Monday 21 January 2013

SIAPA SEBENARNYA PEMIMPIN BERMUSIM?


BEAUFORT:  Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima mahu rakyat di dalam kawasannya  menolak kehadiran ahli politik bermusim yang hanya muncul ketika menjelang pilihan raya.

Menurut beliau kehadiran golongan terbabit  ketika menjelang  musim pilihan raya hanyalah bertujuan untuk meraih sokongan politik daripada rakyat dan akan menghilangkan diri sebaik sahaja berakhir musim itu.

“Saya yakin rakyat khasnya dari kawasan ini  tahu dan tidak mahu ada pemimpin politik bermusim seperti ini yang hanya muncul sebagai wira rakyat , demi meraih  sokongan rakyat hanya untuk kepentingan politik peribadi mereka

“Mereka ini tidak ikhlas membantu rakyat dan hanya mementingkan diri sendiri. Justeru saya meminta rakyat agar tidak mudah terperangkap dengan  "kebaikan sementara" daripada pihak berkenaan selepas ini,” katanya.

SUMBANGAN....Kelihatan Lajim ketika menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada golongan kurang berkemampuan sempana majlis tersebut

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kampung Pintas dekat sini baru baru ini.

Hadir sama bekas wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani ,Ketua Cabang PKR Sipitang Dojet Haji Muda ,Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Taufeck Ruchi dan Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani

Menurut Lajim yang juga Presiden PPPS, golongan ini sering melebalkan pemimpin dari parti pembangkang sebagai pemimpin bermusim ternyata kenyataan tersebut seperti pepatah" Meludah ke Langit terkena muka ke muka sendiri.



AMANAT...Lajim ketika berucap di majlis tersebut



SOKONGAN Sebahagian dari rakyat setempat yang hadir ke majlis tersebut.

" Kita kenal pemimpin seperti ini, jika mereka memberi alasan mereka bukan wakil rakyat, namun ada dikalangan mereka sudah menjadi wakil rakyat ,juga mempunyai kedudukan sebagai pemimpin kanan dalam parti sebelum ini ,dimana perkhidmatan mereka kepada rakyat selama ini "? soal Lajim

Tambah beliau sebagai pemimpin, mereka sewajarnya tidak memilih masa untuk bertemu rakyat memandangkan mereka melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat.

" Sekarang ini  menghampiri pilihanraya baru mereka  berebut rebut  mendekati rakyat sehinggakan ,dibawah kolong rumah pun mereka sanggup ,mencari pelbagai isu  dan disensasikan di media bagi memberikan gambaran negetif kepada rakyat saya tidak berkerja selama ini kepada rakyat" jelas Lajim.

Menurut Lajim sebagai pemimpin  mereka lupa berapa banyak pembangunan yang beliau usahakan untuk dibawa ke kawasan itu selama ini.

" Sememangnya semua itu peruntukan dari  kerajaan, bagaimana pun apakah  ianya  akan datang sekiranya saya berdiam diri dan tidak mengemukakan masalah rakyat kepada kerajaan walaupun kerajaan terlalu banyak biokrasinya dalam meluluskan sebarang peruntukan " katanya.

Malah menurut Lajim pemimpin terlibat semasa beliau bersama mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan, mampu memainkan peranan bagi membantu memajukan kawasan tersebut dalam budaya kerja berpasukan bagaimanapun mereka bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat.

"  Sekarang baru mereka sibuk keluar kampung masuk kampung sebelum ini jarang nampak kelibat mereka apalagi dalam menangani masalah rakyat, dalam hal ini katanya rakyat lebih bijak menilai jenis pemimpin seperti ini" katanya.

Sehubungan dengan itu Lajim mengajak rakyat menolak pemimpin seperti ini yang hanya meletakkan kepentingan peribadi untuk mengajar kuasa, sebaliknya apabila diberikan mandat dan kuasa  mereka akan meminggirkan rakyat.

Dalam pada itu katanya Pilihanraya Umum ke 13 kali ini amat penting bagi rakyat di kawasan ini menentukan masa depan mereka dengan melakukan perubahan bagi mempastikan keadilan  dalam kesaksamaan pembangunan serta untuk memerangi salahgunakuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan.

No comments:

Post a Comment