Friday, 10 August 2012

RAKYAT SABAH BUKAN TIDAK SAYANGKAN UMNO TETAPI TIDAK SUKA MUSA AMAN?

Perubahan politik yang melanda bumi Sabah sejak akhir-akhirnya bukan disebabkan kerana rakyat Sabah benci kepada UMNO dan BN tetapi rakyat Sabah mahukan pemimpin lain selain Musa Aman untuk menerajui kepimpinan parti dan kerajaan di negeri ini.

Inilah inspirasi baru rakyat Sabah. Perdana menteri Datuk Seri najib Tun Razak sewajarnya peka kepada kehendak dan denyut nadi rakyat Sabah, luah seorang ahli akademik kepada saya semalam.

Sejak Musa Aman menerajui Sabah setelah penamatan sistem penggiliran Ketua menteri di Sabah, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sabah mula menampakkan perubahan pembangunan yang memberangsangkan. Beberapa perubahan besar di ibu kota memperlihatkan Musa Aman seorang ekonomis dan politikus yang boleh merencakkan perkembangan ekonomi di Sabah. Itu harus diakui secara jujurnya. malahan pertambahan bajet negeri Sabah setiap tahun yang mencecah 4 billlion tertinggi dalam sejarah negeri di bawah bayu ini, satu lagi bukti Musa Aman berjaya mengurus perbelanjaan dan pendapatan negeri dengan cukup baik. Justeru apa sebenarnya yang membuatkan rakyat tidak suka kepada Adun Sibuga ini?

Musa Aman dilihat 'memperjudikan' nasib rakyat Sabah dalam skala pelaburan ekonomi yang besar. banyak projek-projek mega yang dilakukan dan pelaburan berdaya saing yang dibuat memang benar mendatangkan keuntungan. Buktinya Sabah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik sepanjang Musa Aman menerajui kepimpinan negeri. TETAPI impak ekonomi itu tidak dirasai oleh rakyat Sabah yang tinggal di kampung dan luar bandar. masalah pengangguran masih menjadi 'silent killer' kepada masa depan belia di Sabah. Kenapa peluang pekerjaan tidak bertambah?

Ini disebabkan kerana projek-projek mega dan pelaburan besar yang dibuat oleh Musa Aman sebenarnya memberi untung kepada golongan tertentu sahaja dan bukan kepada rakyat Sabah di pedalaman dan luar bandar. Keuntungan besar dari projak mega dan pelaburan itu diperolehi oleh kerajaan negeri dan keuntungan itu kemudiannya di pusing kembali untuk mendapatkan projek dan pelaburan yang lebih besar. Memang benar kerajaan Sabah mempunyai nilai kewangan yang baik tetapi apa yang di mahukan oleh rakyat Sabah ialah mereka turut merasai keuntungan itu dalam bentuk pembangunan.

Lihat di kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kapung di setiap daerah di Sabah, berapa banyak projek pembangunan yang dilaksanakan di bawah kelolaan kerajaan negeri. Projek bekalan air bersih dan projek perumahan Rakyat termiskin (PPRT dan PPBR) serta pembinaan jalan raya, hampir 80-90% daripadanya adalah di laksanakan di bawah kelolaan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mendapat peruntukan terus dari kerajaan pusat.


Suatu ketika isu ini turut mewarnai politik Sabah, apabila dilaporkan berlaku sedikit salah faham antara Musa Aman dan datuk Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar bandar dan wilayah kerana peruntukan itu tidak kononnya disalurkan terlebih dahulu di peringkat negeri.

Kes pengambilan tanah adat atau NCR yang dikatakan berada di bawah kuasa kerajaan negeri juga gagal diselesaikan oleh Musa Aman. Isu ini berlaku hampir di seluruh daerah di Sabah. Dan rakyat tahu bahawa penglibatan Musa Aman dan kroni dalam beberapa koperasi itu adalah berlaku.Ini juga menjadi isu besar mengapa rakyat Sabah mahukan agar peneraju kepimpinan UMNO di sabah diganti.


Seperti yang dilaporkan oleh media bahawa hampir 1000 orang jurutera di negeri ini gagal mendapatkan pekerjaan. begitu juga dengan aliran keluar belia Sabah ke Semenanjung untuk mendapatkan pekerjaan juga adalah tinggi. Dua perkara asas ini adalah punca utama mengapa golongan muda berfikir untuk mengubah arus politik mereka. Kerana UMNO dan BN 'gagal' melunaskan keraguan dan kehendak masa depan golongan ini.

Isu-isu lama seperti perjanjian 20 perkara sedikit sebanyak menyemarakkan lagi ketidapuasan hati rakyat Sabah. Isu Royalti minyak dan keberadaan Sabah sebagai rakan kongsi dalam MALAYSIA juga tidak ditangani dengan baik walaupun UMNO telah melebarkan sayapnya di Sabah sejak 1991 lagi dan berjaya membentuk kerajaan pada tahun 1994. Isu PATI dan penubuhan RCI juga nampaknya diambil secara lewa oleh pimpinan negeri dan pusat. Musa Aman dilihat tidak mempunyai kewibawaan 'mendesak' untuk mengatasi permasalahan ini. Rakyat sabah mahukan ketua menteri yang lantang dalam memperjuangkan hak-hak Sabah termasuk mengatasi PATI ini.

Senario politik di Sabah tentunya tidak sama dengan di Sarawak. memang benar di bumi kenyalang itu sudah dengar ketidakpuasan hati mereka kepada Ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud. Di Samping sudah terlalu lama menerajui kerajaan negeri, taib juga dikatakan memiliki aset kekayaan yang banyak. Kroni dan proksi juga telah lama mengambil tempat dalam ekonomi di Sarawak. Tapi bedanya ialah Taib mempunyai rangkaian pemimpin yang Taat dan Setia kepada beliau. sebab itu Taib masih mampu bertahan.Tidak kedengaran ada suara dari kalangan pemimpin BN Sarawak yang mendesak Taib untuk berundur secara terhormat dan dipublishkan oleh media.

Di Sabah, Musa Aman tidak mempunyai rangkaian di kalangan pemimpin UMNO dan BN. LDP misalnya dalam beberapa tahun lepas menyuarakan secara lantang tidak mengiktiraf kepimpinan Musa di Sabah. Di . Di kalangan parti-parti komponen BN juga menyuarakan isu yang sama tetapi dalam keadaan yang senyap. Di dalam UMNO Sabah sendiri, Musa Aman tidak mempunyai kedudukan kukuh apabila timbul keraguan terhadap sokongan kepada ketua menteri Sabah itu.

Sebab itulah dalam waktu terdekat ini selain daripada Datuk Lajim dan Datuk Wilfred Bumburing, dispekulasikan lagi bahawa akan ada pemimpin di kalangan UMNO Sabah meninggalkan parti tersebut. Di pantai timur sudah kedengaran beberapa nama seperti Datuk Osu, Datu Askalani, Datuk Rahim Ismail, Datuk Safawi, Datuk Amir Kahar,Datuk Samsu, Datu Yahya Lampong, Datuk Tahir , Datuk Nahlan, Datuk Zaki, dan Dr.Patawari.

No comments:

Post a Comment