Monday, 22 October 2012

KERAJAAN TIDAK MENGAMBIL LANGKAH KONKRIT MENANGANI MASALAH RAKYAT


BEAUFORT: Kerajaan tidak mengambil langkah yang konkrit serta perancangan jangka panjang bagi melihat serta menangangi masalah rakyat terutamanya dalam menyediakan kemudahan insfrastruktur untuk kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan lebih suka mengambil langkah tergesa gesa tanpa memikirkan kesan jangka panjang  bagi menangani masalah rakyat apabila isu tersebut mula menjadi kemarahan  rakyat .

Mengambil contoh isu bekalan air di kawasan Parlimen Beaufort terutamanya di daerah kecil Menumbok dan kini mula menjalar ke kawasan Pekan Beaufort dan sekitarnya yang sering kali mengalami  gangguan bekalan  air  sehingga berhari-hari, tidak akan berlaku sekiranya kerajaan mengambil langkah jangka panjang untuk mengatasinya.

" Bila isu ini dibangkitkan dan menjadi kemarahan oleh rakyat baru mereka (kerajaan) mengambil tindakan yang lebih bersifat " perang psikologi " bagi mengamburi mata rakyat," terutamanya menjelang PRU ke -13 ini" katanya.

Mengambil contoh pemasangan paip air baru ke Menumbok yang kini dalam peringkat permulaan perlaksanaan,Lajim berkata isu ini sudah lama dibangkitkan bila sudah menjadi kemarahan rakyat baru ditangani dengan menghantar longgokan batang batang paip air bagi menyejukkan kemarahan rakyat, namun  kerajaan  tidak pula memikirkan apakah loji yang sediaada ketika ini boleh menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

 " Sebab itu saya katakan kerajaan tidak membuat perancangan konkrit untuk  jangka panjang dalam menangani isu ini, walaupun telah disuarakan sejak sekian lama" katanya ketika ditemui selepas majlis pemimpin bersama rakyat di kampung Kekuru dekat sini

Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) berkata demikian sebagai mengulas jawapan  Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Jospeh Pairin Kitingan terhadap soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Datuk Kamarlin Haji Ombi mengenai perkembangan terkini pembinaan loji air di Beaufort.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur  semasa menjawap soalan tersebut berkata kerajaan merancang untuk membina loji air yang baru di Beaufort

Katanya, kerajaan akan menyediakan reka bentuk projek cadangan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air di Beaufort   bagi membina loji air  baru di Beaufort dengan anggaran kos projek RM 226 juta.

Mengulas lanjut Lajim berkata kenapa baru sekarang kerajaan mahu merancang sedangkan perkara ini sudah dibangkitkan sejak beliau menjadi Wakil Rakyat di Kawasan Klias baik  semasa persindangan DUN ataupun secara bertulis.

" Isu ini sudah sekian lama kita bangkitkan, kenapa baru sekarang ambil perhatian itupun baru diperingkat perancangan sedangkan isu kekurangan bekalan air di Beaufort dan sekitarnya sudah mula kritikal ini menunjukkan kerajaan tidak peka dan efisin menangani masalah rakyat" tegas Lajim

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap rakyat di kawasan tersebut tidak termakan hasutan pihak tertentu yang ingin mencari tempat dalam arus perdana politik yang menuduh beliau berjuang untuk kepentingan diri dan membelakangkan kepentingan rakyat.

" Mereka tidak ada isu lain, apa yang saya lakukan selama ini baik sebagai ADUN dan Ahli Parlimen apa yang saya perjuangkan adalah untuk kepentingan rakyat dan rakyat di kawasan ini telah pun menikmati perjuangan tersebut" katanya.

Tambahnya jika beliau (Lajim)  jika beliau berjuang untuk kepentingan beliau tidak akan meninggalkan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri yang mempunyai pelbagai kemudahan .


                       AMANAT...Lajim ketika menyampaikan ucapan beliau sempana majlis tersebut



                    TAHNIAH...Lajim turut menyampaikan hadiah kepada salah seorang pengunjung bertuah            
                                                                  sempana majlis tersebut



                     SIDANG MEDIA...Lajim ketika menjawap pertanyaan media selepas majlis tersebut




    SUMBANGAN....Datin Normilah Siong diiringi oleh Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani turut  
                                menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempana majlis tersebut




                  TANDA SOKONGAN..Antara penduduk setempat yang hadir ke majlis tersebut

No comments:

Post a Comment