Wednesday, 30 January 2013

NAIB PRESIDEN SAPP LETAK JAWATAN DAN SERTAI PPPS


BONGAWAN: Parti Maju Sabah (SAPP) yang belum lagi menyatakan pendiriannya samaada menyertai pakatan atau sebaliknya bagi menghadapi PRU ke 13 kali ini  menerima satu lagi tamparan apabila  Naib Presidennya Japar Ismail mengumumkan keluar dari parti dan menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong perjuangan pakatan rakyat

TERUSKAN PERJUANGAN...Lajim sambil diperhatikan oleh barisan kepimpinan tertinggi PPPS Pusat menyerahkan bendera PKR dan PPPS kepada Japar, Ag Bakar   Ag Amin Ag Sabtu  dan  Naib ketua wanita SAPP P.168 Kota Merudu Pn.Arfah@Latipah bte Rani sebagai simbol bagi meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat menawan Putera Jaya dan Inoprise pada PRU kali ini.

Japar 55 ,  bekas calon bebas kawasan Parlimen Kimanis  pada pilihanraya lepas, yang  menyertai SAPP sejak 4 tahun 2010  , membuat pengumuman itu dalam satu Majlis  Ramah Mesra bersama Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin di Bongawan pada malam khamis yang dihadiri lebih dari 1000 orang penyokong dan serterusnya menyerahkan borang keahliannya kepada Lajim pada majlis tersebut



Japar, berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat SAPP yang gagal menyatakan pendirian yang jelas untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat  bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang meskipun pilihanraya kini berada diambang pintu untuk diadakan.

SERAH BORANG...Kelihatan Japar ketika menyerahkan borang keahliaan kepada Lajim sempana majlis tersebut yang turut diperhatikan oleh bariasan ahli majlis tertinggi PPPS Pusat..

" SAPP sepatutnya membuat pendirian jelas tidak berdolak dalik kerana matlamat utamanya kita pada pilihanraya umum kali ini ialah menyumbangkan kerajaan BN" katanya.


Katanya adalah lebih baik bagi SAPP menyatakan pendiriannya dan menyertai Pakatan Rakyat bagi mempastikan parti itu mendapat tempat dan sokongan untuk memenangi beberapa kerusi yang diperuntukan dan di putuskan untuk SAPP bertanding dalam pilihanraya umum kali ini.

 " Kita akan berhadapan dengan parti yang besar memiliki segala kelengkapan ,jadi adalah baik bagi kita (SAPP) bergabung agar kekuatan parti lawan boleh diimbangi dan ditewaskan pada PRU kali ini "  jelas Japar.

Turut mengambil langkah serupa menyertai PPPS pada majlis tersebut  pemimpin muda yang menjawat  jawatan Ketua Daerah Mengundi Kimanis  Ag Bakar Ag Ajak Naib Pengerusi, SLS SAPP N.24 Membakut  Ag Amin Ag Sabtu  dan  Naib ketua wanita SAPP P.168 Kota Merudu Pn.Arfah@Latipah bte Rani

SOKONGAN....Antara orang ramai dari kawasan Parlimen Kimanis yang hadir ke majlis tersebut
Ag Bakar semasa ditemui selepas ini berkata, inilah masa yang sesuai bagi generasi muda seperti beliau  untuk bangkit dan melakukan perubahan dari penjajahan yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin BN terhadap hak dan masa depan rakyat Sabah khususnya generasi muda.

" Jika kita tidak bangkit dan melakukan perubahan dari sekarang masa depan kita akan gelap, lihat sahaja bagaimana PATI sewenang-wenangnya mendapat hak kerakyatan, ribuan ekar tanah yang sepatutnya diberikan kepada penduduk tempat diserahkan kepada syarikat syarikat besar, isu pembangunan, isu pendidikan dan ekonomi kita agaka jauh terpinggir ke belakang " tegasnya.

Menurutnya jika melihat  Buku Jingga serta manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini ianya menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

" Memang mereka Kerajaan BN Dakwa ini semua janji kosong memperbodohkan rakyat, namun rakyat khususnya golongan muda sudah mula terfikir jika tidak sekarang melakukan perubahan masanya sudah terlewat dan kehidupan rakyat Sabah akan terus dibelanggu dengan pelbagai isu terutamanya isu isu  pembangunan kemiskinan, sosial dan pendidikan " katanya.

 Sambil menaruh keyakinan kerajaan Pakatan juga mempunyai impian untuk memakmurkan  dan memajukan negara seadil-adilnya tanpa mengira wilayah dan kaum Ag Bakar berkata ,rakyat perlu memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan dan seterusnya melakukan perubahan bagi memenuhi aspirasi rakyat di semua peringkat


Japar dan Ag Bakar sertai PPPS Sebagai Wadah Perjuangan Politik mereka untuk membela rakyat Sabah 

Sementara itu  Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika mengalu-alukan penyertaan mereka  berkata trend satu demi satu pemimpin Umno dan BN keluar daripada parti, jelas menunjukkan bahawa  Barisan Nasional tidak relevan lagi di negara ini atau di negeri Sabah, kerana mereka sedar parti itu tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat sekiranya terus diberikan peluang untuk memerintah

"Saya mengalu-alukan permohonan  mereka menjadi ahli  PPPS yang bergabung dengan Pakatan Rakyat, kerana penyertaan mereka akan memberikan kekuatan bagi kami (Pakatan Rakyat) meneruskan perjuangan manggalas tanggungjawab dan amanah rakyat yang memerlukan pembelaan seadil-adilnya" katanya




MESRA...Lajim bersalaman dengan Japar dan Penduduk setempat sejurus tiba ke majlis tersebut
Ditanya sama ada Pakatan Rakyat  lebih yakin menghadapi pilihan raya akan datang berikutan perkembangan ini,  Lajim menjelaskan  PPPS dan Pakatan Rakyat  sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan kerana parti itu telah bekerja keras, sentiasa mendampingi dan menyalami denyut nadi  rakyat yang mengharapkan perubahan

No comments:

Post a Comment