RAKYAT di Sabah sangat-sangat mengharapkan agar belanjawan kerajaan bagi tahun 2013 memberi penekanan kepada masaalah yang besar di Sabah. Pertama-tamanya ialah masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI).
Namun semasa belanjawan ini dibentang Perdana Menteri, tidak menyentuh sama sekali masalah PTI di Sabah. Setelah RCI dibentangkan, rakyat di Sabah mengharapkan kerajaan membentangkan program bagaimana masalah ini diselesaikan.
Saya secara peribadi kecewa kerana kerajaan seolah-olah tidak memberi perhatian terhadap masalah ini. Saya telah membawa masalah ini berkali-kali dalam dewan ini dan akan saya terus timbulkan perkara ini selagi tidak ada penyelesaian mutlak.
Pada 2 Oktober 2012 saya bertanya dalam dewan ini mengenai penambahan mendadak jumlah penduduk di Sabah sejak tahun 1960. Kerajaan menjawab dengan mengatakan bahawa kehadiran PTIyang begitu ramai itu tidak menggugat keselamatan negeri Sabah.
Saya ingin menyatakan bahawa jawapan ini tidak mencerminkan keadaan yang sebenarnya berlaku di Sabah. Laporan menyatakan bahawa 80% daripada jumlah kejadian jenayah di Sabah adalah disebabkan oleh orang asing. Kehadiran PTI sebanyak 889,779 di Sabah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah ekonomi dan sosial.
Orang asing sudah mula menguasai aktiviti pekerjaan dan perniagaan di seluruh Sabah, seperti pemandu teksi, menjual ikan dan menjual barangan runcit dan sayur-sayuran di pasar-pasar mingguan. Kebun-kebun sayur hamper kesemuanya dikuasai olih mereka. Penggunaan racun rumpai dan racun perosak yang tidak terkawal dan berlebihan di kebun-kebun sayur yang mereka usaha adalah berleluasa.
Dalam perkara ini saya tidak nampak apa-apa usaha oleh pihak berkuasan untuk mengawal keadaan ini kerana kalau ini dibiarkan sudah tentu kesihatan rakyat Sabah akan terjejas dalam masa panjang.
Di pasar mingguan di Sabah, orang tempatan sudah kehilangan tempat berjual kepada orang asing. Sepatutnya pihak kerajaan tempatan mengambil peranan untuk mempastikan rakyat Sabah diberi keutamaan untuk berniaga. Kenapakah kerajaan terus menutup mata dan telinga terhadap masalah ini?
Dewan Yang Mulia ini juga harus tahu dan sedar bahawa kes-kes penyambungan air dan letrik di Sabah adalah majoritinya disebabkan oleh orang asing. Oleh kerana activiti mencuri air dan letrik ini sangat berleluasa di Sabah, maka ia menjadi bebanan yang besar oleh pihak Jabatan air Sabah dan Lembaga Letrik Sabah untuk mengesan dan mengawal.
Ini menyebabkan kadar air tak berpulangan (non-revenue water) tinggi di Sabah ia itu sebanyak 60 peratus, yang tertinggi dalam Negara. Rakyat di Sabah juga masih bergelut dengan bekalan elektrik yang sering kali terputus. Kehadiran pendatang asing ini memburukkan lagi keadaan.
Dari segi perkidmatan awam pula kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk menampung perbelanjaan, umpamanya Kementrian kesihatan memaklumkan bahawa kementrian tersebut membelanjakan sebanyak RM12 juta ke atas perkhidtmatan kesihatan kepada orang asing sedanagkan rakyat tulen di Sabah terpaksa bergelut dengan mutu perkhidmatan kesihatan yang masih rendah.
Saya minta kerajaan jelaskan kepada rakyat di Sabah kenapa Sabah ini dibiarkan dibanjiri oleh PTI? Mereka ini bukan saja berada kawasan bandar dan tempat-tempat tertentu; tetapi mereka ini juga berada di kawasan perkampungan tempatan dan di ladang-ladang getah orang kampung.
Kenapa kerajaan gagal melaksanakan tanggung jawap untuk menguatkuasakan undang-undang? Apabila orang ramai melapurkan kehadiran PTI di sebuah kampung tidak ada tindakan yang diambil sehinggakan orang ramai putus asa untuk melapur kepada pihak yang berkenaan.
Saya mengalu-alukan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) ke atas PTI di Sabah. Bagaimanapun pertanyaan timbul kenapa kerajaan mengambil masa begitu lama membuat pengumuman?
Kabinet telah meluluskan penubuhannya dalam bulan Febuari 2012 tetapi pengumuman dibuat hanya pada bulan Ogos. Inipun berikutan tekanan daripada kami. Terma yang diberi kepada RCI ini hanyalah berbentuk penyiasatan dan tiada peranan untuk membuat cadangan atau ketetapan ke atas apa-apa tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat melanggar undang-undang.
Adakah kerajaan tunduk kepada Bekas Perdana Menteri yang menentang penubuhan RCI? Rakyat di Sabah berpendirian bahawa penubuhan RCI ini tidak serius, hanya setakat untuk cuba meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU 13.
Tugas pertama yang harus dibuat oleh RCI ini ialah membersihkan senarai pengundi sabelum PRU 13 diadakan kerana terbukti ramai daripada PTI ini sudah tersenarai dalam daftar pemilih.
Dalam semakan kami tidak kurang daripada 250,000 dari mereka ini sudah disenaraikan sebagai pengundi di Sabah. Ini termasuk mereka yang memegang kad pengenalan palsu.
Contohnya ialah pada 29 September 2012 dilapurkan seorang bangsa asing yang bernama Hasanudin Manna yang memegang no kad pengenalan palsu bernombor 741029-12-5463 telah dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan denda RM3,000.00 ringgit.
Beliau mengaku membeli kad pengenalan palsu tersebut dengan harga RM1,000.00. Saya percaya ini adalah hanya sample yang kecil daripada beribu kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh PTI di Sabah.
Yang penting ialah panama ini adalah dalam senarai pengundi. Beliau ini terdaftar sebagai pengundi di Daerah mengundi Inanam Laut dalam kawasan DUN Karambunai dan kawasan Parlimen Sepanggar.
“Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memberi jaminan bahawa tiada PTI terdaftar dalam senarai pengundi. Bolehkah Suruhanjaya menjelaskan perkara ini? Kenapakah kerajaan biarkan orang asing terlibat dalam sistem demokrasi Negara kita? Bukankah ini satu penghianatan kedaulatan Negara?
Perkembangan Perdamaian Kerajaan Pilipina
Kita sangat mengalu-alukan pengumuman pelan perdamaian antara keajaan Filipina dan MILF baru-baru ini. Sudah tentu ia akan mencetus satu kesetabilan politik di rantau ini. Saya mengesah kerajaan mengambil peluang untuk mengambil langkah secepat mungkin untuk mengatur kepulangan balik pelarian dari Negara itu yang diberi IM13.
Saya percaya mereka ini inginkan balik ke tanah air mereka setelah wujudnya damai di negara mereka sendiri. Peluang ini juga adalah yang terbaik bagi kerajaan untuk menyelesaikan masaalah pendatang tanpa izin.
Saya menyeru kerajaan berunding dengan kerajaan Filipina untuk mewujudkan satu kedutaan di Sabah untuk membolehkan pengeluaran Passport kepada ribuan PTI di sana. Kad-kad pengenalan yang telah diberi kepada PTI mesti ditarik balik dan diganti dengan pasport demi untuk mempertahan dan menjaga kedaulatan Sabah di Malaysia.
Pengeluaran Padi/Beras Yang Tidak Mencukupi
Saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam belanjawan. Pertamanya saya ingin menarik perhatian kerajaan mengenai dengan kedudukan pengeluaran beras di Sabah. Pada ketika ini Sabah hanya mengeluarkan 30% keperluan beras. Penurunan peratusan beras ini disebabkan dua factor ia itu pertambahan penduduk khasnya kehadiran PTI yang begitu banyak dan banyak sawah padi tradisional telah berkurangan kerana tukar penggunaan.
Saya alu-alukan pembangunan dan perluasan jelapang padi di Kota Belud. Namun saya kira ini tidak mencukupi. Kawasan-kawasan padi lain harus dibangunkan. Sawah-sawah padi yang terbiar perlu diusahakan semula secara sistematik.
Teknologi moden harus diguna secara meluas dan bantuan jentera pembajak ditambah kerana salah satu masalah yang besar di kalangan pesawah di Sabah sekarang ini ialah kekurangan jentera pembajak. Saya berharap Skim Perlindungan Takaful Padi yang diperkenalkan dalam belanjawan dapat mengalakkan petani padi untuk membangun semula sawah yang telah terbiar.
Skim Bantuan Kebajikan
Perkara kedua yang saya ingin sentuh ialah berkaitan dengan bantuan kebajikan kepada keluarga miskin. Kementrian kebajikan telah membatalkan ramai penerima baru-baru ini. Saya ingin bertanya kepada kementrian apakah sebabnya bantuan ini dibatal tanpa memberi sebab yang jelas.
Di kawasan saya sendiri, Tuaran, saya dimaklumkan seramai 900 bantuan telah dibatalkan. Saya perhatikan ada di antara mereka yang sangat memerlukan juga dibatalkan. Saya melawat seorang penerima yang sakit terlantar lebih dari 10 tahun dan beliau memaklumkan saya bantuannya juga dibatalkan.
Projek Sekolah Menengah Pekan Nabalu Yang Terhenti
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran apakah sebab pembinaan SMK Pekan Nabalu tidak berjalan seperti yang telah dijanjikan? Timabaln Menteri berjanji bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempuh 3 bulan semasa lawatan beliau dulu. Sekarang sudah lebih setahun namun kerja-kerja pembinaan belum bermula. Di mana sudah janji ditepati?
Cyber Café Haram
Saya ingin menarik perhatian Kementerian Dalam Negeri mengenai kewujudan Cyber Cafe yang menjalankan perjudian di kawasan saya di Tuaran. Saya dimaklumkan oleh orang ramai bahawa terdapat 3 buah Cyber Cafe di pekan kecil Tamparuli dan 4 buah di Pekan Tuaran.
Tempat-tempat ini beroperasi sekian lama dan dalam pengetahuan umum tetapi tiada tindakan dari pihak yang berkenaan dan ada di kalangan orang tempatan bertanya sama ada tempat ini mendapat perlindungan dari pihak tertentu. Saya minta kementrian mengambil tindakan yang sewajarnya.
Permohonan Projek Mendesak
YAB Perdana Menteri pernah meminta permohonan projek mendesak dari ahli-ahli Parlimen. Saya telah menyampaikan permohonan 2 jambatan yang sangat diperlukan di kawasan saya.
Namun sehingga hari ini tiada berita. Saya kecewa kerana peruntukan pembangunan tidak diagehkan sama rata sebab peruntukan sebanyak $430 juga dibahagi kepada satu pulau saja di Semporna; sedangkan kawasan-kawasan lain sangat memerlukan projek mendesak.
“Memandangkan masa untuk saya tidak mengizinkan, saya hanya menyentuh beberapa perkara secara ringkas sahaja. Pertamanaya saya tertarik dengan cadangan kerajaan untuk membina Pasar Ikan Rakyat.
Saya mengalu-alukan cadangan ini kerana ia sangat bersesuaian untuk Sabah disebabkan orang asing hampir menguasai pemasaran ikan di Sabah. Harga ikan sudah melambung tinggi hingga ke tahap lebih 100%.
Saya juga ingin menyentuh tentang pengumuman pelan pembangunan pendidikan untuk tempuh 2013 hingga 2025. Saya ingin bertanya kepada kerajaan sama ada perundingan dan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti kumpulan ‘educationist’, NGO dan lain-lain sudah dijalankan untuk mendapat pandangan mereka?
Kita mengharapkan dengan pelan ini mewujudkan dasar pendidikan yang tetap dan berpanjangan. Nampaknya dasar pendidikan kerajaan banyak berubah dalam tempoh yang singkat seperti bahasa pengajar mata pelajaran Sains dan Matematik.
Saya juga ingin menarik perhatian kerajaan kepada projek perumahan Kg Mengkabong di Kawasan saya di Tuaran yang menelan perbelanjaan sebanyak RM80 juta. Sudah tentu projek ini di alu-alukan namun saya lihat ia dilaksanakan tanpa perancangan yang teliti.
No comments:
Post a Comment