Monday 8 October 2012

NAIB KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO BEAUFORT LETAK JAWATAN


BEAUFORT: Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang bergabung  dengan  Pakatan Rakyat (PR)  menerima seorang lagi pemimpin  Umno bahagian Beaufort  Ruandi Haji Basnih yang mengumukan perletakkan jawatannya dari parti Umno dan menyertai PPPS    sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti khususnya di bahagian itu

Ruandi , Naib  Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis  pemimpin bersama rakyat yang diadakan dikampung Pansung Beaufort dekat sini

Majlis itu dihadiri oleh  Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin ,Ketua Cabang PKR Beaufort Ramlee Haji Okin dan Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani, Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Tahufeck Haji Ruchi dan  bekas calon PKR Klias Abdul Rahman Yakub.

Penyertaan Ruandi yang sejak sekian lama menjawat  Jawatan Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu turut menjejaki langkah sebahagian ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort yang kini bersama-sama Lajim  dalam PPPS termasuklah dua pemimpin utama  di kawasan itu iaitu Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Klias Ustaz Saidin Musih  dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Ansir Danih yang telah pun menyertai PPPS sebelum ini.

Ditemui di majlis tersebu Ruandi ,  berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia dalam percaturan politik pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, perubahan perlu dilakukan oleh rakyat di negeri ini agar mereka benar benar menikmati hak sebagai rakyat yang merdeka terutamanya dari sudut pembangunan dimana Sabah terlalu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan lain lain negeri biar pun Sabah memiliki kekayaan sumber yang turut menjana ekonomi negara namun kehidupan rakyatnya masih ada yang miskin.

  " Walaupun saya  kurang aktif setelah berehat semasa sakit, namun saya melihat tiada perkembangan positif terhadap   perjuangan parti khususnya Wanita di kawasan ini yang lebih mementingkan kepentingan peribadi dan kronai dan gagal menunjukkan kepimpinan terutamanya dalam mengwujudkan budaya kerja berpasukan yang memberikan kesan bagi memberikan khidmat terbaii untuk rakyat" Jelas Ruandi

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika mengalu-alukan kemasukan Ruandi dan  rakan rakannya untuk berjuang bersama PPPS berkata,  sambutan positif rakyat di negeri ini terhadap perjuangan PPPS dalam merubah landskap politik Sabah semakin ketara.


  " Sambutan positif ini bukan sahaja setekat di kawasan ini, malah kita telah menjelajah di beberapa buah daerah dan sememang rakyat memberikan sokongan bagi membawa perubahan yang lebih baik demi masa depan rakyat dan negeri Sabah pada pilihanraya Umum Kali ini" katanya

No comments:

Post a Comment