Tuesday 8 January 2013

PERMOHONAN TANAH EMPAT BUAH SYARIKAT DI DAERAH KUALA PENYU DAN MENUMBOK DI TOLAK


KUALA PENYU:  Permohonan Tanah yang melibatkan keluasan 800 ekar dari empat buah syarikat iaitu Sejuta  Jalin Sdn Bhd yang difahamkan berdaftar di Selangor dan tiga lagi syarikat lain , Diamond Aquaculture Sdn bhd, Vantage Care Sdn Bhd dan Pancawang Teguh Sdn Bhd di daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok ditolak.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Osman Jamal selepas, menerima memorindum bantahan yang dikemukakan oleh penduduk dari daerah Kuala Penyu dan Menumbok yang diketuai oleh bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani di pejabat daerah Kuala Penyu  kemarin.

SERAH MEMORINDUM...Kelihatan John yang mewakili penduduk Kuala Penyu dan Menumbok ketika menyerahkan memorindum bantahan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk  Osman Jamal semasa majlis tersebut.

Sebelum itu kira kira 200 orang penduduk dari daerah ini dan daerah Kecil Menumbok yang disertai oleh John, Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Taufeck Haji Ruchi dan beberapa pemimpin parti pakatan dan PPPS berkumpul secara aman dengan membawa sepanduk bantahan di hadapan Pejabat Daerah Kuala Penyu sebelum menyerahkan memorindum tersebut kepada  Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah

BERKUMPUL SECARA AMAN...Kelihatan penduduk dari Menumbok dan Kuala Penyu yang diketuai oleh John berkumpul secara aman membawa sepanduk sebelum menyerahkan memorindum tersebut

Turut menyaksikan penerimaan memorindum bantahan tersebut termasuklah Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo.

John semasa ditemui selepas majlis penyerahan memorindu tersebut  bagi mewakili penduduk Kuala Penyu dan Menumbuk turut  merakamkan ucapan terima kepada Jabatan Tanah dan Ukur khususnya pengarah JTU yang bukan sahaja sanggup turun padang bagi menangangi isu tersebut sekali gus menerima  dan membatalkan permohonan tanah dari empat buah syarikat yang terbabit .

" Kita ucapkan terima kasih, isu ini melibatkan kepentingan rakyat dan juga alam sekitar dimana tanah yang dipohon merupakan kawasan laut sebagai tempat penduduk terutamanya nelayan mencari sumber  rezeki " katanya.

Beliau juga menolak isu bantahan tersebut dipolitikkan sebaliknya menurut beliau ianya atas dasar memperjuangkan hak rakyat Sabah khususnya di kawasan  itu , dimana sebelum ini sudah berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini tanah tanah yang seharuskan diberikan kepada rakyat telah diberikan kepada syarikat gergasi sehingga isu ini membangkitkan kemarahan rakyat

  " Dalam susana politik sekarang kita tidak menafikan ada pihak menganggap bantahan ini dipolitikkan namun, kita mengambil kira aduan rakyat dan mengambil tindakan mengikut saluran yang betul daripada mereka yang hanya tahu bercakap tidak membuat tindakan sewajarnya bagi membantu rintihan rakyat " tegas John.

 Sementara itu Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika dihubungi turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah yang peka dan prihatin dengan sensitiviti rakyat di kawasan tersebut.

 " Rakyat semakin bijak berfikir ketika ini, walaupun isu tuntutan bantahan yang dikemukakan oleh rakyat ini  melalui parti pembangkang atau badan NGO  namun kita tidak berniat untuk mempolitikkanya selain memperjuangkan hak rakyat dan dalam kes ini menolak tomahan pemimpin BN yang kami (pembangkang) sering memperbodohkan rakyat" jelas Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah PPPS

LAJIM UKIN...Rakyat mula berfikir bagi memilih wadah perjuangan mereka melalui parti pembangkang atau NGO  untuk memperjuangkan hak  mereka dan  tidak mudah diperbodohkan sebagaimana selalu didakwa oleh pemimpin kerajaan  rakyat sering diperbodohkan oleh pemimpin parti pembangkang

No comments:

Post a Comment