Thursday, 20 September 2012
PPS DAN APS SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT
PITAS: Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dilancarkan sejak pertengahan Ogos lepas semakin mendapat perhatian rakyat untuk menyertai gerakan kedua-dua badan NGO ini.
Pengerusi (PPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, dari sirih jelajah PPS dan APS yang sedang rancak dijalankan ketika ini rakyat memberikan maklum balas yang positif terhadap arah serta perjuangan kedua-dua badan NGO tersebut yang bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan segala masalah rakyat di peringkat akar umbi dapat dikenal pasti dan diatasi sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang
" Dari maklum balas serta kehadiran orang ramai pada setiap sirih perjumpaan yang kita adakan ianya mendapat maklumkan balas yang positif jumlah kehadiran orang ramai yang datang ke majlis kita walaupun tidak disediakan kemudahan seperti tambang dan sebagainya ianya tetap mendapat sambutan yang begitu menggalakkan" katanya ketika ditemui selepas mengetuai siri Jelajah PPS dalam acara pemimpin bersama rakyat di kawasan Utara Sabah itu di kampung Rokum Pitas dan di Kota Belud.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sambutan dan maklum balas yang diterima ini memberikan gambaran rakyat ingin membuat perubahan terutamanya dalam memilih kerajaan yang akan mentadbir negara selepas PRU ke 13 ini.
Ditanya apakah isu yang sering dibangkitkan oleh rakyat semasa perjumpaan yang diadakan Lajim berkata, isu kemiskinan, isu pembangunan serta ketidakadilan agihan bantuan kerajaan, isu pengambilan tanah , isu pendatang tanpa izin merupakan isu isu hangat dan relevan yang dihadapi oleh rakyat yang menjadi halatuju perjuangan PPS dan APS bagi memerjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah yang tertindas dan jauh ketinggalan dalam segala aspek pembangunan selama ini.
" Isu-isu yang dibangkitkan oleh mejoriti rakyat khususnya di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek penyediaan insfrastruktur pembangunan seperti jalanraya, bekalan air dan api akan kita perjuangkan dimana sebagai rakyat dalam sebuah negara merdeka mereka berhak menikmtainya" tegas Lajim.
Sehubungan dengan itu beliau mengajak rakyat agar membuat perubahan dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ini bagi membawa perubahan yang lebih ketara dalam segala aspek pembangunan demi kesejehteraan rakyat
"Umno dan Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka. Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya
Sambil memberikan keyakinan jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment