PITAS: Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mendakwa masih ramai rakyat Sabah seolah-olah terpinggir daripada arus pembangunan pesat negara dan dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur walaupun hampir setengah abad, Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia .
Katanya perkara ini berlaku kerana kerajaan BN tidak komited dan gagal merangka program jangka panjang untuk membangunkan kawasan luar bandar dan membebaskan rakyatnya dari belanggu kemiskinan
" Semua ini jelas mercu tanda kegagalan pentadbiran Barisan Nasional memanfaatkan sebaiknya kekayaan hasil bumi dan pelbagai kelebihan lain yang dimiliki negeri ini sebagai negeri terkaya di Malaysia dari segi sumber alam semulajadi seperti minyak, gas, balak, disamping kawasan pertanian yang luas" katanya semasa berucap di majlis Jelajah Presiden dan Pelancaran bilik gerakan PPPS Pitas di Dataran Bengkoka dekat sini baru baru ini.
JENTERA PENGERAK...Lajim bersama Bakir dan ahli jawatankuasa bilik gerakan PPPS N.3 Pitas |
Hadir sama Setiausaha PPPS Haji Khamis Ali dan Ketua Pemuda PPPS Bakir Mancaing
Mengambil contoh daerah Pitas Lajim berkata, apa kemajuan yang boleh dibanggakan oleh rakyat di kawasan ini terutamanya peluang peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk menjana taraf siso ekonomi mereka seharian.
" Di kawasan Pekan mungkin kita nampak jalan beraspal, bekalan air dan elektrik tapi masuklah keceruk kampung kampung di daerah ini kita akan memahami betapa kemerdekaan bagi menikmati kemajuan sebenarnya amat terlalu jauh mereka nikmati" jelas Lajim.
Tahniah Lajim ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Penyelaras PPPS N. 3 Pitas Bakir Manciang pada majlis tersebut |
Menurut Lajim potensi daerah Pitas dalam pelbagai bidang seperi pertanian ,perikanan dan kawasan tarikan pelancong berpotensi tinggi terutamanya bagi segmen pelancongan-eko dan pelancongan-agro, bagaimanapun kerajaan BN gagal memanafaatkan potensi ini dimajukan di kawasan ini.
" Kawasan Tanahnya luas sesuai untuk pertanian, bagaimanapun bila rakyat disini memohon dinafikan hak mereka sebaliknya dihalalkan syarikat syarikat besar untuk memilikinya atas dasar kronisme dan berkepentingan oleh pemimpin dan kerajaan BN" katanya
Sehubungan dengan itu katanya dalam PRU ke 13 kali ini rakyat khususnya di kawasan ini perlu bangkit untuk melakukan perubahan jika tidak kesengsaraan mereka akan menjadi tradisi selama-lamanya dan mereka akan jauh terpinggir dari arus kemajaun perdana
MESRA...Lajim diiiringi oleh Bakir bersalaman dengan ahli-ahli PPS Pitas sejurus tiba di majlis tersebut |
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort rakyat Sabah seharusnya tidak lagi melihat kegagalan perancangan ekonomi oleh kerajaan BN yang gagal membela kehidupan rakyat sewajarnya yang melakukan " jenayah kemanusiaan"apabila ketirisan, pembaziran, amalan rasuah dan kronisme yang berakar-umbi dan berleluasa secara sistematik telah melebarkan jurang kaya-miskin, bandar-luar bandar,
TANDA SOKONGAN Sebahagian dari ahli-ahli PPPS Pitas yang hadir ke majlis tersebut |
" Kita ada dasar sebagaimana yang terkandong dalam Buku Jingga yang bakal kita laksanakan sebaik sahaja kita mengambil alih pemerintahan negara, soal pembangunan insfrastruktur di luar bandar ,menjana ekonomi rakyat melalui pelbagai program antara program satu kampung satu prodak akan kita laksanakan" katanya.
Tambah Lajim lagi semua perancangan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan ini sudah tentu dianggap oleh kerajaan BN sebagai satu pembohongan kepada rakyat, bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan Pakatan juga memiliki aspirasi yang tinggi bagi memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat agar segala kemajuan serta kemakmuran negara dapat dikongsi bersama.
Pengerusi Penyalaras PPPS N 3 Pitas Bakir Manciang ketika memberikan taklimat pada majlis tersebut |
No comments:
Post a Comment