BEAUFORT : Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bajet yang dicadangkan pembangkang adalah realistik dan tidak akan menjejaskan ekonomi negara sekiranya dilaksanakan.
Anwar berpandangan bajet alternatif itu yang dirangka Pakatan Rakyat (PR) tidak mungkin akan memudaratkan keutuhan kewangan dan keyakinan terhadap ekonomi negara sekiranya para pemimpin tidak mengamalkan sikap boros dan rasuah.
"Saya berpendapat sesebuah negara itu akan muflis apabila ada berlakunya keborosan dalam mentadbir kewangan dan apabila terjadinya amalam rasuah dalam kalangan pemimpin.
"Saya kata muflis itu bila wang penternak diambil dan bila kos pembinaan lebih dari yang sepatutnya.
"Tidak ada dalam sejarah dunia bila kerajaan itu membantu rakyat susah dan miskin akan menyebabkan ekonomi merosot yang akhirnya akan memufliskan negara, " jelas Anwar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat Ke Arah Gelombang Perubahan di Kampung Lawa, Beaufort, dekat sini baru-baru ini.
Hadir sama, Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Presiden Parti Bumiputera Bersatu Sabah (Bumi), Dato’ Idris Ali, dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk John Ot Ghani.
Oleh itu, kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PR meminta kerajaan untuk berbahas akan tetapi tiada sebarang jawapan dari pemimpin Umno setakat ini.
"Kalau dia (kerajaan) yakin kita muflis, dia sepatutnya dengar dan cuba untuk patahkan hujah pakatan rakyat.
"Itu sebab saya minta supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setuju untuk berbahas dan berdebat dengan kita.
"Dan sepatutnya medan parlimen digunakan soal berbahas isu itu kerana kita akan terangkan bagaimana kita boleh batalkan PTPTN, kita jelaskan dengan terperinci bagaimana boleh turunkan harga minyak malah harga kereta pun kita jelaskan bagaimana kita boleh kurangkan, " kata Anwar.
Terdahulu berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) pilihanraya umum ke 13 kali ini, adalah masa yang terbaik bagi rakyat Sabah khususnya di kawasan Lumadan membuat perubahan bagi memilih kerajaan yang benar benar ikhlas dan bertanggungjawab membawa pembangunan yang lebih seimbangan untuk kepentingan rakyat di negeri ini.
Katanya, rakyat Sabah yang sudah merdeka 49 tahun dan Umno/Barisan Nasional sudah memerintah selama 18 tahun rakyat Sabah berhak menikmati kemajuan yang lebih baik dari sekarang.
" Janganlah semasa pilihanraya mereka (BN) tunjukkan kebaikan dengan memberikan bantuan tangki air sedangkan kita berhak menikmati kemudahan bekalan air paip begitu juga kemudahan kemudahan lain yang sepatutnya disediakan sebelum rakyat bersedia menghukum kerajaan yang menzalimi rakyat" katanya.
Sehubungan dengan itu katanya rakyat Sabah perlu rasional dan terbuka fikiran untuk memikirkan bagi menukar kerajaan yang ada pada hari ini bagi menentukan nasip serta masa depan rakyat Sabah khususnya generasi pewaris akan terbela nasip mereka
SEBAHAGIAN penduduk yang hadir bersalaman dengan Anwar ketika di majlis itu. |
khyusuk mendengar ucapan Anwar di majlis tersebut
No comments:
Post a Comment