buku Jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonomi negara,” katanya.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan yang mencerminkan sebuah negara yang benar-benar merdeka dari segi politik, ekonomi dan sosial.
ANGPOW..Isteri Lajim Datin Seri Normilah Siong turut mengagih-agihkan sampul merah berupa anggpow kepada salah seorang warga emas sempana majlis tersebut |
No comments:
Post a Comment