Tuesday, 4 September 2012

' HIMPUNAN HIJAU KE PUTRA JAYA BUKAN GIMIK POLITIK IANYA BAKAL MENJADI REALITI


BEAUFORT: Himpunan Hijau ke Putrajaya  yang diadakan di perkarangan rumah Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin  di kampung Kaundu Kebatu baru baru ini bukannya satu Gimik  politik parti pembangkang namun ianya merupakan satu aspirasi rakyat yang benar benar mengharapkan perubahan kepimpinan negara

Menurut Lajim selaku tuan rumah majlis berkenaan Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat khususnya di kawasan tersebut serta kawasan berhampiran  yang kedatangan lebih dua ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini.

" Ramainya peserta himpunan ini  (walaupun dinafikan oleh pemimpin BN ) menunjukkan yang rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar kemahuan rakyat keseluruhannya" katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut

Hadir sama di majlis tersebut Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang,Pesuruh Jaya PAS Sabah  Aminnudin Aling, Ketua Pemuda PAS Nasharudin Hassan At Tantawi dan Pemimpin PKR Sabah Ansari Abdullah

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) kehadiran rakyat ke majlis tersebut amat  membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela  bukan sahaja dari daerah itu tapi datangnya juga dari Kawasan Parlimen Sipitang Kimanis serta dari lain lain daerah tanpa  tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO dan BN .

" Jika beginilah keadaannya saya tidak nampak bagaimana UMNO/BN boleh bertahan diseluruh negara dan apatah lagi untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah,Selangor dan Pulau PInang  , UMNO  BN tetap akan menafikanya sambutan rakyat terhadap tranformasi bagi memilih kerajaan baru yang lebih adil dan telus membela rakyat" tegas Lajim

Menurut Lajim lagi biarkanlah pemimpin Umno/BN menafikan gelora yang sedang berlaku terhadap tuntutan perubahan kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat ketika ini, kerana yang akan menentukan hasrat pakatan dan rakyat menukar pemerintahan negara bakal diterjemahkan pada PRU ke 13 kali ini.

  " Himpunan ini merupakan pemaparan manifestasi sebenar rakyat dinegara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk kemajuan masa depan kita perlukan perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan rasuah melalui peti undi dalam pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja" katanya

Pada masa yang sama Lajim berkata rakyat tidak lagi terlena dengan momokan " Janji Ditepati"   kerajaan BN ,seperti penubuhan RCI bagi menangani isu PATI, perbincangan soal  'Royalti Minyak kerana perkara ini sebenarnya wajar dilaksanakan  oleh kerajaan BN sebelum ini jika mereka benar benar peka dan prihatin dengan kehidupan rakyat khususnya di Sabah.

" Selain itu isu isu pembangunan seperti bekalan api elektrik,air bersih,sistem perhubungan jalanraya, kesihatan,pendidikan bukan sahaja di kawasan ini di kawasan berhampiran seperti Parlimen Sipitang dan kawasan kawasan Pedalaman sejauh mana ianya rakyat telah menikmati kemudahan tersebut" soal Lajim

Menurut Lajim lagi pada pusingan awal ini Pakatan Rakyat sudah berjaya mengagarkan kerajaan BN kerana setaip isu yang dibangkitkan mereka (kerajaan BN) telah menutup segala kelemahan dengan slogan " Janji Ditepati" walaupun dilihat sebagai janji manis bagi menghadapi pilihanraya PRU ke 13.







" Rakyat hari ini semakin bijak menilai, penilaian mereka bukan bermula hari ini tapi sejak sekian lama memandam rasa, dan kita yakin mereka akan zahirkan pada PRU akan datang bagi memilih kerajaan kepada pihak alternatif" jelas Lajim

No comments:

Post a Comment