Wednesday, 9 January 2013

RAKYAT YANG MENJADI PENILAI PENCAPAIAN SETIAP WAKIL RAKYAT LAJIM


BEAUFORT: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menjelaskan hanya rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort yang dapat menilai pencapaiannya sebagai pemimpin dan wakil rakyat dalam merubah landskap pembangunan di kawasan tersebut.

Menurut beliau sepanjang beliau menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan ini tidak perlu dihuraikan secara detil namun natijahnya, pelbagai projek pembangunan telah dapat beliau bawa ke kawasan itu yang turut memberikan impak dari segi peningkatan taraf siso ekonomi rakyat.

SOKONGAN...Lajim bersama penyokongnya sebelum menaiki kereta api menuju ke kampung Batu 60 untuk menghadiri majlis sambutan krismas dan tahun baru.
" Saya akui semua ini semasa saya menjadi wakil rakyat dalam kerajaan, namun apakah ianya boleh terlaksana jika saya tidak  lantang, berkerja keras serta memberikan pelbagai cadangan dan idea untuk  menyuarakan keperluan rakyat secara berterusan  kepada kerajaan " katanya semasa ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan Krismas dan tahun baru 2103 di kampung Batu 60 dekat sini baru baru ini.

Katanya, pencapaian serta rekodnya sebagai wakil rakyat  dalam membawa pembangunan untuk rakyat Sabah  termasuk di kawasan yang beliau diwakili bukanya  dinilai oleh individu pemimpin BN  apalagi yang datangnya dari luar kawasan yang beliau wakili, yang hanya tahu membuat proganda dengan niat  angkat kaki seperti pepatah " Kuman di Sebarang Laut kelihatan namun Gajah di hadapan mata tidak kelihatan"


TUKAR...Lajim bersama  sebahagian penduduk kampung Batu 60 begitu bersemangat melaungkan perkataan tukar pada majlis tersebut



SUMBANGAN...Lajim turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut


Lajim yang Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mempesoalkan reputasi beliau semasa menjadi wakil rakyat semasa bersama kerajaan BN dalam membawa pembangunan ke negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort.


Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bercakap dan membuat tomahan tidak mengukur baju di badan sendiri 

Jika saya bercakap soal pembangunan di kawasan Beaufort antara lain saya sebut hampir 80 peratus jalanraya di kawasan ini telah dinaik taraf, pembinanan jambatan kedua, pembinaan masjid masjid dan surau kompleks sukan dan dua kilang iaitu kilang getah dan kelapa sawit yang telah  memberikan kemudahan asas kepada rakyat disamping meningkatkan taraf siso ekonomi mereka

 " Semua ini dapat dilaksanakan kerana ada kerja keras sebagai pemimpin,  cadangan adanya tuntutan berterusan dikemukakan kepada kerajaan, cuma dalam kontek perlaksanaan kerajaan BN terlalu memakan masa berpuluh tahun baru dapat dilaksanakan" katanya.

Sebagai contoh katanya semasa menjadi menteri Kabinet yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri  Makanan Sabah beliau telah  mengemukakan cadangan untuk membuka jelapang padi di daerah Kota Belud namun hanya dapat dimulakan oleh kerajaan BN setelah memakan masa lebih dari 10 tahun.

 " Selain itu semasa menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makan ,selaku menteri yang dibertanggungjawabkan saya mencadangkan penubuhan Yayasan Usaha Maju bagi membantu peniaga terutamanya wanita untuk memulakan perniagaan dan hasilnya sehingga kini dinikmati oleh rakyat termasuk di Kota Belud dan turut membantu mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan" jelas Lajim

 Sehubungan dengan itu Lajim turut menasihatkan Rahman agar bercakap perlu mengukur baju di badan sendiri sebelum membuat sebarang tomahan, malahan tambah Lajim semasa menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau turut menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf jalan perkuburan Islam kampung Pompod yang menjadi isu bertahun tahun oleh rakyat di kawasan itu yang gagal diselasaikan oleh Rahman sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut.

 Ketika diminta mengulas saranan Rahman agar Lajim mengemukakan kabinet bayangan  Sabah sekiranya Pakatan mengambil alih pemerintahan pada PRU ke 13 ini, Lajim berkata ianya tidak perlu kerana parti pakatan belum menjadi kerajaan sebaliknya beliau mencabar Rahman sebagai wakil rakyat kerajaan BN mengemukakan kabinet bayangan sekiranya BN kekal memerintah Sabah.

 " Matlamat utama Parti Pakatan adalah menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya umum kami ini, selepas agenda tersebut terlaksana ianya tidak perlu lagi kabinet bayangan namun akan dibentuk mengikut persetujuan pakatan rakyat" katanya

No comments:

Post a Comment