Sunday, 23 September 2012

TOLAK KUMPULAN PECAH PERINTAH YANG MEROSAKKAN PERPADUAN : JANANG GAYUH

Sokongan...:Lajim bersalaman dengan masyarakat Bisaya yang hadir ke majlis tersebut 



PADAS DAMIT BEAUFORT: Masyarakat Bisaya di negeri ini khususnya di kawasan Beaufort diminta agar terus mengekalkan solidariti dikalangan mereka sebagai landasan utama bagi masyarakat tersebut  bersaing dan bergerak maju ke hadapan agar setanding dengan bangsa bangsa lain.

Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, mereka ( masyarakat Bisaya) perlu menolak perbuatan segelintir pihak yang membawa budaya " Pecah Perintah"  agar   masyarakat Bisaya berpecah belah.

 " Perbuatan segelintir pihak ini hanya ingin memecah belah semangat perpaduan  kita samai sejak sekian lama  demi menjayakan agenda peribadi  dan politik mereka" katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Ambang Perubahan Sabah di kampung Padas Damit dekat sini .

Menurut Ahli Parlimen Beaufort ini meskipun berlainan idelogi politik namun jangan sampai keadaan tersebut turut menjejaskan hubungan harmani dan ikatan silatulrahim di kalangan masyarakat Bisaya yang sudah dikenali dengan amalan bersatu padu terutamanya dalam menjayakan agenda dan hala tuju PBBS demi memperjuangkan  masa depan masyarakat tersebut 

 " Dengan agenda politik inilah wujudnya budaya " Pecah Perintah" yang cuba diterapkan oleh pihak pihak tertentu yang ingin melihat kita berpecah belah dan akhirnya kita tersinggkir dari  arus kemajuan perdana negara" katanya.

Sambil mejelaskan beliau tidak pernah menggunakan PBBS sebagai landasan perjuangan politiknya Lajim berkata perkara ini jelas kerana sejak dahulu lagi ada di kalangan ahli dan kepimpinan tertinggi PBBS berlainan idelogi politik namun dalam agenda memperjuangkan hala tuju persatuan mereka bersatu.

 " Sedihnya ada dikalangan kita hari ini mengherat  PBBS untuk menjayakan agenda politik, mereka mudah diperalatkan oleh orang lain demi menjayakan cita cita serta perjuangan yang lebih bersifat peribadi" katanya.

 Sehubungan dengan itu Lajim mahukan masyarakat Bisaya berfikiran rasional melihat masa depan bangsanya yang bukan sahaja berhak menerima kemajuan tapi mampu memberikan sumbangan kearah membangunkan bangsa agama dan negara  .

No comments:

Post a Comment