PULAU BANGI KUDAT: Kerajaan Pakatan akan menjadikan pulau Bangi Kudat di Utara Sabah sebagai pusat penyelidikan hidupan laut sesuai dengan persekitaranya yang berpotensi dijadikan pusat penyelidikan marin dan hidupan laut.
Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan adanya kerjasama dari unversiti tempatan dan luar negara.
MESRA...Lajim bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba di majlis tersebut. |
Sambil menaruh keyakinan cadangan tersebut dapat direalisasikan oleh kerajaan Pakatan landsakap pembangunan pulau tersebut akan berubah sekali gus memberikan anjakan peluangan dan peningkatan taraf siso ekonomi rakyat setempat terutamanya dalam industri pelancongan.
" Saya tidak nampak perkara ini rumit untuk dilakukan oleh kerajaan, bagaimanapun sensitiviti kerajaan yang ada hari ini yang tidak peka dan prihatin dengan kehidupan masyarakat luar bandar menyebabkan kehidupan rakyat di Pulau tersebut jauh terpinggir" katanya.
Selain itu menurut Lajim kemudahan insfrastruktur seperti perhubungan jalanraya, bekalan air dan juga api akan diberikan keutamaan untuk dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan di pulau tersebut yang kini seperti dianak tirikan oleh kerajaan BN.
Sokongan sebahagian dari penduduk kampung yang hadir ke majlis tersebut
" Kos yang terlalu tinggi bagi membina jalanraya ini disebabkan mengutamakan kepentingan kroni menjadikan jalanraya jalanraya diluar bandar menjadi mangsa keadaan ,wal hal sebahagian peruntukan tersebut boleh menyelasaikan masalah serta keperluan penduduk di Pulau ini untuk menikmati sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik" jelas Lajim
Tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketidak adilan kerajaan BN dalam pengagihan projek projek pembangunan terutamanya di luar bandar ini perlu dinilai oleh rakyat untuk bangkit dan merubah masa depan mereka dengan menolak mereka dari terus memerintah negara ini pada PRU ke 13 akan datang.
" Meraka (Kerajaan) akan mendakwa semua ini pembohongan, tapi sebaliknya jika Pakatan diberikan peluang ini keutamaan kami sebagaimana yang terkandong dalam buku jingga kami" katanya.
AMANAT...Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin ketika berucap di majlis tersebut |
Sehubungan dengan itu katanya rakyat perlu bangkit membuat segala perhitungan pada pilihanraya umum kali ini dengan tidak menyerahkan kerakuasan pemimpin BN yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan kroni dari menjiwai keluh kesah rakyat Sabah yang tertindas dan amat jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan jika dibandingkan dengan lain-lain negeri.
" Keadilan perlu berada pada paksinya yang sebenarnya, negeri kita adalah penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara dalam pelbagai sektor petrolium dan pertanian,namun tidak ada keadilan dalam agihannya: katanya.
No comments:
Post a Comment