Saturday, 29 September 2012

Lajim selar imbuhan yang hanya diberikan kepada kakitangan kerajaan sahaja Bajet 2013, kenapa penjawat swasta dianaktirikan?


KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menyelar pengumuman pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri yang disifatkannya menganaktirikan penjawat swasta.

Menurut Lajim, Bajet 2013 kali ini bukan sahaja menyebabkan penjawat swasta di seluruh negeri terasa dipinggirkan malah dinafikan hak merasai nikmat yang sepatutnya diagihkan secara adil dan saksama.

"Lebih 1.3 juta penjawat awam akan mendapat bonus sebulan gaji manakala pesara kerajaan pula bakal menerima RM500, jadi dimanakah imbuhan kepada penjawat swasta?

"Kalau diikutkan, penjawat swasta turut memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan ekonomi negara sedia ada dan merupakan pengundi, jadi adalah tidak bijaksana sekiranya kita meminggirkan mereka (penjawat swasta), "katanya.

Lajim menambah adalah lebih baik sekiranya bajet kali ini membahagikan hak sama rata ekoran alasan Perdana Menteri bahawa pemberian bonus berkenaan adalah untuk mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga serta menghadapi musim persekolahan pada Januari tahun 2013.

"Adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri memikirkan nasib penjawat swasta seperti pengurangan kadar cukai yang dikenakan terhadap syarikat atau majikan bukan berpaksi kepada kroni.

"Seperti mana dikatakan tadi, langkah sebegini dilihat sebagai tidak adil kepada penjawat swasta memandangkan mereka juga adalah penentu kepada penubuhan kerajaan bukan tertakluk kepada kakitangan awam sahaja, "jelasnya ketika dihubungi kelmarin.

Mengulas lanjut sedikit mengenai pembangunan di Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewajarnya mengambil langkah bijak mengatasi kekurangan infrastruktur seperti keperluan bekalan air bersih dan elektrik.



"Seperti mana pengumuman dalam Bajet 2013 mengatakan 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak namun sekiranya tiada bekalan air bersih apa gunanya?, "katanya.

Sunday, 23 September 2012

TOLAK KUMPULAN PECAH PERINTAH YANG MEROSAKKAN PERPADUAN : JANANG GAYUH

Sokongan...:Lajim bersalaman dengan masyarakat Bisaya yang hadir ke majlis tersebut 



PADAS DAMIT BEAUFORT: Masyarakat Bisaya di negeri ini khususnya di kawasan Beaufort diminta agar terus mengekalkan solidariti dikalangan mereka sebagai landasan utama bagi masyarakat tersebut  bersaing dan bergerak maju ke hadapan agar setanding dengan bangsa bangsa lain.

Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, mereka ( masyarakat Bisaya) perlu menolak perbuatan segelintir pihak yang membawa budaya " Pecah Perintah"  agar   masyarakat Bisaya berpecah belah.

 " Perbuatan segelintir pihak ini hanya ingin memecah belah semangat perpaduan  kita samai sejak sekian lama  demi menjayakan agenda peribadi  dan politik mereka" katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Ambang Perubahan Sabah di kampung Padas Damit dekat sini .

Menurut Ahli Parlimen Beaufort ini meskipun berlainan idelogi politik namun jangan sampai keadaan tersebut turut menjejaskan hubungan harmani dan ikatan silatulrahim di kalangan masyarakat Bisaya yang sudah dikenali dengan amalan bersatu padu terutamanya dalam menjayakan agenda dan hala tuju PBBS demi memperjuangkan  masa depan masyarakat tersebut 

 " Dengan agenda politik inilah wujudnya budaya " Pecah Perintah" yang cuba diterapkan oleh pihak pihak tertentu yang ingin melihat kita berpecah belah dan akhirnya kita tersinggkir dari  arus kemajuan perdana negara" katanya.

Sambil mejelaskan beliau tidak pernah menggunakan PBBS sebagai landasan perjuangan politiknya Lajim berkata perkara ini jelas kerana sejak dahulu lagi ada di kalangan ahli dan kepimpinan tertinggi PBBS berlainan idelogi politik namun dalam agenda memperjuangkan hala tuju persatuan mereka bersatu.

 " Sedihnya ada dikalangan kita hari ini mengherat  PBBS untuk menjayakan agenda politik, mereka mudah diperalatkan oleh orang lain demi menjayakan cita cita serta perjuangan yang lebih bersifat peribadi" katanya.

 Sehubungan dengan itu Lajim mahukan masyarakat Bisaya berfikiran rasional melihat masa depan bangsanya yang bukan sahaja berhak menerima kemajuan tapi mampu memberikan sumbangan kearah membangunkan bangsa agama dan negara  .

Friday, 21 September 2012

PKR KLIAS KELUAR UMNO SERTA PPS


BEAUFORT : Hilang keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk kepimpinan wakil rakyat di kawasan Klias  menjadi faktor bagi  bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Saidin Musih meletakkan jawatannya secara terbuka bermula Khamis lepas dan membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

"  Tiba masanya  bagi saya untuk mengundur diri  dari jawatan yang dikuasai oleh kerajaan  BN yang gagal memperjuangkan hak dan nasip rakyat Sabah  dengan  memilih wadah  yang mampu memperjuangkan nadi rakyat Sabah" katanya

Tambah  Saidin tindakannya meletakkan jawatannya sebagai PKR Kawasan Klias kerana merasakan perjuangan Umno dan BN sudah tidak selarau dengan apa yang disuarakan oleh rakyat

"Saya sememangnya tidak berpuas hati dengan BN kerana ada dasar-dasar penting tidak diperjuang oleh pemimpin-pemimpin Umno demi rakyat Sabah walaupun telah mencapai 55 tahun kemerdekaan" katanya semasa ditemui selepas menyerahkan borang kemasukan sebagai ahli PPS kepada pengerusinya Lajim  dalam satu majlis dikediamannya  di kampung Kebidang Beaufort

Antara yang hadir ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk John Ghani. bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong; Ketua Cabang PKR Beaufort, Abdul Jarih Ukin dan Pemimpin PAS Sabah, Aminudin Aling.

Menurut Saidin  beliau tertarik dengan dasar-dasar yang mahu diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) kerana semua itu meliputi aspek-aspek yang tidak dinyatakan dalam Umno.

"Oleh kerana dasar penting itu tidak diendahkan Umno, maka rakyat berasa sedih dan kecewa kerana rakyat sedar, jika ianya tidak diperjuangkan, mereka sendiri berasa rugi termasuklah nasib-nasib belia Sabah yang tidak dibela selama ini, " katanya.

Sementara itu, Lajim turut mengulas tindakan mengejut bekas PKR Klias untuk menyertai PR adalah kerana Saidin mahu turut serta berjuang demi masa depan rakyat dan Negeri Sabah.

Kata Lajim, Saidin berbuat sedemikian adalah untuk berjuang demi rakyat di jalan yang benar sehinggakan sanggup meninggalkan jawatan tinggi dan gaji yang lumayan.

"Saya pasti gaji sehingga lebih RM4,000 sebulan itu tidak bermakna lagi jika beliau sendiri melihat ada segelintir rakyat yang tidak terbela dan dipinggirkan begitu sahaja.

"Mungkin baginya, jawatan dan gaji tidak bermakna .jika nasib rakyat dan generasi akan datang tidak menentu, justeru beliau mengambil keputusan untuk berjuang bersama-sama saya dan rakan-rakan pemimpin PR yang lain, " jelas Lajim.



Lajim yakin dan percaya akan ada lagi yang akan turut serta dan tidak mustahil akan ada pemimpin-pemimpin Umno di Beaufort yang akan mengikut jejak langkah Saidin.

Thursday, 20 September 2012

PPS DAN APS SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT


PITAS: Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dilancarkan sejak pertengahan Ogos lepas semakin mendapat perhatian  rakyat untuk menyertai gerakan kedua-dua  badan NGO ini.

Pengerusi (PPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, dari sirih jelajah PPS dan APS yang sedang rancak dijalankan ketika ini rakyat memberikan maklum balas yang positif terhadap arah serta perjuangan kedua-dua badan NGO tersebut yang bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan segala masalah rakyat di peringkat akar umbi dapat dikenal pasti  dan diatasi sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang

" Dari maklum balas serta kehadiran orang ramai pada setiap sirih perjumpaan yang kita adakan ianya mendapat maklumkan balas yang positif jumlah kehadiran orang ramai yang datang ke majlis kita walaupun tidak disediakan kemudahan seperti tambang dan sebagainya ianya tetap mendapat sambutan yang begitu menggalakkan" katanya ketika ditemui selepas mengetuai siri Jelajah PPS dalam acara pemimpin bersama rakyat di kawasan Utara Sabah itu di kampung  Rokum Pitas dan di Kota Belud.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sambutan dan maklum balas yang diterima ini memberikan gambaran rakyat  ingin membuat perubahan terutamanya dalam memilih kerajaan yang akan mentadbir negara selepas PRU ke 13 ini.

Ditanya apakah isu yang sering dibangkitkan oleh rakyat semasa perjumpaan yang diadakan Lajim berkata, isu kemiskinan, isu pembangunan serta ketidakadilan agihan bantuan kerajaan, isu pengambilan tanah , isu pendatang tanpa izin merupakan isu isu hangat dan relevan yang dihadapi oleh rakyat  yang menjadi halatuju perjuangan  PPS dan APS bagi memerjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah yang tertindas dan jauh  ketinggalan dalam segala aspek pembangunan selama ini.

 " Isu-isu yang dibangkitkan oleh mejoriti rakyat khususnya di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek penyediaan insfrastruktur pembangunan seperti jalanraya, bekalan air dan api akan kita perjuangkan dimana sebagai rakyat dalam sebuah negara merdeka mereka berhak menikmtainya" tegas Lajim.

 Sehubungan dengan itu beliau mengajak rakyat agar membuat perubahan dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat  pada pilihanraya umum kali ini  bagi membawa perubahan yang lebih ketara dalam segala aspek pembangunan demi kesejehteraan rakyat

"Umno dan  Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka. Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Sambil memberikan keyakinan  jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan




Tuesday, 4 September 2012

' HIMPUNAN HIJAU KE PUTRA JAYA BUKAN GIMIK POLITIK IANYA BAKAL MENJADI REALITI


BEAUFORT: Himpunan Hijau ke Putrajaya  yang diadakan di perkarangan rumah Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin  di kampung Kaundu Kebatu baru baru ini bukannya satu Gimik  politik parti pembangkang namun ianya merupakan satu aspirasi rakyat yang benar benar mengharapkan perubahan kepimpinan negara

Menurut Lajim selaku tuan rumah majlis berkenaan Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat khususnya di kawasan tersebut serta kawasan berhampiran  yang kedatangan lebih dua ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini.

" Ramainya peserta himpunan ini  (walaupun dinafikan oleh pemimpin BN ) menunjukkan yang rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar kemahuan rakyat keseluruhannya" katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut

Hadir sama di majlis tersebut Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang,Pesuruh Jaya PAS Sabah  Aminnudin Aling, Ketua Pemuda PAS Nasharudin Hassan At Tantawi dan Pemimpin PKR Sabah Ansari Abdullah

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) kehadiran rakyat ke majlis tersebut amat  membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela  bukan sahaja dari daerah itu tapi datangnya juga dari Kawasan Parlimen Sipitang Kimanis serta dari lain lain daerah tanpa  tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO dan BN .

" Jika beginilah keadaannya saya tidak nampak bagaimana UMNO/BN boleh bertahan diseluruh negara dan apatah lagi untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah,Selangor dan Pulau PInang  , UMNO  BN tetap akan menafikanya sambutan rakyat terhadap tranformasi bagi memilih kerajaan baru yang lebih adil dan telus membela rakyat" tegas Lajim

Menurut Lajim lagi biarkanlah pemimpin Umno/BN menafikan gelora yang sedang berlaku terhadap tuntutan perubahan kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat ketika ini, kerana yang akan menentukan hasrat pakatan dan rakyat menukar pemerintahan negara bakal diterjemahkan pada PRU ke 13 kali ini.

  " Himpunan ini merupakan pemaparan manifestasi sebenar rakyat dinegara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk kemajuan masa depan kita perlukan perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan rasuah melalui peti undi dalam pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja" katanya

Pada masa yang sama Lajim berkata rakyat tidak lagi terlena dengan momokan " Janji Ditepati"   kerajaan BN ,seperti penubuhan RCI bagi menangani isu PATI, perbincangan soal  'Royalti Minyak kerana perkara ini sebenarnya wajar dilaksanakan  oleh kerajaan BN sebelum ini jika mereka benar benar peka dan prihatin dengan kehidupan rakyat khususnya di Sabah.

" Selain itu isu isu pembangunan seperti bekalan api elektrik,air bersih,sistem perhubungan jalanraya, kesihatan,pendidikan bukan sahaja di kawasan ini di kawasan berhampiran seperti Parlimen Sipitang dan kawasan kawasan Pedalaman sejauh mana ianya rakyat telah menikmati kemudahan tersebut" soal Lajim

Menurut Lajim lagi pada pusingan awal ini Pakatan Rakyat sudah berjaya mengagarkan kerajaan BN kerana setaip isu yang dibangkitkan mereka (kerajaan BN) telah menutup segala kelemahan dengan slogan " Janji Ditepati" walaupun dilihat sebagai janji manis bagi menghadapi pilihanraya PRU ke 13.







" Rakyat hari ini semakin bijak menilai, penilaian mereka bukan bermula hari ini tapi sejak sekian lama memandam rasa, dan kita yakin mereka akan zahirkan pada PRU akan datang bagi memilih kerajaan kepada pihak alternatif" jelas Lajim