Friday, 21 September 2012

PKR KLIAS KELUAR UMNO SERTA PPS


BEAUFORT : Hilang keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk kepimpinan wakil rakyat di kawasan Klias  menjadi faktor bagi  bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Saidin Musih meletakkan jawatannya secara terbuka bermula Khamis lepas dan membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

"  Tiba masanya  bagi saya untuk mengundur diri  dari jawatan yang dikuasai oleh kerajaan  BN yang gagal memperjuangkan hak dan nasip rakyat Sabah  dengan  memilih wadah  yang mampu memperjuangkan nadi rakyat Sabah" katanya

Tambah  Saidin tindakannya meletakkan jawatannya sebagai PKR Kawasan Klias kerana merasakan perjuangan Umno dan BN sudah tidak selarau dengan apa yang disuarakan oleh rakyat

"Saya sememangnya tidak berpuas hati dengan BN kerana ada dasar-dasar penting tidak diperjuang oleh pemimpin-pemimpin Umno demi rakyat Sabah walaupun telah mencapai 55 tahun kemerdekaan" katanya semasa ditemui selepas menyerahkan borang kemasukan sebagai ahli PPS kepada pengerusinya Lajim  dalam satu majlis dikediamannya  di kampung Kebidang Beaufort

Antara yang hadir ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk John Ghani. bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong; Ketua Cabang PKR Beaufort, Abdul Jarih Ukin dan Pemimpin PAS Sabah, Aminudin Aling.

Menurut Saidin  beliau tertarik dengan dasar-dasar yang mahu diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) kerana semua itu meliputi aspek-aspek yang tidak dinyatakan dalam Umno.

"Oleh kerana dasar penting itu tidak diendahkan Umno, maka rakyat berasa sedih dan kecewa kerana rakyat sedar, jika ianya tidak diperjuangkan, mereka sendiri berasa rugi termasuklah nasib-nasib belia Sabah yang tidak dibela selama ini, " katanya.

Sementara itu, Lajim turut mengulas tindakan mengejut bekas PKR Klias untuk menyertai PR adalah kerana Saidin mahu turut serta berjuang demi masa depan rakyat dan Negeri Sabah.

Kata Lajim, Saidin berbuat sedemikian adalah untuk berjuang demi rakyat di jalan yang benar sehinggakan sanggup meninggalkan jawatan tinggi dan gaji yang lumayan.

"Saya pasti gaji sehingga lebih RM4,000 sebulan itu tidak bermakna lagi jika beliau sendiri melihat ada segelintir rakyat yang tidak terbela dan dipinggirkan begitu sahaja.

"Mungkin baginya, jawatan dan gaji tidak bermakna .jika nasib rakyat dan generasi akan datang tidak menentu, justeru beliau mengambil keputusan untuk berjuang bersama-sama saya dan rakan-rakan pemimpin PR yang lain, " jelas Lajim.



Lajim yakin dan percaya akan ada lagi yang akan turut serta dan tidak mustahil akan ada pemimpin-pemimpin Umno di Beaufort yang akan mengikut jejak langkah Saidin.

No comments:

Post a Comment