KUALA PENYU: Ahli Parlimen P.177 Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mengulangi kenyataannya ,rakyat di negeri ini seharusnya mendapat perhatian lebih jika Sabah dianggap sebagai "Simpanan Tetap" sebagai penyumbang kepada kejayaaan BN mempertahankan tapuk pemerintahannya pada PRU yang lepas.
Bagaimanapun menurut beliau semua ini ibarat menanam pokok, hanya pokok hiasan tanpa menghasilkan buah ranum yang kemanisannya dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat di negeri ini.
Menurut Lajim yang juga Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah(PPS) , pengundi di negeri ini dan Sarawak mahu sokongan mereka terhadap BN dihargai dan bukannya sekadar dianggap sebagai 'simpanan tetap' sahaja.
" Sebagai simpanan Tetap BN seharusnya rakyat di negeri ini tidak terpinggir dari menikmati arus perubahan pembangunan perdana negara sesuai dengan usia kemerdekaan negara yang kini mencapai 55 tahun juga sumbangan Sabah dalam menjana ekonomi negara" katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Ziarah Ramadan di Suaru Kampung Jangkit dekat sini baru baru ini.
Hadir sama bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani,Isteri Lajim Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong, Bekas Ketua Penyelaras MAYANG Parlimen Beaufort Haji Johair Matlani dan Pengerusi Penganjur Saiman Senang.
Tambah Lajim masalah pembangunan di Sabah masih ketinggalan jauh dalam semua aspek berbanding Semenanjung.
" Inilah isu yang akan suarakan sama ada oleh PPS atau Angkatan Perubahan Sabah (APS) untuk kerajaan pusat (yang baru) untuk di ambil perhatian serius mengenai masalah ini agar rakyat keseluruhanya di negeri ini dapat berkongsi sama nikmat pembangunan yang sebenarnya " katanya
Menurutnya, masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur ,pendidikan,kesihatan di kawasan pedalaman masih lagi berlarutan sejak dahulu hingga sekarang meskipun kerajaan bercakap soal transformasi juga soal kedudukan ekonomi negeri yang baik.
" Masuklah ke kawasan kawasan pedalaman lihat kedaifan sekolah,perhubungan jalanraya, jambatan , air ,api elekktrik kesihatan dan lain-lain siapa boleh menyangkal masih ada rakyat di Sabah gagal menikmati kemudahan tersebut" jelas Lajim
Beliau berkata seharusnya perkara ini sudah dirancang dan dilaksanakan beruluh puluh tahun yang sudah Setelah sekian lama di bawah pemerintahan BN, namun amat malang perkara ini di abaikan oleh pemimpin yang rakus kepada kuasa dan kekayaan.
" Biarlah hari ini kita mendapat pelbagai tomahan dan cacian, yang penting rakyat Sabah perlu memulakan perubahan dari sekarang jika tidak nasip dan masa depan generasi anak bangsa di negeri ini akan terus berada ditekuk lama" katanya
Lajim turut mengajak rakyat agar membuat perubahan ekoran tindakan kerajaan yang meminggirkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya umum akan datang.
ZAKAT...Lajim diiringi oleh Saiman turut menyampaikan sumbangan wang zakat kepada salah seorang golongan kurang berkemampuan sempana majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment